Malam Ramah Mesra Pas & Media dihadiri top guns media

Ada hikmah di sebalik penarikan balik royalti minyak - Hadi
KUALA LUMPUR, Isnin 12 Ogos - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berkata penarikan balik royalti minyak oleh kerajaan persekutuan
kepada kerajaan negeri pimpinan PAS di negeri itu mempunyai hikamahnya
tersendiri walaupun ia merupakan satu perkara yang "sangat pahit".
Katanya dengan terputusnya royalti yang beratus-ratus juta ringgit setahun
itu tidak lama selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri pada pilihan raya
umum 1999, Terengganu kehilangan 70 peratus sumber kewangannya dan terpaksa
mencari sumber-sumber pendapatan yang lain.
Bercakap semasa sesi soal jawap dengan wartawan pada satu jamuan makan malam
anjuran PAS di Hotel Regent malam tadi, Abdul Hadi yang juga pemangku
Presiden PAS berkata pembangunan Terengganu sebelum pemerintahan PAS lebih
bersifat matelialistik hasil limpahan royalti ! minyak, walaupun negeri itu
merupakan antara yang termiskin dalam negara ini.
Majlis itu dihadiri lebih 60 orang wakil media massa tempatan dan luarnegara
serta pemimpin-pemimpin Pas.
Menurutnya pendekatan kerajaan pimpinannya lebih menumpukan kepada
pembangunan manusia kerana jika ini tidak dilakukan, pembangunan pada
keseluruhannya tidak akan berjaya.
" Saya tidak nafikan duit itu penting, tetapi kalau terlalu materialistik
tanpa pembangunan manusia, apa juga pembangunan tidak akan berjaya,"
katanya.
Abdul Hadi memberi contoh royalti minyak yang berjumlah RM7 bilion yang
diterima oleh kerajaan negeri selama 20 tahun sebelum PAS berkuasa, tetapi
negeri yang hanya mempunyai lebih 800,000 penduduk itu adalah yang kedua
termiskin di negara ini.
Beliau berkata keadaan ini ialah kerana banyak hasil royalti minyak telah
dilaburkan oleh kerajaan dahulu ke dalam syarikat-syarikat besar yang tidak
mendatangkan untung, termasuk Perwaja ! Steel yang akhirnya tersadai dengan
hutang beribu-ribu bilion ringgit.
"Saya dapati Perwaja walaupun tidak untung, ahli-ahli lembaganya dibayar
RM3,000 setiap kali hadir mensyuarat. Juga banyak terdapat pembaziran yang
lain, katanya.
"Syarikat A & W yang mengendalikan perniagaan makanan segera yang ramai
orang makan, berhutang RM100 juta dan kerajaan negeri mengambil keputusan
untuk menjual sahamnya dalam semua pelaburan yang merugikan.
"Apa yang kita jual bukan syarikat yang untung tetapi 'mayat-mayat' seperti
ini. Kerajaan negeri memang jual mayat," katanya sambil berseloroh.
Menurutnya antara hasil baru yang diperolehi ekoran ketiadaan royalti minyak
ialah daripada perhutanan, cukai tanah dan pertambahan mendadak pungutan
zakat.
"Mungkin kerana menyedari Terengganu kini menghadapai masalah kewangan,
lebih ramai orang Islam yang membayar zakat. Pungutan zakat meningkat
daripada RM11 juta pada tahun 1999 kepada RM21 juta pada! 2000, dan kepada
RM30 juta pada 2001," kaanya.
Mengenai pembangunan manusia, Abdul Hadi berkata usaha ditumpukan kepada
meningkatkan produktiviti, kualiti dan profesionalisme kakitangan kerajaan
di semua peringkat dan ini telah mendatangkan hasil.
Sekurang-kurangnya 12 agensi kerajaan telah memperolehi sijil ISO bertaraf
antarabangsa dan lebih banyak lagi akan menyusul.
"Kerajaan negeri juga telah mereformasikan pentadbiran negeri yang perlu
dilakukan kerana 80 peratus daripada kakitangan kerajaan adalah penyokong
Umno yang kini berkhidmat dengan kerajaan PAS," katanya.
Beliau menyifatkan keadaan ini seperti pemain bolasepak profesional --
pemain dari Terengganu yang bermain untuk pasukan Selangor terpaksa
menyumbatkan gol untuk Selangor dan bukan Terengganu, jika tidak ia akan
dibuang padang.
Pemangku Presiden PAS itu juga berkata beliau berharap pertemuan dengan
wartawan malam tadi akan membuka lembaran baru antara parti itu de! ngan pihak
media.
PAS, katanya, adalah sebuah parti yang terbuka, demokratik dan berpegang
teguh kepada prinsip keadilan. Bernama



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke