Berita // News : TG Nik
Aziz Tolak Tawaran Rasuah RM1 Juta
hold=0>
Friday, August 09, 2002 - 12:28 AM GMT



Menteri Besar
Kelantan, YAB TG Datuk Nik Aziz Nik Mat memberitahu orang ramai yang
menghadiri satu majlis di Labok bahawa beliau pernah pada satu ketika
menolak tawaran rasuah lebih RM1 juta, yang ditawarkan seorang ahli
perniagaan Cina. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan kosong
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rais Yatim kononnya kerajaan Kelantan
menawarkan tanah kepada penyiasat untuk menutup mulut mereka. Walaupun
tiada sebarang bukti diberikan, bakal Perdana Menteri Ab! dullah Badawi
bergopoh-gapah mengeluarkan arahan supaya BPR menjadikan 'kes' itu
keutamaannya dan menyiasat segera. Dalam majlis bersama rakyat itu,
Mursyidul Am PAS itu menceritakan bagaimana beliau pada satu ketika sedang
mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri. Seorang ahli perniagaan Cina
meminta untuk berjumpanya bersendirian dan seterusnya menawarkan rasuah di
antara RM1 juta hingga RM2 juta jika kerajaan memberikan konsesi balak
kepada syarikatnya. Tawaran itu ditolak dan menurut TG Datuk Nik Aziz,
apabila ahli perniagaan itu sedar perasaan tidak senang beliau (TG Datuk Nik
Aziz), dia terus meninggalkan pejabat. Oleh itu, kata beliau, kerajaan
Kelantan mengalu-alukan sebarang penyiasatan jika benar pegawai kerajaan
negeri pecah amanah. "Jika mereka benar-benar pecah amanah, datang dan
tangkap mereka," kata TG Datuk Nik Aziz lagi. Sementara itu, jurucakap
Pemuda menasihatkan Abdullah Badawi supaya jangan memalukan diri sendiri d! an
UMNO dengan tindakan kebodohan bersungguh-sungguh mengarahkan BPR mengadakan
siasatan. "Rakyat yang semakin cynical dengan kredibiliti kerajaan dan
kebebasan badan kehakiman atau BPR, sudah tentu jelek melihat Abdullah
Badawi terjueh-jueh bibirnya menyuruh siasatan dibuat, sedangkan kes yang
telah terbukti dan diketahui umum dilupakan begitu sahaja," kata beliau
sambil merujuk kepada kes rasuah Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik.
"Sebaliknya, hero rakyat dipenjarakan sementara penyamun besar
bermaharajalela," kata beliau lagi.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke