Tingkat dakwah kepada bukan Islam
Friday, July 19 @ 04:47:08 MYT


MARANG, 19 Julai (Hrkh) - Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang berkata, peningkatan jumlah undi yang diperolehi oleh calon PAS
dalam pilihan raya kecil Parlimen Pendang, Kedah adalah hasil kejayaan
dakwah yang disampaikan selama ini.


Sehubungan itu, beliau menggesa supaya ditingkatkan dakwah dan penerangan
kepada masyarakat bukan Islam yang selama ini dikelirukan oleh para pemimpin
Barisan Nasional (BN).
"Kita bersyukur kepada Allah SWT dengan pencapaian PAS dalam pilihan raya
itu. Walaupun kita tidak menang dari segi pilihan raya, tetapi terdapat
peningkatan pengundi dan ternyata pengundi Melayu Islam meningkat dari masa
yang lalu.
"Ini menandakan kejayaan dakwah yang kita sampaikan. BN berjaya dengan undi
orang-orang yang bukan Islam dan kita perlu tingkatkan lagi dakwah dan
penerangan kita kepada orang yang bukan Islam ya! ng dikelirukan oleh BN,"
ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Rusila selepas menyampaikan kuliah
mingguan pagi Jumaat, hari ini sebagai mengulas keputusan pilihan raya
Parlimen Pendang dan Dun Anak Bukit.
Pada pilihan raya kecil Dun Anak Bukit, calon PAS, Ir Amiruddin Hamzah yang
memperolehi 8,298 undi menewaskan calon BN, Dato' Zakaria Said dengan
majoriti 508 undi.
Bagi Parlimen Pendang pula, calon PAS, Dr Mohd Hayati Othman mendapat 22,542
undi tewas kepada calon BN, Dato' Othman yang mendapat 22,825 undi.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS yang diwakili Dato' Fadzil Noor memperolehi
22,413 undi mengalahkan calon BN yang sama dengan majoriti 2,939 undi.
Beliau menambah, pilihan raya kecil itu berlangsung dalam suasana yang tidak
seimbang kerana PAS hanyalah bergerak dengan jentera yang dinisbahkan 10
peratus daripada seluruh jentera BN.
Ini, katanya BN menggunakan alat-alat kerajaan, media-media yang dikuasai
oleh mereka manakal! a semua akhbar ditumpukan untuk berkempen.
"Media eletronik, TV yang tidak pernah berlaku, membanyakkan rancangan
kempen termasuk ucapan menteri secara langsung berceramah kepada penduduk di
kawasan pilihan raya," ujarnya.
Selain itu, tambahnya, BN juga menggunakan jentera-jentera jabatan kerajaan
di samping seluruh jentera komponen BN dan jentera Umno dikerah dari seluruh
negara untuk berkempen pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.
"Kita merasakan bahawa dengan 10 peratus dinisbahkan daripada seluruh
jentera BN, kita telah mencapai satu kejayaan yang besar dan kita yakin
kalau jentera ini dilakukan dalam pilihan raya umum, kita akan mendapat
kemenangan, kerana pilihan raya umum berbeza dengan pilihan raya kecil.
"Dan kita mengharapkan kejayaan peningkatan undi ang berlaku di Kedah ini
akan memberi peluang kejayaan yang lebih besar di Kedah dan di negeri-negeri
lain di Malaysia," katanya.
Beliau juga mengucapkan berbanyak-banyak ter! ima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada seluruh jentera Barisan Alternatif daripada PAS, Parti
KeADILan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.
"Mudah-mudahan perjuangan yang kita lakukan itu akan menjadi pemangkin
kepada kita meneruskan lagi perjuangan dengan lebih gigih dan
bersungguh-sungguh," ujarnya.
Mengenai imej PAS berikutan kekalahan kerusi Parlimen Pendang yang sebelum
ini diwakili oleh Presidan PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor beliau berkata: "Kita
merasakan insya Allah, imej parti akan bangkit semula selepas ini kerana
seluruh negara mengetahui pilihan raya ini adalah tidak seimbang, di mana
pilihan raya ini bukan pilihan raya antara parti dengan parti, pilihan raya
antara parti dengan sebuah kerajaan yang besar, yang berlipat kali ganda
kekuatannya."
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke