BN cemari ceramah YB Mat Sabu
ASSALAMUALAIKUMWM WBT; SALAM SEJAHTERA; Setelah gagal untuk menurunkan
bendera gergasi di jalan rumah Tuan Guru Hj Yazid Pendang sempena Mahathir
lawat ke Pendang 15.7.2002, semalam 15.7.2002, samseng samseng BN mula buat
kacau di ceramah YB Mat Sabu di Sungai Baru. Pergaduhan telah berlaku, tapi
sejauh mana kejadian itu saya tidak mendapat gambaran jelas kerana ketika
itu sedang bertugas di Desa Aman, Anak Bukit. Manakala Tuan Guru Hj Hadi
beceramah di lokasi lain dekat Desa Aman juga. Pihak polis juga telah
bertindak di luar batasan untuk menurunkan bendera gergasi PAS di Pendang
kelmarin. Malah ketika ceramah di Desa Aman semalam helikopter polis
berlegar legar diudara mengambil gambar dengan suluhan lampu yang amat
terang. Seramai 6 penceramah telah berpadu tenaga di Pentas Keadilan.
Kepada petugas petugas PAS dan BA hendaklah meningkatkan rayu undi bagi
kawasan Desa Aman dan Pantai Johor yan!
g menjadi kubu kuat BN. Ini adalah
kerana masyarakat Cina mula menghadiri ceramah BA semalam. Begitu juga
petugas petugas di Gunung Keriang, kita belum mendapat sokongan padu yang
selesa disana. Cerita selak kain telah reda kerana mendapati orang itu
adalah orang gila yang sememangnya berjalan dalam keadaan begitu di kawasan
Gunung. Malah dia bukan berasal dari Kelantan. Kenapa cerita pemuda UMNO
raba punggung puteri UMNO tidak di gemburkan? Sebab perbuatan itu syok sama
syok yang di lakukan sesama mereka! BN juga telah mengganggu cerama YB
Azmin Ali di Paya Mat Inson kelmarin 14.7.2002 dengan persembahan dangdut
dari Bilik Gerakan BBC yang berhadapan dengan markas PAS. Petugas petugas
hendaklah menyerang dengan isu isu semasa yang bertalu talu, untuk membuka
fikiran pengundi pengundi. Sebagaimana semalam SU PERSATUAN ULAMA HJ AZIZI
DAN YB HJ TAIB AZAMUDDIN telah menghurai habis segala temuhan sebagai
menjawapan segala serangan BN. Mala!
m ini di Markas Keadilan Desa Aman YB
Saibudin Nasution dan saudara Ruslan Kassim. SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA
DENGAN MENJANJIKAN KEMENGAN KITA DI KEKALKAN! INSYAALLAH!!!! WASALLAM
laduniseven
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
