Selamat sejahtera buat pengundi serta penyokong Barisan Nasional Anak Bukit dan Pendang.
Disini disampaikan berita sensasi yang membahagiakan engkorang semua di dunia ini setelah engkorang ni benar-benar cintakan Barisan Nasional. Hampir RM100,000,000.00 digunakan oleh BN untuk beli undi/ rasuah dll. Kini mereka kena cekik darah rakyat untuk dapatkan semula duit itu.
Harga petrol dijangka naik -- PM beri jaminan kenaikan adalah kecil dan tidak membebankan rakyat
Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN dan AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan bahawa kenaikan harga petrol yang akan berlaku adalah kecil dan tidak membebankan rakyat.
Perdana Menteri menjelaskan kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kerajaan terpaksa menampung jumlah subsidi yang semakin meningkat akibat pertambahan penggunaan bahan api itu di dalam negara.
Beliau tidak menolak kemungkinan kenaikan itu akan dilaksanakan dalam jangka waktu terdekat.
Harga petrol naik kali ke 3, hanya dalam beberapa bulan. Nah ! Ni dia balasan jasa bakti engkorang itu hari mengundi Barisan Nasional. Sekarang siapa yang susah ? Engkorang jugak. Selepas ni nanti, ikuti siri kenaikan harga barangan secara berperingkat pulak !Apa punya kerajaan da, subsidi petrol rakyat yang kena tanggung. Ye tak ye jugak, kalau orang kerajaan saja yang kena tanggung, alamat tinggal cawat dalam saja la. Bertambah pulak kes selak cawat keluar masuk mahkamah nanti. Banyak pulak hakim yang mati kena heart-attack nak selesai isu paling mengarut ni.. Tapi macam biasa, Malaysia kan boleh !
>>>>>>>>>>>End 1
Lagi satu berita yang seronok dibaca untuk penduduk Siam sekitar Pendang khasnya,
Jangan kecualikan SJKC -- Bertegas laksanakan Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris - Pemuda UMNO
Oleh:ZULKIFLI JALIL, YUSRI SAHAT dan AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 30 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan agar tidak mengecualikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun depan.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim berkata, pelaksanaan dasar baru tersebut mestilah dilakukan secara menyeluruh demi memastikan kepentingan generasi muda negara pada masa depan tidak terjejas.
Tegas beliau, bantahan yang dilakukan oleh tiga pertubuhan yang mewakili kepentingan kaum Cina tidak sepatutnya berlaku jika mereka sedar tentang tujuan murni kerajaan untuk memulakan pengajaran dalam bahasa antarabangsa.
Antara masyarakat cina dan siam la, aku tengok siam lebih berbahasa dari cina. Siam pandai cakap cina dan cina kureng sikit. Dan dalam bahsa inggeris siam lebih teruk dari cina. Maknanya, isu perlaksanaan bahasa inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan memberi cabaran baru kepada orang siam yang rata-ratanya bercong-chai pak pung untuk berhadapan dunia globlalisasi kelak.
Nampaknya terpaksala engkorang belajar pulak menggulung lidah bercakap dalam bahasa inggeris. Kalau tidak, juai toto saja la sampai tua bangka nanti !
Pangkah lagi BN !! Pembela rakyat konon.. ptuihhh !
>>>>>>>>>>>End 2
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better
| Yahoo! Groups Sponsor |
Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
