*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Orang UMNO yang bodoh. Bahasa sendiri dibiarkan dilanyak oleh BN. Yang tinggal hanya
keris melayu.
buku lima wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Agak2 kalu sekolah bantah, depa dengaq ke tidak?
>
> Tapi entah macammana firasat aku dok kata,
> projek bahasa inggeris ni akan jadi macam
> projek bahasa baku jugak. Lama lama lama dia
> akan walhasil balik asal jugak. Sebab sedari
> awal lagi, cadangan ni satu cadangan yang
> tak masak, mentah, dan takberapa cerdik.
>
> -------------
>
> 3 persatuan Cina bantah Sains, Matematik dalam B. Inggeris
>
> KUALA LUMPUR 25 Julai - Tiga persatuan Cina hari ini membantah hasrat kerajaan untuk
>mewajibkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di semua sekolah
>jenis kebangsaan Cina (SJKC).
> Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan
>Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menyatakan bahawa pengajaran
>kedua-dua subjek itu perlu dikekalkan dalam bahasa ibunda mereka agar tidak
>menjejaskan prestasi akademik pelajar.
> Dewan Perhimpunan Cina Selangor (DPCS) pula berpendapat ia tidak perlu dilaksanakan
>kerana SJKC tidak menghadapi masalah kecemerlangan dalam kedua-dua mata pelajaran itu
>seperti yang dihadapi oleh sekolah-sekolah kebangsaan.
> Setiausaha Kehormat Jiao Zhong, Tan Poh Boo berkata, Jiao Zhong dan Dong Zhong telah
>bersetuju pengajaran subjek tersebut perlu dikekalkan dalam bahasa ibunda dan
>penukaran ke dalam bahasa lain dibimbangi akan menjejaskan bahasa Mandarin serta
>prestasi akademik pelajar.
> Tegas beliau, kedua-dua persatuan itu turut melihat perubahan kepada bahasa Inggeris
>sebagai tidak wajar sama sekali memandang pencapaian tinggi para pelajar sekolah
>berkenaan untuk subjek Sains dan Matematik di samping bahasa Inggeris.
> ``Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan, pencapaian sekolah Cina untuk subjek
>Sains dan Matematik ialah sekitar 80 hingga 90 peratus setiap tahun manakala bahasa
>Inggeris sekitar 60 peratus.
> ``Jadi jika ditukar ke bahasa lain kita khuatir pencapaian tersebut akan merosot
>dengan mendadak,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
> Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yakin semua SJKC dan
>Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan turut menerima pakai dasar pengajaran
>subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris seperti sekolah kebangsaan.
> Jelas Dr. Mahathir, walaupun Kabinet belum membuat sebarang keputusan mengenainya,
>namun beliau percaya kedua-dua jenis sekolah itu tidak mempunyai masalah untuk
>melaksanakannya.
> Poh Boo berkata, golongan guru di sekolah Cina turut keberatan untuk mengajar dalam
>bahasa Inggeris kerana sedar pelajar lebih mudah memahami pengajaran dalam bahasa
>Mandarin.
> Walaupun begitu, jelasnya, ini tidak bermakna persatuan itu tidak bersetuju dengan
>hasrat kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan
>guru.
> ``Kami tidak nafikan tentang kepentingan bahasa Inggeris tetapi kami mempunyai
>pendekatan lain untuk meningkatkan penguasaan pelajar,'' katanya.
> Menurut Poh Boo, antara pendekatan yang telah difikirkan ialah meningkatkan prestasi
>guru yang mengajar bahasa Inggeris melalui latihan, menambah waktu pengajaran serta
>mengadakan lebih banyak kelas tambahan bahasa tersebut.
> Dalam pada itu, Poh Boo memberitahu, pihaknya berharap pemimpin MCA yang berada
>dalam Kabinet terutama Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik akan menyuarakan kebimbangan
>masyarakat Cina tentang pengajaran tersebut.
> Selain itu, kedua-dua persatuan tersebut yang bergabung dalam Dong Jiao Zhong turut
>berhasrat mengemukakan memorandum bantahan kepada kerajaan jika dipaksa mengajar
>dalam bahasa Inggeris.
> Sementara itu, Pengarah DPCS, Ser Choon Ing berkata, SJKC tidak perlu dasar itu
>kerana murid-murid sekolah berkenaan tidak menghadapi masalah untuk mencapai
>keputusan cemerlang dalam kedua-dua mata pelajaran berbanding sekolah-sekolah
>kebangsaan.
> ``Kami akan membantah (sekiranya ia dilaksanakan) tetapi belum membincangkan lagi
>bagaimana bantahan itu akan dibuat,'' kata Choon Ing.
> Pada masa ini terdapat 1,284 SJK Cina beroperasi di seluruh negara dengan kira-kira
>60,000 pelajar.
>
> --
> __________________________________________________________
> Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
> http://www.mail.com/?sr=signup
>
> Get 4 DVDs for $.49 cents! plus shipping & processing. Click to join.
>
>http://oas-central.realmedia.com/RealMedia/ads/click_lx.ads/mail.com/columbiahouse/1112745096/x09/ExactAdv/ColumbiaHouse_IO473_7.19_8.19/blank.gif/636632633232383133383736634333430
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "buku lima" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ujang <[EMAIL PROTECTED]>