Bonus: Shahidan menuju sistem komunis
Thursday, August 08 @ 01:25:52 MYT
Oleh Mohd Sabri Said
PERMATANG PAUH, 8 Ogos (Hrkh)- Cadangan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri
Shahidan Kasim yang mendapat sokongan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mahu memberi bonus dua bulan untuk
kakitangan awam yang taat kepada kerajaan sahaja merupakan menjurus kepada
sistem komunis.
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman dalam
kenyataannya berkata, menerusi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia
ianya memberi kebebasan kepada semua rakyat termasuk kakitangan awam untuk
memilih mana-mana parti yang difikirkan relevan untuk memegang tampuk
pemerintahan.
"Cadangan mereka tidak rasional langsung dengan sistem demokrasi yang
dilaksanakan di negara ini. Sedangkan, mereka sendiri melaungkan dasar
terseb! ut di mana-mana pilihanraya.
" Tidak lojik kerajaan hendak menganak tirikan kakitangan kerajaan yang
membantu mempertingkatkan sosio ekonomi negara walaupun mereka ahli parti
pembangkang, " jelasnya.
Menurutnya lagi, jika begini pemikiran kepimpinan Barisan Nasional (BN),
rakyat akan lebih marah terutamanya kakitangan kerajaan dengan memendam
perasaan bagi mengajar pemerintah dalam pilihanraya umum kali ini.
PAS yakin, ujar Hamdan, rakyat akan bangun mengatakan ketidak puasan hati
terhadap kenyataan yang bersikap angkuh dan sombong seolah-olah negara ini
hak keluarga mereka sahaja.
"Mana ada paksaan untuk menyertai mana-mana politik di Malaysia. Biar rakyat
sendiri mengukur kebijaksanaan pemimpin rakyat. Di Kelantan dan Terengganu
PAS tidak pernah ungkit perkara sedemikian, " katanya yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.
Terang beliau seterusnya, sistem komunis memang selari dengan apa yang
dirancangkan oleh! Shahidan Kasim yang mahu mengongkong kehendak rakyat.
Kerajaan sambungnya, tidak boleh laksanakan cadangan itu kerana rakyat
membayar cukai termasuk mereka yang terlibat dalam perkhidmatan awam.
"Niat Shahidan itu bukan untuk kebaikan negara sebaliknya penuh dengan
perasaan marah kerana kakitangan awam tidak lagi berdiri di belakang
pemerintahannya. Lagipun mereka berhak mendapat bonus itu kerana mereka juga
membayat cukai, " kata Hamdan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
