Sembang-sembang hudud di forum internet
Kpd. siapa yg bertanya pasal islam pas dan hudud, baca jawapan saya kpd
kawan saya
by ahli PAS seumur hidup
kamxx, aku adalah salah seorang yang berminat dengan isu hudud ni. Tapi aku
ada beberapa soalan yang nak diutarakan dan berharap engkau dapat
menjelaskan secara terperinci.
1) Adakah orang yang bukan Islam akan dikenakan juga hukum hudud ni sama
seperti orang Islam. Contohnya kalau mereka minum arak, adakah dikenakan
hukuman jugak, kalau mereka berzina, dikenakan rejam?
2) Macamana kriteria 4 saksi tu ditentukan. Adakah antara 69ers ni boleh
menjadi saksi? Sebab tak sure samada ada atau tidak melakukan dosa - dosa
besar. Boleh kah orang yang sedang dalam proses meninggalkan dosa - dosa
besar tu menjadi saksi. Macamana nak tentukan yang saksi tu tak melakukan
dosa -dosa besar, sebab kalau di luar nampak baik, tapi dalam hanya Tuhan
yang tahu.
3) Boleh tak saudara Azmi jelaskan macamana perempuan yang dirogol nak
mepertahankan dirinya dari dituduh berzina. Adakah dia kena mencari 4 orang
saksi untuk menyaksikan dia dirogol?
4) Adakah perlaksanaan hukum seperti rejam, rotan dsb akan dijalankan secara
tontonan kepada orang ramai seperti merejam orang yang berzina itu di
tengah - tengah Dataran Merdeka misalnya atau ia dijalankan secara tertutup?
5) Adakah Kerajaan Terengganu serius dalam melaksanakan hudud ni, ataupun
hanya pada kertas sahaja lepas tu jadi perhiasan sebab orang ramai masih
samar - samar termasuk pemimpinnya sebab asyik nak buat amendmend pada
phrase-phrase dalam akta tersebut takut pengudi bukan Islam lari?
6) Adakah orang - orang bukan Islam dan bukan Melayu yang ramai contohnya di
Kuala Lumpur ni akan menerima bulat - bulat hudud ni tanpa sebarang
bantahan? Kalau kat Terengganu tu mungkin kurang kot sebab Melayu ramai
Diharap saudara Azmi dapat menjelaskan confusion saya ni sebab saya tak
sempat dengar ceramah PAS yang menjelaskan hukum hudud ni kerana mereka
sibuk mengutuk orang dengan mengatakan orang lain haprak dari sibuk untuk
menjelaskan hudud.
Wassalam.
Jawapannya
Terima kasih atas soalan dari Mat Pi...dan aku harap ianya ikhlas utk
menambahkan ilmu akhirat....InsyaAllah. Aku bukannya pakar dalam bidang
hudud ni tapi aku akan cuba jawab dengan sebaik mungkin dan segala kelemahan
dalam jawapan aku diharapkan dapat keampunan dari Allah swt. Kalau secara
terperinci, mungkin kau kena e-mail kepada tuan guru hj hadi atau wan
mutalib embong.
FYI, aku tak ikut penerangan kerajaan PAS Terengganu mengenai hudud ni sebab
kebanyakkan forum yg dilangsungkan semasa waktu pejabat.... walau
bagaimanapun aku sempat membaca beberapa article mengenai hukum jenayah
hudud & qisas oleh tuan guru hj hadi dan beberapa posting oleh ustaz2 dlm
yahoo groups yg menarik minat aku. In fact, pagi tadi pun aku berbincang
mengenai tajuk ni dgn bapak aku termasuklah soalan2 yg kau bagi tu secara
kebetulan sebab ianya adalah FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ) oleh mereka2 yg
samar2 atau kureng faham atau TAK NAK faham pasal hudud sebab guna logik
akal fikiran dari berpandukan kepada Al Quran & Hadis.
Hudud adalah undang2 agama Islam yg ditujukan kepada orang2 beriman....
sebab setiap ayat AL Quran berkenaan dgn hukum hakam Allah akan dimulakan
dgn "Wahai orang2 yg beriman...." Dalam masa yg sama Islam membenarkan hak
bebas beragama kepada org2 yg beragama lain. Dalam agama Kristian atau
Hindu, mereka tiada undang2 seperti hudud. Contohnya kalau minum arak adalah
tak salah pada mereka, takkanlah kita nak tangkap mereka. Tapi kebebasan
mereka diterhadkan kepada tempat2 tertutup sebagai menghormati umat Islam.
Begitu jugak dlm agama mereka tiada undang2 yg melarang mereka
berzina...cuma mereka anggap ia adalah 'unethical'.....so, boleh ke kita
hukum mereka? Unless, kalau mereka melakukan jenayah 'rogol'....maka mereka
akan dihukum mengikut undang2 yg sedia ada ATAUPUN kalau mereka merogol org
Islam, maka, mangsa diberi KEADILAN kalau mahu mengikut hukum Islam iaitu
HUKUM HUDUD....
Berkenaan dgn saksi 4 org yg beriman.......'beriman' dlm erti-kata ia tak
tinggal solat, tidak minum arak, menutup aurat dll.....adalah secara zahir
tapi Allah swt jua yg Maha Mengetahui. Tapi kalau nak menjadikan RAHIM TAMBY
CHIK atau artis2 yg perangai 'tak senonoh' sebagai saksi.....aku rasa 'NO
WAY JOSE'! Tapi kalau kau nak aku judge dlm SAS69ers ni siapa yg layak jadi
saksi......InsyaAllah SEMUA org layak kecuali mereka2 yg MINUM ARAK, TAK
SOLAT, TAK TUTUP AURAT, LAKU ZINA dll.....itu hanya dia & Allah swt yg tahu.
I rest my case.
Kalau perempuan yg dirogol tidak dapat mencari 4 org saksi ...maka kita
refer kepada hukum takzir....boleh refer kepada ujian darah, DNA dll....dan
dijatuhkan hukum penjara, sebat dll... Inilah yg cuba diketengahkan oleh
Tuan Guru sebab kita kena refer kepada enekmen2 yg lain dalam menjatuhkan
sesuatu hukuman bukannya main tangkap terus rejam dgn batu atau potong
tangan! Apa logik nya mahadey cakap "kalau nak makan sup tangan, pegi ke
Kelantan"? ...boleh bagitau aku?
Ingat, hukum hudud adalah PREVENTIVE dan bukannya PUNITIVE..... Tuan guru
pernah berkata "lebih baik kita lepaskan org yag bersalah daripada menghukum
org yg tak bersalah" .....That's Hudud, my friend.
The rational behind '4 org saksi' tu ialah seboleh2nya Allah swt TAK NAK
menghukum persalah ikut hukum hudud spt rejam, potong tangan, sebat, pancung
kepala dll. tapi mereka tak terlepas dari menerima hukuman sebab kita boleh
refer pada hukum takzir & qisas dalam menjatuhkan hukuman kepada mereka.....
Tapi kalau ada yg terbukti bersalah mengikut hudud......maka hukuman yg
dijalankan akan memberi kesan yg mendalam kepada 'bakal2 penjenayah' dari
memulakan aktiviti mereka!
Firman Allah swt.."Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus sebatan, dan janganlah
kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka
itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman". (Surah Al-Nur: ayat 2)
.....Boleh ke kita atau ANY ULAMAK dispute FIRMAN ALLAH swt ni?
Bagaimana pula 'protection' yg Islam beri kepada lelaki yg di 'framed'
merogol seorg wanita yg ditolak cintanya? Adakah ini telah difikirkan oleh
kumpulan2 hak asasi wanita, NGO & kerajaan?
Dan tak semudah itu utk memotong tangan, merotan, merejam.....tanpa KEADILAN
secara ISLAM....kerana ianya telah dicatatkan dlm AlQuran & dibincangkan
oleh ulamak2 muktabar sejak beratus2 tahun yg lalu. So, bila Malaysia nak
bersedia (kalau ikut hamid othman) laksana hudud? 45 tahun dah
berlalu.....so, another 45 years lagi ke? ...kenapa nak ber TAPI - TAPI
lagi?
