KUALA LUMPUR 9 Ogos - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa umat Islam
agar menghormati dan menghargai peranan alim ulama seperti Mursyidul Am Pas,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Yang Dipertuanya, Abd. Ghani Samsudin berkata, ini sesuai dengan peranan
mereka mendidik orang Islam termasuk rakyat Kelantan dengan pendidikan
agama.

Sehubungan itu, beliau berkata, penghargaan kepada ulama rabbani seperti
beliau perlu dipertahankan demi kebahagiaan bangsa Melayu dan umat Islam.

Justeru, beliau meminta golongan media massa agar menamatkan segera penipuan
sebelum hukuman Allah melanda seluruh umat Islam.

``PUM menyeru umat Islam supaya lebih berhati-hati membaca berita dari media
massa.

``Ini kerana, ilmuan agama yang berijazah dan ikhlas adalah berautoriti
untuk memahamkan tafsiran Al-Quran, istilah agama dan nama-nama Tuhan,''
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abd. Ghani mengulas kontro! versi yang ditimbulkan media sejak kebelakangan
ini mengenai pendirian PUM mengenai isu Islam dan istilah samseng yang
digunakan terhadap Allah oleh Nik Aziz.

Menurut Abd. Ghani, terdapat gaya pengucapan yang disebutkan dari sudut
balaghah sebagai musyakalah iaitu satu cara untuk menangkis dengan
tempelakan yang meminjam istilah lawan tanpa bermaksud untuk memberi makna
sama dengan istilah tersebut.

``Sebab itu Allah berfirman di dalam surah seperti Al-Baqarah ayat 15, ayat
194, surah Imran ayat 54, surah al-Taubah ayat 79.

``Dalam ayat berkenaan Allah menghina serta mempermainkan orang kafir,
menceroboh dan sebagainya,'' katanya.

Kata beliau, dalam konteks musyakalah, Allah itu tidak dimaksudkan dengan
menipu atau menyuruh orang menceroboh tetapi adalah untuk menunjukkan bahawa
Tuhan itu Maha Berkuasa dan Maha Berupaya.

``Allah serba maha dan lebih berupaya untuk melakukan kesamsengan untuk
menutup m! ulut orang kafir,'' katanya.

Tambahnya, begitu juga dengan pengertian al-Mutajabbir, al-Mutakkabir dan
al-Muntaqim yang menjelaskan makna nama tersebut bahawa Allah lebih samseng
dari segala samseng.

``Dengan itu, maka tidak salah kalau ulama mentafsirkan bahawa Allah lebih
samseng supaya menimbulkan keinsafan tentang martabat manusia,'' jelasnya.


Pengirim: "pakar rujuk" <[EMAIL PROTECTED]>



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke