>Menurut beliau lagi, gejala buruk di Kelantan begitu teruk sehingga negeri itu tersenarai
>di tangga ke-10 paling tinggi kes sumbang mahram iaitu purata 16 kes setahun.
 
Malaysia ada 13 buah negeri, kalau Kelantan adalah negeri ke 10 tertinggi kes sumbang mahram, negeri manakah yang no 1, 2, 3,...,9???

Negeri lain punca maksiat di Kelantan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 15 Julai - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri telah berusaha untuk menghapuskan maksiat di negeri itu bagi mempertingkatkan ketakwaan masyarakat Islam.

Bagaimanapun usaha itu menemui halangan kerana negeri-negeri lain tidak mengamalkan perkara yang serupa, menyebabkan rakyatnya turut mengalami masalah sosial termasuk sumbang mahram, kata beliau.

``Malaysia terdiri daripada banyak negeri. Kalau negeri lain tak buat Kelantan pun turut dijangkiti,''kataya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan jawapan lisan pada persidangan sehari Dewan Undangan Negeri hari ini.

Hanafi Daud (PAS-Chetok) dalam soalan bertulisnya bertanya sama ada kerajaan negeri telah mengenal pasti sebab berlakunya gejala sumbang mahram di Kelantan.

Menurut beliau lagi, gejala buruk di Kelantan begitu teruk sehingga negeri itu tersenarai di tangga ke-10 paling tinggi kes sumbang mahram iaitu purata 16 kes setahun.

Nik Aziz berkata, statistik polis menunjukkan bahawa pada 1998 tujuh kes rogol dan pencabulan dilaporkan, 1999 sebanyak 12 kes, 2000 sebanyak 10 kes dan pada 2001 meningkat kepada 20 kes .

Beliau juga menambah sehingga Mei tahun ini sebanyak sembilan kes diadukan.

Katanya, kerajaan negeri dalam usaha mengatasi sumbang mahram juga meletak syarat utama supaya semua rumah yang dibina pemaju perlu dilengkapi dengan minimum tiga bilik tidur.

``Ini untuk membolehkan anak-anak lelaki dan perempuan digalakkan tidur berasingan apabila telah mencapai umur 10 tahun,'' katanya.

Suasana persidangan menjadi gamat sebentar apabila Speaker Wan Abdul Rahim Wan Abdullah enggan membenarkan Nozula Mat Diah (BN-Paloh) mengemukakan soalan tambahan berhubung isu itu kerana kesuntukan masa kerana sebelum itu dua soalan tambahan telah dikemukakan. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm


_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary information. If you are not the intended recipient,
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

Kirim email ke