*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2003 PAS kalah semua sekali......hehehehe....
>From: aku punya <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Strategi dan Analisa di Pendang
>Date: Fri, 26 Jul 2002 02:04:16 -0700 (PDT)
>
>Secara keseluruhannya keputusan p.raya kecil Pendang dan Anak Bukit menunjukkan UMno masih belum selamat dari ancaman PAS, sungguhpun UMno mendapat nafas baru apabila dapat menawan kubu kuat PAS di Pendang.
>Umum telah mengetahui asas parti PAS amat kukuh di kedah, PAS hanya memerlukan 6 kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan PAS Kedah dan jikalau ini berlaku, ia memanglah amat pahit untuk diterima UMno kerana pertama, Kedah adalah satu negeri kemelayuan dan kalau hilang Kedah, bermakna UMno hilang pengaruh di negeri-negeri melayu. keduanya, UMno tak pernah kalah di Kedah. Kalau dulu PAS berjaya menawan Terengganu kerana sokongan Majoriti Melayu dan Islam lebih-lebih lagi berjiran dengan Kerajaan PAS/BA di Kelantan. Sungguhpun Pas belum berjaya sepenuhnya di Kedah tetapi petanda-petanda awal telah tergambar ke arah kejayaan yang lebih besar InsyaAllah. ketiganya, UMno adalah negeri kelahiran mahathir, sungguhpun kita tau mahathir tidak akan membenarkan PAS berkuasa di negeri kesayangannya, tetapi sokongan melayu bukanlah kukuh sangat terhadapnya di kedah.
>
>Dari tinjauan PAS/BA tempat PM sendiripun belum cukup selamat apatah lagi sokongan yang terus meningkat dan tidak berganjak terhadap PAS/BA. Atas alas an inilah PAS/BA perlu lebih aktif dan progresif bagi mendapat sokongan melayu dan yakinlah kalau PAS/BA kini mula turun padang, dengar permasalahan rakyat, InsyaAllah PAS/BA akan menang. Seluruh jentera parti perlu bekerja siang dan malam bagi membantu rakyat, dengan aktiviti kemasyarakatan, gotong royong, yang dapat membantu rakyat.
>
>Sumber dan penyebaran maklumat hendaklah dipertingkatkan dan dipelbagaikan kerana dengan maklumat yang jelas akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap PAS/BA. Umum mengetahui banyak saluran2 maklumat PAS/BA disekat namun kita masih ada jalan untuk mengatasi setiap permasalahan. Yang penting sekali PAS/BA haruslah bijak menggunakan segala kemudahan yang ada secara optimum dan berterusan. Kita bimbang bila rakyat tidak mendapat maklumat yang secukupnya menyebabkan kekeliruan dan kesangsian.
>
>Dalam Mingguan Malaysia (22/7/02) Awang Selamat selaku Ketua Editor Utusan Malaysia telah menyalahkan Media Massa khususnya siaran TV sebagai punca kekalahan BN di Anak Bukit dan undi PAS yang tidak berkurangan di kawasan Pendang. Antara lain beliau menyatakan bahawa siaran TV khususnya ulasan politik yang berat sebelah itu hanya sesuai untuk ditonton oleh penyokong-penyokong BN tetapi tidak sesuai untuk tatapan umum kerana ianya menimbulkan rasa benci dan marah di pihak yang satu lagi , menyebabkan mesej yang ingin disampaikan oleh BN tidak sampai kepada sasarannya. Disebut juga sesetengah pengulas politik yang dijemput itu cara ulasannya lebih kepada seorang juru kempen untuk BN dan bukannya seorang pengulas politik.
>
>Begitu juga dengan satu Rencana panjang di bawah kolum editor di mukasurat
>yang sama, di mana pengarangnya membuat kritikan secara terbuka terhadap UMNO
>dan Barisan Nasional. Sekiranya tulisan pengarang ini boleh mewakili suara Utusan Malaysia; maka ketahuilah buat pertama kalinya Utusan Malaysia mengakui bahawa PAS dan UMNO sama kuat dan sama gagah, bermakna kata buat pertama kalinya sejak Malim Kundang turun di Bukit Si Gantang (orang utara kata sejak zaman Tok Nadoq) Utusan Malaysia mengakui bahawa "PAS is a mighty force need to be reckoned with"; dlm bahasa Malaysianya bermaksud, akhirnya Utusan Malaysia yang menjadi jurucakap rasmi KERAjaan BN mengakui bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang kuat, kukuh dan kental yang perlu diberi penghormatan yang sewajarnya.
>
>
>Walau pun kalah di Pendang, tetapi pengakuan rasmi dari Utusan Malaysia ini., kita rasa adalah satu kemenangan yang terbesar pernah PAS capai sejak zaman penubuhannya. VIVA PAS!!
>
>Berbalik kepada pilihanraya kecil Pendang; sedikit analisa untuk tatapan
>bersama:
>
>
>
>Tidak berkurangnya jumlah undi yg diperolehi oleh PAS kali ini berbanding dengan p/raya umum 1999 menunjukkan PAS Pendang di bawah almarhum Ustaz Fadzil Noor telah berjaya menyampaikan tarbiah dakwah islamiah kepada pengundi-pengundi yang mengundi PAS pada tahun 1999. Untuk pengetahuan, Datuk Najib Tun Razak, dalam satu kenyataannya dalam Utusan Malaysia selepas p/raya 1999, ketika mengulas kekalahan UMNO di Terengganu, beliau menyatakan bahawa BN tidak risau dengan kekalahan tersebut, dan yakin mereka akan kembali menguasai Terengganu kerana rata-rata pengundi yang mengundi PAS ketika itu mengundi atas dasar simpati, protes dan sebagainya dan bukan atas dasar ideologi.
>
>Maksud ideologi di sini ialah mereka yg mengundi PAS atas dasar tidak mahu bersubahat dengan mereka yang menentang atau pun mencari alasan untuk tidak melaksanakan sistem perundangan Islam; mereka-mereka yang memahami tafsiran surah Al-Maidah ayat 42 dan seterusnya, sampai kiamat pun mereka-mereka ini tidak akan mengundi Barisan Nasional; Datuk Najib Tun Razak tahu dan semua orang-orang yang memahami kandungan surah Al-Maidah ini pun tahu.
>
>
>Jika ada sebarang pengajaran yang boleh diambil oleh mana-mana kawasan PAS di seluruh negara, kejayaan ustaz Fadzil Noor menyampaikan tarbiah Islam kepada pengundi-pengundi Pendang dengan terbuktinya undi yang berkekalan daripada mereka pada p/raya kecil ini haruslah dijadikan tauladan. Program tarbiah untuk menyedarkan mereka-mereka yang mengundi PAS pada tahun 1999 haruslah ditingkatkan bagi memastikan sokongan mereka akan terus berkekalan pada p/raya umum akan datang.
>
>Tahniah kepada calun PAS yang bertanding, Dr. Mohamad Hayati kerana berjaya membuktikan kepada UMno/BN tanpa jentera 3M (Media, Money@wang dan Man@hantu-hantu) BA mampu mempertahankan sebahagian besar orang-orang Melayu Islam di Pendang, yang lebih celik dan cerdik dari yang Dr Mahathir sendiri sangkakan.
>
>Selain itu, satu persoalan yang timbul ialah mampukah PAS merampas kembali Pendang dari tangan BN dalam p/raya akan datang? PAS/BA cukup konfiden dan yakin bahawa Pendang akan kembali ke tangan PAS pada p/raya umum 2003 nanti. Alasannya diberi sendiri oleh calun BN, YB Osman Abdul dalam satu kenyataannya dalam akhbar Mingguan Malaysia. Beliau menyatakan peningkatan peratus yang keluar mengundi daripada sekitar 80% pada tahun 1999 kepada 86% baru-baru ini memberi kelebihan kepada BN.
>
>
>Jika ditanya kepada orang-orang Pendang, siapakah yang extra 6% itu, selain daripada
>pengundi hantu dari luar yang terlepas masuk, majoriti daripada golongan 6% ini ialah kaum Siam, Cina dan lain2 bangsa bukan Melayu. Mereka ini secara lumrahnya tidak begitu mengambil berat mengenai p/raya kerana bagi mereka p/raya di kawasan tersebut adalah isu antara Melayu lwn Melayu; seperti mana juga keadaannya jika kita sendiri tercampak ke Pulau Pinang, katakan di kawasan tersebut DAP lawan Gerakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri. Bagi kita, sama ada DAP atau Gerakan , dua-dua sama sahaja, siapa menang pun Penang masih tetap di Ketua-Menterikan oleh Cina; maka di ketika hari mengundi itu jika ada kawan mengajak pergi memancing ke Pulau Banding atau pun ke Pulau Somsong, kita tentunya lebih berminat untuk pergi memancing daripada pergi turun mengundi. Maka begitu juga senarionya di Pendang pada pandangan kaum Cina,India dan Siam; adalah dirasakan orang-orang Siam di kampong-kampong pedalaman itu lebih berminat untuk turun ke Sungai mencari Labi-labi d!
aripada turun beratur dalam panas terik untuk membuang undi - kecuali jika ada ganjaran yang lumayan dan jika ada orang yang sanggup masuk ke kampong mereka membawa mereka pergi dan balik dari pusat mengundi.
>
>Inilah yang telah berjaya dilakukan UMNO dengan jayanya pada hari mengundi di Pendang tempoh hari. Daripada sumber yang rapat dengan kem UMNO yang dikawal oleh Datuk Mustapa Mohamad tempoh hari, dimaklumkan bahawa setiap pemandu yang ditugaskan mengangkut pengundi diberi habuan RM1000 sehari, dan setiap pengundi yang diangkut pulak diarahkan diberi RM50 seorang kepada pengundi berkenaan. Untuk makluman, maklumat daripada SB PAS pada hari mengundi, kita dimaklumkan bahawa setiap pengundi Siam itu diberi RM25 seorang dan bukannya RM50 seperti yang diarahkan; bermakna pemandu kereta BN itu sudah pun makan RM25 satu kepala; maka macam itulah orang2 UMNO, bukan setakat tender project saja mereka 'mark-up'; upah RM50 itu pun boleh bahagi dua!!!
>
>
>Sememangnya, UMNO begitu jenuh menabur duit pada p/raya kecil ini, Datuk Mustapha Mohamad sendiri diberitakan membawa turun dana khas sebanyak RM1.3 Juta; itu baru beliau, Menteri2 lain masih belum dikira. Sikit punya banyakkah UMNO melabur baik dari segi wang ringgit, belanja pentadbiran,jentera kerajaan dan sebagainya, kemenangan tipis 281 undi itu tidak berbaloi sebenarnya!
>
>
>Persoalannya, mampukah UMNO terus melaburkan jumlah pelaburan yang sama (atau pun lebih) pada p/raya umum di kawasan Pendang akan datang? Jika tidak, maka jumlah peratusan yang keluar mengundi akan kembali ke tahap yang biasa, kerana Siam-Siam di sana tentunya lebih berminat untuk masuk hutan menjerat babi atau pun menyusur batas ban mencari Labi-labi jika pulangan untuk keluar mengundi tidak selumayan jumlah yang diterima baru-baru ini. Mereka-mereka yang menjadi pemandu pada hari mengundi juga tentunya menjadi 'tidak rajin' jika jumlah yang diberi bukan sebanyak yang diterima kali ini.
>
>
>Persoalan ini walaupun nampak susah, tapi semua orang tahu jawapannya; pada p/raya umum akan datang, Datuk Mustapha akan kembali sibuk di Jeli dan begitu juga dengan menteri2 kabinet yang lain, mereka akan kembali sibuk di kawasan masing2; maka pada ketika itu Pendang akan kembali kepada suasana p/raya tahun 1999 yang lalu, InsyaAllah pada ketika itu nanti Pendang akan kembali ke tangan kita (PAS/BA). Tambahan pula, jumlah 800 lebih pengundi yang hilang yang rata2nya orang PAS akan kembali semula ke dalam daftar pemilih, maka pada ketika itu, kita yakin jumlah majoriti yang akan PAS terima kalau tidak banyakpun, InsyaAllah akan mencecah angka yang diperolehi oleh almarhum Presiden
>kita.
>
>
>Apa-apa pun, p/raya kecil Pendang sudah berlalu, rata-rata orang PAS tidak begitu rasa kecewa kerana mereka semua beranggapan PAS menang walau pun kalah memandangkan kita berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan, orang-orang UMNO juga tentunya gembira dengan kemenangan merekaini, dan sama ada suka atau tidak kita terpaksalah ucapkan tahniah di atas kemenangan mereka; cuma yang agak kesal dan sedih dengan kemenangan ini tentunya pegawai-pegawai imigresen di Bukit Kayu Hitam; diberitakan selepas diumumkan BN menang di Pendang, pintu masuk keluar sem padan dibuka hingga ke pagi bagi membolehkan penyokong-penyokong BN keluar masuk untuk menyambut
>kemenangan mereka di 'negeri' sana.
>
>
>
>Rakyat Buta Hasilkan Kerajaan Buta...
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Health - Feel better, live better
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Syazana H." <[EMAIL PROTECTED]>