Kenapa nak takutkan hudud kalau TAK BUAT SALAH? TAK LAKUKAN JENAYAH?
....kenapa org bukan Islam nak takutkan kepada hukum hudud kalau pemimpin
kita sendiri yg menakut2 mereka?
Kenapa mesti dihalang bila nak laksanakan hukum Allah swt di Terengganu?
Hudud ni menzalimi rakyat ke?
"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang
lebih baik daripaa (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Surah
Al-Maidah: ayat 49 & 50)
Dan menyentuh pasal politik.....kita lihat siapa yg BERGANTUNG sangat pada
undi org bukan melayu utk menang pilihanraya? BA atau BN?
Dan bercakap pasal kutuk-mengutuk tu.....tengok aje bagaimana MEDIA &
JENTERA KERAJAAN digunakan utk mengutuk pihak pembangkang tiap2 hari samada
di TV, radio atau newspaper..... any comment on that?
Dan bercakap pasal 'haprak'...it was your leader DrM yg mengelarkan golongan
melayu haprak....siapa lagi yg label melayu malas, tak patriotik, tak pandai
menguruskan business, tak kenang budi, dll...kalau bukan dr mahadey mohamed.
Berhati2 bila berbicara mengenai hukum syariah...kalau ada sedikit didalam
hati yg menentang perlaksanaan hukum Allah swt, apalagi berkata2....maka
buruk padahnya. Kalau tak caya....pi tanya ustaz atau pak imam mesjid dekat
rumah hang.
Permasalahan hudud yg dialami sekarang adalah bukan masalah teknikal tapi
AQIDAH. Sebagai umat Islam kita mestilah menerima hukum ini dengan keyakinan
bahawa Allah swt Maha Adil & Mengetahui. "Teknikal" yg di argue merupakan
alasan utk tidak melaksanakan hukum hudud.
Seperti yg dikatakan oleh hamid othman...."Bukan kita tak nak laksana hudud
tapi......" , begitu jugak dengan 'penerangan' ustaz2 yg keluar dlm TV
"Menutup aurat tu memang baik tapi....."
Memang sudah menjadi kebiasaan....ulamak2 pro kerajaan ni 'faham' akan
kehendak agama Islam TAPI....'kehendak' kerajaan & pemimpin nampaknya
SUPERSEDED yg lain..... itulah sebabnya penggunaan perkataan 'TAPI' berluasa
media cetak & elektronik.
Hukum hudud adalah utk org yg beriman......kerana org yg beriman TIDAK akan
melakukan jenayah/kesalahan.
Ada seorg ustaz di Masjid Mujahideen memberi penerangan semasa ceramah
maghrib bahawa rasional Allah swt menyuruh 4 org saksi yg beriman adalah utk
'mengurangkan' chances seseorg itu dihukum hudud. Tetapi ini bukan bermakna
beliau akan terlepas dari hukuman sebaliknya beliau akan direfer kan kepada
hukum takzir & qisas...seterusnya.
Itulah keadilan Islam.....ingat senang ke nak potong tangan, rejam dgn
batu...dll..??? ..Buat apalah kita ni nak dik menakutkan org2 bukan Islam?
Sepertimana yg dijelaskan oleh tuan guru hadi, .....hukum hudud adalah
PREVENTIVE LAW bukannya PUNITIVE LAW.
Buat apa polis kita nak berbangga dengan statistik berapa ramai yg mereka
tangkap, gantung, tembak dll..... sedangkan kita perlu berbangga dengan
kekurangan kadar jenayah kerana takutkan hukuman yg 'severe' seperti hudud
ini! This is the beauty of hudud!!!
Tapi.....org yg tak nak hudud TAK NAK tahu semua ni. Alasan yg mereka
bagi...ni semua plot politik......ni hukum hudud PAS......ni undang2 tindas
wanita....etc.
Mereka beranggapan bahawa hukum hudud ini zalim. Tengok aje tajuk depan
Utusan hari ni...."Kezaliman di Terengganu".
Kelmarin pun PM kita kata "Kita takkan membenarkan perlembagaan diubah utk
menindas rakyat".....what? hudud menindas rakyat?
Seseorg yg beriman akan yakin dengan hukum Allah...walaupun pada zahirnya
ianya nampak 'berat' atau 'severe' tapi...hanya dengan hukuman hudud lah
seseorag itu akan terlepas dari hukuman di akhirat nanti.
Pada zaman Rasulullah saw dahulu, ada seorg pemuda bekerja sebagai penggali
kubur. Setiap mayat wanita beliau akan menelanjangkan dan pada suatu hari
beliau 'berlaku sumbang' dgn mayat wanita & mengakui didepan Rasulullah saw.
Oleh kerana terlalu marah....Rasulullah saw bersabda "Akan masuklah kau ke
Neraka!" ...Kemudian pemuda itu bertaubat 40 hari 40 malam & pada malam
terakhir beliau berdoa kepada Allah swt "Kalau kau tak terima taubat ku
sekurang2nya kau beritahu lah kepada Muhammad saw akan penyesalan
aku".....Maka Jibril as pun diutuskan oleh Allah swt utk memberitahu
Rasulullah saw..." Siapa yg lebih adil...keadilan kau ya Rasulullah ataupun
Allah swt?
Begitu jugak dgn kisah seorg perempuan mengandung yg mengaku melakukan zina
kepada Rasulullah saw......setelah beliau melahirkan anak, habis menyusukan
bayi tersebut maka dijatuhkan hukuman rejam sampai mati. Setelah
mati...sahabat2 Rasulullah saw seorang demi seorag bermimpi bahwa wanita
tersebut telah masuk ke Syurga & bila mereka menanya Rasulullah saw..baginda
bersabda " Ya, aku juga bermimpikan wanita tersebut masuk ke Syurga".
.......So, hudud ni ZALIM ke? hudud ni kejam ke?
Kepada mereka2 yg masih kurang yakin dengan hukum hudud.......SEMAK diri
kita balik....tengok2 kalau ada wayar tak connect atau skru yg loose.
Ingat.....penerimaan kita terhadap hukum Allah ini bukannya masalah
undang2...masalah teknikal TAPI.......masalah AQIDAH!!!!
Sebaik2 hukuman & penyesalan ialah BERTAUBAT kepada Allah swt!!! Keadilan
Allah swt adalah TIADA TANDINGAN NYA!!!! ...Allahu akbar!!!!
Itulah hukum hudud.
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti akan Kami menarik
mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang TIDAK
mereka ketahui." "Dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya
rencana-Ku amat teguh" [Surah Al-A'raf : ayat 182 & 183
Wallahu' ta'alla a'lam.
p.s. kalau zalim atau tak adil........sila nyatakan kat mana dlm draf tu yg
zalim & tak adil....boleh dibawah berbincang. Wassalam.
........................................
Tentang hudud ......pandangan orang cina !
by Anonymous
semalam ada seorang client saya datang ke ofis saya kerana ada sesuatu hal.
Dia bertanya saya pasal hudud ini .... katanya kalau hudud dilaksanakan,
apakah ianya juga meliputi yang non muslim. Saya katakan .... ya .... tetapi
ada pilihan untuk non muslim itu.
Dia bertanya lagi tentang hudud ini .... eager sekali dia nak tahu .....
saya ambil peluang menjelaskan kepada dia tentang hudud ini .... bermula
dari apakah kesalahan2 di bawah hudud, hukuman2 hudud, ta'zir, qisos
hinggalah saya bertanya balik kepada orang cina itu .... apakah dia suka
anak perempuan dia dirogoli oleh seseorang yang berkuasa dan berpengaruh,
dia jawab tidak suka. Apakah dia suka keluarganya dituduh dengan pelbagai
fitnah dan mehnah, dia jawab tentu sekali tidak suka. Apakah dia bersetuju
harta benda nya diambil orang sesuka hati (dicurilah tu !!!!), dia juga kata
tidak setuju. Kalau tidak setuju, apakah salah jika pesalah2 yang dinyatakan
itu dihukum ? dia jawab, ya ! Maka lepas itu, saya jelaskan satu persatu
setakat yang mampu.
