Bukti kejayaan besar Dr.Mahathir.
Hukum Allah ditentang, alim-ulama' dihina tetapi maksiat dibiarkan berleluasa.
Hasilnya adalah kebinasaan cinta sehidup semati - satu hidup satu mati...
Lihatlah sendiri kebangaan hasil perbuatan Dr.Mahathir .....
Pelajar UiTM mati ditikam teman lelaki warga Bangladesh
Oleh: ZAINI RABAN
SHAH ALAM 9 Ogos - Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) mati setelah ditikam dengan pisau sebanyak 13 kali oleh teman lelakinya, seorang warga Bangladesh di kediaman abang iparnya di Kolej Meranti, Seksyen 2, di sini, tengah hari ini.
Zuriati Osman, 20, pelajar tahun pertama Jurusan Kimia Perindustrian, Fakulti Sains Gunaan ditemui mati di atas katil akibat kecederaan parah kira-kira pukul 12 tengah hari.
Mangsa yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur telah ke rumah abang iparnya itu yang juga merupakan kakitangan UiTM.
Teman lelaki mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya pula cuba membunuh diri selepas itu dengan menggelar leher dan tangannya.
Bagaimanapun, lelaki Bangladesh berusia dalam lingkungan 20-an itu yang berada dalam keadaan tenat sempat diselamatkan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustaffa berkata, lelaki tersebut menjadi suspek utama kejadian itu dan kini ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, ketika tiba di tempat kejadian, polis mendapati mangsa telah mati di atas katil dengan keadaan badannya yang berlumuran darah manakala lelaki Bangladesh itu mengalami kecederaan serius.
``Polis menemui sebilah pisau sepanjang 10 inci yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa dan dirinya sendiri.
``Kita masih menyiasat motif dan punca kejadian dan menunggu laporan pemeriksaan doktor,'' katanya ketika ditemui pemberita .
Abu Bakar berkata, mayat mangsa ketika ditemui masih lagi berpakaian dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, sumber polis memberitahu, ketika kejadian mangsa berada di rumah tersebut bersama seorang kakaknya yang sedang menonton televisyen.
Kata sumber itu, kakak mangsa terdengar jeritan adiknya dari dalam bilik tersebut tetapi tidak dapat membuka pintu bilik itu kerana dikunci dari dalam.
Sumber itu memberitahu, setelah kakaknya berjaya membuka pintu bilik tersebut dengan menggunakan kunci pendua, dia mendapati adiknya telah mati ditikam.
``Lelaki itu pula berada dalam keadaan separuh sedar setelah dipercayai cuba membunuh diri. Keadaan bilik itu pula banyak tompokan dan percikan darah mangsa dan lelaki berkenaan,'' katanya.
Kata sumber itu lagi, mangsa telah mengenali lelaki Bangladesh itu sebelum dia menyambung pelajaran ke UiTM.
Katanya, lelaki Bangladesh itu dikatakan tidak bersetuju dengan hasrat mangsa untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM kerana bimbang dia akan dilupakan oleh kekasihnya itu.
Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu berpunca daripada sikap cemburu lelaki Bangladesh tersebut.
Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
