Berita // News : Akhbar
Jepun Berpendapat Perbicaraan DSAI Tidak Adil
hold=0>
Thursday, August 01, 2002 - 11:20 AM GMT



Bagi pencacai
BN yang berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tidak relevan, pendapat
mereka itu terus dibuktikan salah apabila akhbar-akhbar dunia terus memberi
liputan mengenai campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan Datuk Seri
Anwar Ibrahim. Yang terbaru ialah sebuah akhbar ternama Jepun, The Daily
Yomiuri. Dalam edisi Selasa lepas, akhbar itu menyiarkan sebuah rencana
mengenai pendirian Setiausaha Negara AS, Jeneral Colin Powell bahawa
perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak adil. Akhbar itu juga mengimbas
kembali bagaimana konspirasi politik ! digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO
untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka bimbang salah laku
mereka akan didakwa sekiranya Datuk Seri Anwar menjadi Perdana Menteri
kelak. Mengulas perkara ini, Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda, Saudara
Rafizi Ramli menyeru ahli-ahli UMNO sendiri menerima hakikat bahawa selagi
isu keadilan Datuk Seri Anwar tidak diselesaikan, imej Malaysia di mata
dunia tidak akan pulih. "Dalam dunia era komunikasi teknologi maklumat
ini, kerajaan Malaysia sudah tentu tidak mampu membendung pandangan berbeza
di peringkat antarabangsa," beliau dipetik berkata. Malah menurut beliau,
tindakan kegilaan Perdana Menteri ingin mencipta namanya sebagai seorang
pemimpin antarabangsa yang dihormati memudaratkan lagi keadaan, kerana
masyarakat antarabangsa sedar rentetan peristiwa sejak September 1998. "Di
peringkat Pemuda, kita akan terus menyalurkan berita alternatif ke peringkat
antarabangsa," kata beliau ! lagi.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - Feel better, live better

Kirim email ke