Tiada pemimpin PAS terbabit kes rasuah
Monday, July 22 @ 10:21:04 MYT
KUALA KRAI, 22 Julai (Hrkh) - Kepemimpinan kerajaan PAS Kelantan dianggap
berjaya mempertahankan keunggulannya sejak hampir 12 tahun, tanpa terpalit
dengan kes-kes membabitkan rasuah.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Wanita, Belia, Sukan dan Hal Ehwal
Pengguna, Ustaz Abdullah Ya'kob berkata, sepanjang tempoh itu, tidak ada
seorang pun pemimpin PAS yang terbabit dengan gejala tersebut.
Katanya, tidak ada laporan rasmi daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR)
menggambarkan pemimpin PAS terbabit dengan gejala rasuah.
"Menteri Besar sebelum ini sudah berulang kali meminta sesiapa yang
mempunyai bukti terhadap pembabitan pemimpin PAS dengan rasuah supaya
melaporkan kepada BPR.
"Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memberi lampu hijau 24 jam
sehari kepada sesiapa sahaja supaya melaporkan kepada pihak berkuasa
sekiranya ada bukti pemimpin PAS terba!
bit dengan gejala rasuah," katanya
pada majlis taklimat dasar-dasar kerajaan peringkat jajahan Kuala Krai di
Dewan Sri Guchil di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Masyarakat dan
Industri Desa, Haji Omar Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam
dan Dakwah, Ustaz Mohamed Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains
dan Teknologi, Ustaz Hassan Muhamad.
Turut hadir, Ketua Jajahan Kuala Krai, Kamarulzaman Mohamad dan Pengarah
Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Ustaz Wan Jamil Wan Mahmood serta
wakil-wakil rakyat.
Ustaz Abdullah berkata, apa yang berlaku di Kelantan berbeza dengan
negeri-negeri di bawah Umno/Barisan Nasional (BN) yang perlu mendapat izin
terlebih dahulu daripada Perdana Menteri, sebelum sesuatu kes rasuah
disiasat.
"Pihak berkuasa terpaksa menunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri,
sebelum sesuatu kes membabitkan pemimpin mereka disiasat," katanya.
Beliau !
juga berkata, taklimat dasar-dasar kerajaan perlu diadakan dari
semasa ke semasa bagi memberi maklumat terhadap perkembangan terkini yang
dilakukan kerajaan negeri.
Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai banyak saluran untuk menyampaikan
maklumat kepada rakyat, melainkan majlis-majlis penerangan seumpama itu.
Menurutnya, sejak PAS mentadbir Kelantan pelbagai dasar yang berpandu kepada
al Quran dan Hadis sudah digubal kerajaan negeri.
Katanya, dasar-dasar tersebut termasuk berkaitan kebudayaan, pelancongan,
pertanian, wanita dan pentadbiran.
"Dasar-dasar berkenaan digubal bagi memastikan rakyat tidak terpalit dengan
dosa terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
"Kita tidak mahu rakyat terus menanggung dosa kerana tidak mempunyai dasar
yang selaras dengan kehendak Islam," katanya.
Kamarulzaman berkata, jajahan Kuala Krai merupakan jajahan ketiga
dilaksanakan program berkenaan selepas Tumpat dan Gua Musang.
Menurutnya, taklimat me!
ngenai dasar yang berkonsep Membangun Bersama Islam
begitu penting diadakan bagi membolehkan rakyat di semua peringkat
memahaminya.
Pada majlis yang sama beliau meminta penduduk yang dilulus permohonan hak
milik tanah di jajahan berkenaan menjelaskan bayaran premium tanah yang kini
tertunggak sehingga berjumlah RM12 juta.
Katanya, kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab bagi melulus hak milik
tanah kepada rakyat.
"Bagaimanapun masih ramai penduduk tidak menjelaskan bayaran premium kepada
kerajaan negeri selepas permohonan tanah mereka dilulus," katanya.
Haji Omar ketika menyampaikan ucaptama pada program berkenaan berkata, usaha
dilakukan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar selaras dengan kehendak
agama sentiasa mendapat gangguan daripada pihak tertentu.
"Perkara seperti ini juga pernah dialami Nabi Muhamad saw ketika
menyampaikan risalah Allah," katanya.
Sementara itu, pemimpin-pemimpin masyarakat yang hadir pada programberkenaan berharap pihak urusetia menyediakan lebih banyak risalah atau
program khusus bagi memberi kefahaman terhadap setiap dasar kerajaan negeri.
Katanya, program ceramah yang berjela-jela tanpa maklumat secara bertulis
tidak mungkin dapat memberi kesan kepada orang ramai yang hadir.
"Program penerangan seperti ini juga perlu diselit slot khusus untuk
memperkatakan sesuatu dasar secara terperinci dan diada sesi dialog bagi
membolehkan orang ramai memberi idea atau cadangan," kata mereka.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
