Lima petugas PAS maut dalam nahas jalan raya
Friday, July 19 @ 04:46:07 MYT
MENTAKAB, 19 Julai (Hrkh) - Lima petugas PAS Pahang dalam pilihan raya kecil
Pendang maut kerana terlibat dalam nahas jalan raya di kilometer 164 dekat
Kuala Kaung, Lancang jam 5 pagi tadi.
Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan yang menaiki van Badan
Perhubungan PAS Pahang bersama tiga lagi petugas bertembung dengan sebuah
lori kontena dari arah bertentangan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Mohd Baqi Othman ketika ditemui di
perkarangan bilik mayat Hospital Mentakab berkata, empat daripada mereka
yang meninggal dunia berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Bukit Lada
manakala satu lagi dari Cenur.
Turut berada di perkarangan bilik mayat itu ialah Ketua Penerangan PAS
Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Mokhtar
Ishak serta keluarga mangsa.
> ATTACHMENT part 2 application/x-micros!
oft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes
