PKINK berjaya lunaskan hutang Pusat
Tuesday, July 16 @ 10:09:28 MYT


KOTA BHARU, 16 Julai (Hrkh) - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK) berjaya menjelaskan hutangnya kepada kerajaan Pusat sebanyak RM65.6
juta mengikut jadual ditetapkan.

Manakala sehingga Disember 2001, PKINK juga berjaya menjelaskan hutang
kepada kerajaan negeri sebanyak RM31.9 juta.
Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Abdul Halim Abdul Rahman bagaimanapun
berkata, beberapa perbadanan kemajuan negeri-negeri lain terpaksa menanggung
hutang yang begitu besar.
Misalnya, Johor Corporation Sdn Bhd terpaksa menanggung hutang berjumlah RM4
bilion manakala Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Pahang pula menanggung
hutang 1.2 bilion dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka terpaksa berhutang
RM76.8 juta.
"PKINK menjalankan beberapa strategi bagi memantapkan kedudukannya termasuk
menyusun semula syarikat-syarikat anak, pemantau operasi, mengaktif sem! ula
syarikat berdaya maju dan menjual secara Management By Order (MBO) mana-mana
syarikat yang rugi," katanya ketika menjawab soalan Norzula Mat Diah (BN -
Paloh) pada persidangan Dun di sini, 15 Julai.
Beliau berkata, PKINK mempunyai 26 syarikat anak dan sehingga Mei tahun ini,
sebanyak 16 syarikat mencatat keutungan.
Menjawab soalan tambahan Haji Zulkefli Mamat (PAS - Pulai Chondong) katanya,
lembaga PKINK mempunyai tiga wakil daripada kementerian.
Katanya, tanpa kehadiran seorang daripada wakil tersebut, mesyuarat lembaga
PKINK tidak dapat diadakan.
"Dan tidak berbangkit sama PKINK perlu mencontohi perbadanan negeri-negeri
lain kerana wakil-wakil daripada kementerian sudah berada dalam lembaga
pengarah," ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Masyarakat dan
Industri Desa, Haji Omar Mohamad berkata, seluas 146,756 hektar permohonan
tanah dilulus kerajaan negeri dari tahun 1990 sehingga sekarang.Menjawab soalan Ustaz Abdul Razak Abdullah (PAS - Pergau) katanya, jumlah
premium yang dipunggut daripada jumlah keluasan tersebut sebanyak RM75.1
juta.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke