Pendang: KeADILan cadang SPR keluar kertas putih
Monday, July 22 @ 10:42:47 MYT
KOTA BHARU, 22 Julai (Hrkh) - Pemimpin KeADILan berharap kerajaan
mengeluarkan kertas putih bagi menjelaskan banyak kekeliruan yang berlaku
sepanjang pilihan raya kecil di Pendang, 18 Julai lalu.
Mereka juga mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang
semakin terjejas kerana menjadi alat secara terang-terangan kepada parti
pemerintah.
Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Pusat, Gobalakrishnan a/l Nagapan berkata,
SPR tidak lagi dipercayai sepenuhnya sebagai sebuah badan yang telus dalam
mengendalikan urusan pilihan raya.
"Kita meragui keputusan pilihan raya Parlimen Pendang 18 Julai lalu,
rata-rata orang ramai tidak mempercayai pengiraan undi tersebut dan meminta
SPR keluarkan kertas putih bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang
berlaku," katanya.
Menurutnya, kemungkinan wujud pengundi hantu tidak dapat ditolak
memandangk!
an bilangan yang keluar mengundi begitu tinggi sekali iaitu 86.07
peratus.
Pada pilihan raya kecil kawasan parlimen Pendang baru-baru ini, calon PAS,
Dr Mohd Hayati Othman kecundang 283 undi kepada Dato' Othman Abdul dari
Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun calon PAS di Anak Bukit, Amiruddin Hamzah mengatasi calon BN,
Dato' Zakaria Said dengan 508 undi.
Gobalakrishnan berkata, terdapat unsur-unsur mengecewakan semasa pengiraan
undi di Pendang sehingga keputusannya lambat dikeluarkan.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Haji Ramli Ibrahim menyifatkan kemenangan calon
PAS di Dun Anak Bukit sebagai isyarat Barisan Alternatif (BA) dijangka
menguasai Kedah pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, sekiranya BN tidak mampu untuk menang pada pilihan raya kecil
dengan bantuan jentera kerajaan secara berleluasa, sudah tentu pada pilihan
raya umum, ia bertambah sukar.
"Bagaimanapun kekalahan calon PAS di Pendang bukan bermakna BA lemah.. tanpa
pe!
nipuan sudah pasti kita menang," katanya.
Ketua Pemuda keADILan Kelantan, Zamakhsari Ibrahim mengakui isu yang
dimainkan oleh pihak lawan berkaitan isu hudud sedikit sebanyak mempengaruhi
pengundi di kalangan bukan Islam.
Beliau turut mengakui kewujudan pengundi hantu di kawasan Pendang, cuma
kaedahnya berbeza dengan apa yang berlaku di Lunas, sebelum ini.
Katanya juga, faktur wang di kalangan pengundi yang tinggal di kawasan Felda
dan estet turut mempengaruhi suasana pengundian kali ini.
Daud Salleh, 52 yang turut berkempen di Pendang berkata, kedatangan bas
seawal jam 3 pagi ke kawasan pengundian yang dianggarkan melebihi 40 buah
begitu mencurigakan sekali.
Menurutnya juga, jarak ketibaan peti undi yang agak lama setelah peti-peti
lain sampai dipertikaikan.
"Saya amat tidak berpuas hati dan berharap SPR mengeluarkan kenyataan rasmi
bagi menjelaskan perkara tersebut," ujarnya.
Sebelum ini, SPR menafikan dakwaan pembangkang kononn!
ya wujud pengundi hantu
pada pilihan raya kecil di Pendang dan Anak Bukit.
Setiausahanya, Wan Ahmad Wan Omar dilaporkan berkata, peluang pengundi hantu
wujud di kawasan berkenaan agak tipis.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
