| Ceria di hari pengundian |
PENDANG, 18 Julai - Hujan lebat yang turun mencurah-curah malam tadi di kawasan parlimen Pendang menyebabkan suasana pengundian hari ini menampakkan keceriaan dan berlangsung dalam suasana menarik.
Suasana pagi agak cerah dan mendung, membolehkan pengundi-pengundi keluar mengundi dengan lebih selesa untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara.
Petugas-petugas Barisan Alternatif (BA) turut bersiap sedia sejak awal pagi lagi bagi membantu jentera kempen di saat-saat akhir sekarang.
Mereka diarah berada di meja-meja panas dan mengurus kedatangan pengundi bagi membolehkan tanggungjawab penduduk untuk membuang undi dijalankan dengan sempurna.
Petugas-petugas muslimat dari seluruh negara juga bersiap sedia untuk merayu undi.
Pihak pengurusan jentera pilihan raya PAS menggalakkan pengundi keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan gangguan cuaca pada sebelah petang.
Pusat membuang undi mula dibuka jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang.
Hujan lebat yang turun mencurah-curah malam tadi mengganggu kelancaran kempen di saat-saat akhir menjelang jam 12 malam, seperti yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Hujan lebat yang diselangi dengan ribut malam tadi menyebabkan poster-poster yang dipasang berterbangan dan ada di antaranya tercabut, sehingga bertaburan di atas jalan raya.
Jalan menghala ke pekan Pendang juga sesak dengan kehadiran kenderaan menjelang saat akhir pengundian. Kesesakan jalan ke bandar tersebut juga ketara petang semalam, sehingga berkilometer jauhnya.
Pihak keselamatan termasuk pasukan gerak am kelihatan mengawal di laluan ke bandar Pendang dengan memeriksa setiap kenderaan yang menghala ke bandar berkenaan malam tadi
Tidak banyak kempen secara terbuka melalui ceramah diadakan sebelum jam 12 malam, memandangkan keadaan hujan lebat.
Beberapa pos Umno dan Barisan Nasional (BN) yang bersiap sedia untuk mengadakan ceramah pada awal malam menghadapi masalah juga untuk berceramah.
Bagaimanapun PAS dan BA tidak menumpu perhatian kepada ceramah pada malam akhir sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Penumpuan dilakukan kepada gerakan saraf.
Di kawasan pilihan raya Anak Bukit kesesakan lalu lintas juga begitu ketara pada petang semalam sehingga laluan kenderaan ke kawasan berkenaan begitu sendat sekali.
Kedudukan kawasan pilihan raya berkenaan yang tidak jauh dari bandar Alor Setar menyebabkan kesesakan lebih ketara berbanding kawasan parlimen Pendang.
Kesesakan berlaku juga disebabkan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kawasan berkenaan.
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
