Polis Hilang Bisa Cegah Jenayah - Sibuk Mengawal Pembangkang
(Mahathir's Police Loses Grip On Crimes - Busy Controlling Political
Opposition)
Oleh: Spirit of Truth - 11/3/2002
Apabila pemimpin politik yang tidak diingini menyalah-gunakan tenaga polis
untuk menekan pembangkang untuk terus mencengkam kuasa, sekaligus jenayah
pun naik berleluasa. Inilah yang berlaku di Malaysia disebabkan seorang
pemimpin zalim bernama Mahathir, menggunakan pasukan polis untuk membolehkan
beliau terus berkuasa. Polis Malaysia telah dikerah menekan pihak
pembangkang, sehinggakan sebahagian besar tenaga anggota polis digembleng
menekan pembangkang, menceroboh tapak ceramah pihak pembangkang, merencana
sandiwara untuk mengelirukan rakyat, mengada-adakan barang bukti untuk
mendakwa pemimpin pembangkang, memantau pemimpin pembangkang, mentaksir
kekuatan pembangkang, merisik kegiatan pembangkang, menggunakan budaya
menakutkan rakyat, membantu pemim!
pin UMNO untuk mencegah pembangkang,
membuat kerja-kerja propaganda, mencetuskan huru-hara di tapak ceramah dan
menuduh pembangkang sebagai mencetuskannya dan pelbagai lagi kerja jijik dan
kerja-kerja bertaraf politik pariah untuk pemerintah yang zalim.
Pergerakan Penjenayah Yang Semakin Bebas
Peristiwa tahanan dan banduan yang dapat memboloskan diri semakin meningkat,
dan jenayah berat semakin meninggi seperti menara kembar KLCC. Seolah-olah
kekuatan anggota polis yang ada tidak mencukupi untuk menangani masalah
besar begini, kerana semua anggota polis terlalu sibuk melakukan tugas untuk
kepentingan ahli politik yang tidak mendapat sokongan rakyat lagi. Apabila
polis menumpukan perhatian kepada pihak pembangkang secara berlebih-lebihan
pengawasan jenayah dikurangkan. Jenayah di kalangan masyarakat India di
Malaysia telah naik mencanak, kerana Samy Vellu yang hanya mampu mendabik
dada sebagai pemimpin masyarakat India sibuk mengampu!
Mahathir, ketuanya
yang zalim itu. Ramai kaum India yang menjadi penjenayah yang ganas di
negara ini, Abdullah Bedawi menteri dalam negeri sudah terlalu sibuk dengan
penyangak seperti Kabbani, untuk mengambil peduli akan jenayah yang
menggila. Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang banyak kisah
jenayah kerana polis terlalu sibuk mencari pemimpin pembangkang untuk
disumbat dalam penjara.
UMNO kini diuruskan oleh Polis dan SB
Disebabkan kehilangan sokongan besar rakyat marhaen, dan tinggallah sokongan
segelintir para kroni yang ada, pihak polis telah dikerah untuk menguruskan
UMNOBN. Pakatan gagasan ini sudah terpaksa mengharapkan bantuan polis
sehingga menjadikan pihak polis selesa bekerja bersama mereka, kerana adanya
wang haram yang disediakan oleh UMNO daripada dana yang dicuri daripada
perbendaharaan negara. Lagipun UMNO sudah menjadi terlalu korup dan ini
memudahkan kerja-kerja korupsi pihak polis. Mereka mudah mencari d!
uit haram,
menangkap seseorang warga negara, yang membayar wang untuk dibebaskan.
Ataupun tahan seorang penagih dadah, ugut wang darinya sebelum dilepaskan.
Kemudian tangkap dia semula dan kutip wang lagi sebelum melepaskannya
semula. Demikianlah proses itu diulang-ulang berkali-kali. Itu sebabnya
jenayah naik mencanak kerana para penjenayah mudah terlepas dengan cara
menyogok polis yang sudah dijangkiti budaya korupsi tajaan UMNO. Anggota SB
(Cawangan khas Polis) dan anggota polis sudah menjadi pariah UMNO. Mereka
mudah mendapat duit haram kerana UMNO yang semakin merudum. Tetapi, negara
pun merudum juga disebabkan jenayah dan rasuah berkembang biak di merata
tempat. Kisah banduan dan tahanan lari melepaskan diri adalah disebabkan
korupsi, pihak yang ditahan membayar polis yang merancang cara mereka
melepaskan diri seperti Al Maunah, dan KMM. Semua itu adalah sandiwara yang
memberikan pihak polis pengalaman yang mudah.
Kalaulah !
begini caranya negara ini akan mereput, jenayah akan menyebabkan
huru-hara, korupsi dan sogokkan rasuah, akan menggila menjadikan marhaen
hidup tertekan, kerana setiap penjuru hidupnya akan memerlukan sogokan
rasuah, dan mereka yang tidak berwang akan terus merana. Pihak pemimpin akan
menjadikan rasuah satu budaya hidup kerana mereka mahu terus mencengkam
kuasa. Kalau rakyat tidak menghancurkan UMNOBN, negara ini akan tumbang dan
bercelaru. Bangunlah wahai rakyat Malaysia, humbankan ahli politik yang
bertopengkan kepimpinan sedang membunuh keceriaan kita dan masa depan
anak-anak kita.
-Semangat Kebenaran-
Terjemahan SPAR (Suntingan M@R)
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
