Umno: Kembalikan kepada Islam
Oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
TOHMAHAN yang mengatakan bahawa orang PAS fanatik kepada pemimpin mereka
nampaknya berkumandang lagi.
Utusan Malaysia yang melaporkan bahawa, Perdana Menteri berkata: "Malangnya
kerana sikap fanatik mereka tidak menerima penjelasan kita." (Utusan
Malaysia 22 Julai 2002). PAS dikatakan telah berjaya membasuh minda
masyarakat. Kata Dr Mahathir: "Apabila kita beritahu perkara yang baik,
rakyat tidak nak terima."
Sehari sebelum ini, cendikiawan Islam dalam Forum Antarabangsa mengenai
Islam (KALIF 2002) turut sibuk dengan saranan supaya umat Islam tidak
taksub. (Mingguan Malaysia 21 Julai 2002).
Sebenarnya sikap I'tisam (berpegang teguh dengan kebenaran) adalah sebuah
tuntutan. Ini boleh kita lihat dalam seruan Allah Subhanahu Wataala melalui
firmanNya yang bermaksud: "Berpegang teguhlah (I'tisam) kamu dengan tali
Allah dan janganlah kamu bercerai berai." (Sur!
ah Al Imran: Ayat 103).
Apa dia berpegang teguh kepada tali Allah, jika tidak kepada Al-Quran dan
Hadith? Hakikat bahawa para sahabat berjuang sampai mengorbankan harta,
masa, jiwa dan raga adalah contoh i'tisam yang boleh dilihat di sepanjang
sejarah.
Ini bukan fanatik. Daripada i'tisamlah lahirnya sabar dan jihad sebagai dua
tunggak serentak yang menjunjung Islam.
Islam lalu menjadi agama Allah yang membangun, berkembang dan maju.
Penglibatan PAS adalah penerusan kepada sikap berpegang teguh dengan
kebenaran dalam meneruskan usaha jihad bagi menegakkan kebenaran.
Inilah yang disifatkan oleh Allah sebagai Al Bayyinah. "Dan tidaklah
berpecah belah orang-orang yang didatangkan Al Kitab (kepada mereka)
melainkan sesudah datang kepada mereka bukti yang nyata." (Surah Al
Bayyinah: Ayat 4).
Begitulah hingga sampai ke hari kiamat, InsyaAllah. Ini sangat berbeza
dengan istilah yang digunakan oleh Perdana Menteri. Istilah fanatik itu
s!
endiri sudah tidak kena untuk dihubungkan dengan PAS.
Fanatik bermakna menyokong secara membabi buta. Ini tidak berlaku dalam PAS.
Yang ada ialah i'tisam. Mereka menyokong kuat PAS kerana PAS berpegang teguh
dengan kebenaran.
Ertinya di sini, kerja amal kita hendaklah didasarkan kepada perintah dan
larangan Al-Quran serta Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Jika Umno mahu rakyat i'tisam kepada mereka, mereka perlu buktikan terlebih
dahulu segala yang dibuat, sama ada undang-undang atau peraturan atau
pelaksanaan kepada sebarang dasar dan program pembangunan tidak bercanggah
dengan tali-tali Allah. Contohnya, jika menuduh biar ada bukti.
Setiap kesalahan perlu disabitkan di mahkamah. Pendakwaan pula tidak boleh
dilakukan secara terpilih. Amalan rasuah perlu disiasat dan diselesaikan
tanpa campur tangan. Projek-projek membazir perlu dihentikan.
Amalan menyalahgunakan wang rakyat untuk "bail out" anak pinak dan kroni
patut dielakkan. Undang-Und!
ang Hudud tidak boleh dicemuh, malah perlu
diusaha untuk ditegakkan.
Ringkasnya Umno perlu membuktikan bahawa dia tidak berdolak dalik. Lidahnya
tidak bercabang. Sehingga kini, terlalu banyak bukti yang menunjukkan Umno
tidak konsistan dengan pegangan agama. Satu contoh mudah ialah judi.
Bagaimana rakyat boleh menyerahkan kepercayaan kepada Umno jika dalam hal
judi, ada orang penting di Malaysia menyebutkan: "Beliau tidak berjumpa ayat
Al-Quran yang mengharamkan judi."
Apa sikap Umno? Diam sahaja; malah makin asyik melulus dan meluaskan
penglibatan dalam aktiviti judi.
Rakyat boleh semak saham penglibatan kerajaan dalam syarikat yang dilaburkan
seperti Genting Berhad, Resorts World Bhd., Metroplex Bhd., Berjaya Group
Bhd. dan Sports Toto Malaysia Bhd. Ini ada tercatat di dalam Akaun Awam
Persekutuan 1999.
Itu belum lagi dihitung pelaburan tidak langsung oleh kerajaan dalam
saham-saham yang terlibat dengan judi.
Hasil yang diper!
olehi oleh kerajaan dalam industri judi terlalu besar. Ini
dengan jelas membuktikan bahawa kerajaan terlibat secara langsung dengan
industri dosa ini.
Perkara ini pernah dibahas dan diakui dalam sidang Parlimen dua tiga bulan
yang lalu. Jadi saya tidak fahamlah bagaimana pemimpin kita boleh berkata:
"Tunjukkanlah apa yang tidak baik yang kita buat." (Perdana Menteri: Utusan
Malaysia 22 Julai 2002). Judi itu tentu tidak baik.
Ia berdosa. Jika Perdana Menteri meminta PAS tunjukkan apa yang tidak baik,
maka ini salah satu daripadanya. Sangat jelas!
Dalam keadaan beginilah, rakyat khususnya orang Melayu yang beragama Islam
semakin hilang keyakinan kepada Umno. Kalau perlu saya nasihat Umno, maka
sukalah saya menyeru, malah merayu mereka untuk kembali kepada Al-Quran dan
Hadith sebelum terlambat.
Perihal tidak fanatiknya kita kepada pemimpin kita amat jelas. Umno terima
sahaja Al-Quran dan Hadith dengan meminda perlembagaan dan buktikankesungguhan untuk memerintah menurut ajaran Islam dengan sepenuhnya, maka
tidak ada sebab untuk PAS terus beri'tisam dengan pemimpinnya.
Bagi kita, siapa yang menduduki "pilot seat" tidak penting. Islam wajib
ditempatkan di atas. Itu sahaja. Tidak sekali di atas dan sekali di bawah.
Tidak pernah sekalipun tetap pendiriannya.
Dalam analisa prestasi Barisan Nasional di Anak Bukit, Umno masih angkuh
tidak mahu menerima kekalahan. Perdana Menteri menyalahkan sikap penyokong
PAS yang fanatik. (Lihat Utusan Malaysia 20 Julai 2002).
Kalau nak persoalkan perkara fanatik ini, apakah kemenangan Umno di Parlimen
Pendang turut melambangkan sikap fanatik penyokong Umno kepada Umno.
Umno telah terbukti serba tidak kena. Dia mengkhianati hampir segala amanah
Allah S.W.T. serta seluruh aspirasi orang Melayu. Saya juga boleh berkata
begitu walaupun saya tidak mahu berkata begitu.
Apa yang ingin saya katakan ialah pengundi anak Bukit beri'tisam kepadapemimpin PAS kerana pemimpin PAS telah mampu membuktikan komitmen yang
sebenar kepada perjuangan Islam.
Jika Umno cemburukan populariti kami, tirulah macam kami. Buktikan kecintaan
Umno terhadap Islam dengan segala iltizam dan keikhlasan. Cuba cari punca
kenapa orang lari dan tidak mahu mendengar cakap kita. Bermuhasabahlah.
Jangan terlalu emosi dan menggelabah dengan cuba menyalahkan parti lawan
ketika kalah semata-mata kerana kami lebih mempunyai hujah.
Lain kali, berhiaslah dengan lebih rapi menggunakan alat solek yang
dibekalkan oleh Al-Quran dan Hadith untuk menarik lebih perhatian. Baru
dipanggil perlumbaan yang sihat.
Ini baru "gentleman". PAS tiada halangan. Percayalah. Kembalilah kepada
Islam. InsyaAllah; selamat.
<>
______________________
Terbitan : 24 Julai 2002
Ke atas Home
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-mi!
crosoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