Akhirnya orang cina ini pun berkata ..... jika dalam sebulan dua ini tiada
yang dipotong tangan atau dihukum rejam, maka ini satu blow kepada umno dan
boleh menyebabkan umno collapse kerana propaganda mereka hakikatnya tidak
berlaku. Dia juga berkata yang sesuatu undang2 itu jika belum lagi
dilaksanakan, mana mungkin kita boleh simpulkan ianya undang2 zalim !
NAH !!!! inilah pandangan orang cina bila sudah terima maklumat yang betul
!!!! Hendaknya, kita sama-sama hebahkan tentang hudud ini kepada umum. Biar
umno je yang tentang habis-habisan, kerana orang2 cina sedang perhatikan
tentang hudud ini. Insya-allah, usaha yang baik, akan direhdai Allah dan
natijahnya ialah kejayaan !
Salam.
..........................................
MANA DIA HUDUH UMNO
by ADA KAT LUBANG HIDUNG SI MAMAK TUA NAK MAMPUS
PAS SEKURANG NYA TELAH MEMBUKTIKAN YANG IA BENAR BENAR KOMITMENT TENTANG
HUDUD... TETAPI BERLAINAN PULA REJIM UMNO KATA NEGARA INI NEGARA ISLAM TAPI
MENENTANG HUDUD PAS... TAPI MANA DIA HUDUD UMNO!!!!
..........................................
UMNO BENCI HUDUP PAS TAPI CABUT LARI
by juriah ali
Utusam Malaysia melapurkan muka depan 9/7/02 yang Dewan Undangan Negeri
Trengganu meluluskan draft hudup yang dibentangkan oleh PAS. 100% adun PAS
sokong sebaliknya 3 adun UMNO berkecuali dan 1 adun UMNO cabut lari
meninggalkan dewan. Persoalannya kenapa mereka ini berkecuali dan cabut
lari. Kalau dah gentleman sangat dan mengatakan HUDUD yamg pas bentangkan
tidak adil dan ianya hudud PAS maka jangan mengambil sikap berkecuali tapi
mesti ambil sikap menentang.
Sikap berkecuali adun UMNO ini membuktikan 100% adun UMNO ini telah sama
menyokong hudud yang pas bentangkan. Cuma mereka tak berani nak sokong takut
jika sokong bermakna bagi kredit pada PAS. Kalau depa sokong juga alamat nak
mampus lah. Big boss akan tanya kenapa hang sokong?
Rumusannya sikap berkecuali ini MEMBUKTIKAN HUDUD YANG PAS BENTANGKAN ADALAH
DIPIHAK YANG BENAR. ADUN UMNO PUN TAK BERANI NAK KATA TAK SOKONG. JADI
MEREKA BERKECUALI. YANG BERMAKNA MEREKA JUGA SOKONG.
PERSOALAN. Jadi gembar-gembur yang heboh dulu hanya orang Mahadir saja yang
tak tahu hudud yang pas bentangkan. Mereka tak baca draft hudud itu. Hentam
pakai tembak buta saja. Bila dah baca dan faham draft hudud itu macam adun
umno trengganu nie mereka dah tak berani nak kata apa-apa.
SYABAS PAS. TAHNIAH USTAZ HADI. Kejayaan anda menjadikan ahli umno atas
pagar macam kami mula memahami dan menyokong kamu.
.............................................
UMNO DAN ISLAM.
by Mona Solomon
Ada pencacai yg marah-marah kerana PAS 'tidak mengkafirkan' org PRM kerana
dikatakan 'menolak Hudud'.
Pada kita, batas-batas iman dan kufur adalah jelas. Tak perlu kafirkan
sesiapa. Pernah PAS mengajak Umno bermuzakarah akan hal itu, tetapi Umno
membatalkannya dgn bantuan Agong!. Maka isu tersebut 'tergantung' ditengah
jalan. Lalu Umno 'mengutip' isu itu untuk dijadikan 'senjata'nya.
Berbulan lamanya Umno menyiarkan keratan 'amanat Hj Hadi 17 tahun lalu' di
tv. Bila PAS mengambil pendekatan untuk menerangkan keseluruhan isu, Umno
guna Majlis Fatwa untuk 'menghentikan' perbincangan tentang itu.
Nampaknya Umno berada di pihak yg menentang Islam. Jumhur rakyat Malaysia
nampak PAS telah tampil untuk perjuangkan Islam, tetapi mendapat tentangan
yg hebat dari Umno dan rakan kongsinya.
Tetapi Umno hanya berani melawan di luar gelanggang. Masuk gelanggang mereka
tak berani. Kalau masuk gelanggang pun mesti ditemani dgn 'pengadil' spt
pengadil gusti shj!
Demikianlah Umno.
.................................................
Hudud PAS atau Hudud UMNO
Inilah isu yang di mainkan oleh pemikiran kolot Mahathir dan orang UMNO.
Sebagai orang Islam sepatutnya kita semua bekerjasama menegakkan hukum Allah
itu tanpa mengira parti. Sejak merdeka lagi, kita sedar dan maklum UMNO
tidak pernah ada NIAT di hati hendak menegakkan hukum tersebut. Malah niat
menghalang amat kuat sekali.
Kenapakah UMNO bersikap begini? Jawapannya senang sahaja, UMNO amat cetek
keimanan dan akidah Islam! Patut di gelar FASIK. Mereka(UMNO) hidup dalam
kefasikan contoh terbaik ialah kejahilan Mahathir mengistiharkan Negara ini
sebuah Negara Islam. Ini satu penghinaan terhadap Ugama Islam.
Jika mahathir mengatakan Negara ini sebuah Negara Islam, samalah juga dengan
Mahathir dan orang UMNO yang luaran sahaja nampak Islam tetapi dalamannya
penuh dengan rasuah, tipu muslihat, maksiat, dll. Inilah di katakan golongan
UMNO merupakan golongan Islam yang fasik!
Nescaya usaha PAS menegakkan hukum hudud bermula dari niat dan seterusnya
kajian teliti daripada AlQuran, sejarah Islam dan Hadis. Sememangnya betapa
sukar untuk melaksanakannya.
Apatah lagi cabaran dan halangan datangnya daripada golongan fasik di atas.
Agaknya orang UMNO tidak dapat menerima hukum ini kerana ramai yang mencuri
dan melakukan zina………..jika orang UMNO semuanya elok perangai kenapakah di
takutkan dengan hukum Allah tu! Jawapannya samalah seperti di atas iaitu
golongan UMNO hanya nampak bagus dan alim pada luaran aje, tetapi perangai,
mentality dan kehidupan harian sama macam iblis.
Tak hairan jika contoh terbaik ialah Ketua Majlis Fatwa yang di kaitkan
dengan perempuan simpanan di kondominium. Macam mana orang macam ini boleh
jadi ketua Majlis fatwa……fatwa Mahathirlah tu!
Jika kita tubuhkan satu jawatankuasa mengkaji hukum hudud, siapakah agaknya
yang akan menganggotainya? Dah pasti pakar-pakar undang-undang Islam, pakar
hadis dan AlQuran,alim ulama dan para cendikiawan Islam yang fasih tentang
hudud. Panggil sahaja mereka bukan sahaja dalam Negara ini bahkan di pelusuk
dunia.
Tetapi patutkah kita menjemput Rais yatim, Ghani Patail, Najib, Mat Tyson,
Norian Mai, Hamid, Mahathir dan sebut aje senarai lain dalam UMNO……..adakah
mereka layak bercakap fasal hukum hudud?
Setakat manakah kreadibiliti atau pengetahuan mereka tentang hudud jika di
bandingkan dengan lulusan sarjana undang-undang Islam oleh Haji Hadi.
Rumusannya, orang UMNO jangan menyibuk! Jika sesiapa di kalangan orang UMNO
yang tak tahu pasal hukum hakam Allah, lebih baik pergi belajar dulu
termasuklah si Mahathir kamu! Jangan pandai berkokok sehingga tak sedar taik
sendiri tercalik di muka!
[EMAIL PROTECTED]



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke