Assalamualaikum,
Minggu lepas, waktu berkunjung ke rumah seorang saudara di sebuah rancangan Felda di
Kedah, tuan rumah bercerita kpd
saya kisah pegawai Felda yang masuk Blok keluar Blok (di Felda, Blok bermaksud
kampung) di Tanah Rancangan berkenaan ;
mencari sesiapa yang sanggup secara sukarela menjadi "Pasu Bunga" untuk diangkut ke
Majlis Perjumpaan Rakyat Jelata
bersama PM di Jitra Kedah pada bulan Julai 2002 yg lalu. Perjumpaan tersebut adalah
sempena 21 Tahun YAB Datuk Seri Dr
Mahathir memegang tampuk pemerintahan negara.
Tuan rumah memaklumkan kpd saya jiran sebelah rumahnya satu keluarga antara yg rela
menjadi "Pasu Bunga" untuk diangkut
dengan bas-bas sewa khas bagi diletak dan disusun rapat-rapat di perhimpunan rakyat
jelata di Jitra sana. Semuanya kerana
bagi menunjukkan kpd PM betapa meriahnya dan betapa ramainya hamba rakyat yg hina
sanggup merapat sembah bertemu
muka dengan beliau. Kata tuan rumah tersebut:
"Kak Jah sebelah rumah nie, macam tu lah, sejak-sejak suami dia mati, pantang diajak,
ke mana saja, mesti dia nak pi;
anak-anak dara dia yg dua tiga orang tu pun dia angkut pi sekali; tak kata kat dialah,
dapat makan angin free, dapat duit lagi,
sapa tak mau pi!"
Keesokan harinya keluarlah berita di muka depan akhbar perdana kisah sambutan yg cukup
meriah yg diberikan oleh rakyat
jelata terhadap sambutan ulang tahun ke 21 tahun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri
negara.
Apabila melihat gambar Dr Mahathir yg tersenyum bangga sambil melambai-lambaikan
tangannya kpd ribuan hadirin yg hadir di
majlis berkenaan, pada mulanya terlintas di pemikiran saya:
"Ish, Dr Mahathir nie tak tau ka kata yg hadir tu, tambah2 guru-guru dan lain-lain
kakitangan kerajaan yg dipaksa hadir;
bukannya ikhlas nak hadir pun, bukannya depa berkenan sangat dgn PM tu pun; dah
dipaksa hadir kenalah jugak mai.
Sedangkan dalam hati depa pakat dok kata '21 tahun dah wei, bagi kat orang lain lah
pulak!'�"
Bila saya teringat buku "The 48 Laws of Power" yg menjadi kitab suci bacaan Dr
Mahathir dalam menempuh karier politiknya itu,
barulah saya memahami apa yg tersurat di dalam pemikiran beliau. Sebenarnya tuan-tuan,
Dr Mahathir tau apa yg sebenarnya
berlaku, "Pasu Bunga" berbas-bas yg diangkut orang ke pekan Jitra itu pun dalam
pengetahuan beliau. Jika kita baca perkara yg
ke-6 dan ke-34 dalam buku karangan Robert Greene itu barulah kita mengerti kenapa
beliau sanggup berbuat demikian.
Perkara yg ke-6 dalam buku tersebut berbunyi:
"Court Attention at all Cost"
[Pasu bunga pun pasu bungalah, janji ramai; tangisan PM di PWTC tempoh hari juga
adalah contoh kpd perkara ke-6 ini]
dan perkara yg ke-34 pula mengatakan:
"Be Royal in Your Own Fashion: Act Like a King to be Treated Like One!"
Perkara yg ke-34 ini dengan sendirinya menjelaskan kpd kita kenapa Dr Mahathir
sanggup memekakkan telinganya, bertungkus
lumus mengadakan Mahligai Putrajaya bernilai 200 Juta Ringgit itu beserta kapal
terbang mewah peribadi "the Global Express"
yg juga bernilai 200 Juta Ringgit beserta beberapa project mewah yg lain ala
Piramid di zaman Firaun; biar apa pun kata parti
pembangkang dan biar apa pun keluhan rakyat jelata di seluruh ceruk kampung. Sekarang
fahamlah kita kenapa setiap kali
Mahathir nak turun ke mana-mana kampung, seluruh jentera kerajaan dan semua "Pasu-Pasu
Bunga" dari berbagai tanah
rancangan seperti Felda, Felcra, Risda, KEDA dan sebagainya habis diusung ke sana;
semuanya kerana mahu memenuhi
permintaan dan kemahuan tersirat Dr Mahathir yg mahukan dirinya di "Treated Like a
King"!!
Demikian sedikit contoh mengenai pemikiran Dr Mahathir yg tuan-tuan dan puan-puan
boleh dapatkannya dalam buku "The 48
Laws of Power" yg jelas ditunjukkan oleh sebuah akhbar Perdana tempoh hari sebagai
antara buku-buku yg terdapat di atas
meja Dr Mahathir ketika akhbar berkenaan mengambil gambar Dr Mahathir dalam satu
perjumpaan di bilik beliau.
Berikut adalah ringkasan kitab suci Dr Mahathir ini untuk kajian dan analisa bersama:
THE 48 LAWS OF POWER
[Some Play With Power dan Lose it All by a Fatal Mistake]
1. Never outshine the master
2. Never put too much trust in friends, learn how to use enemies.
3. Conceal your intentions
4. Always say less than necessary
5. So much depend on reputation - guard it with your life
6. Court attention at all cost
7. Get others to do the work for you, but always take the credit.
8. Make people come to you - use bait if necessary
9. Win through your actions, never through argument
10. Infection: Avoid the unhappy and unlucky
11. Learn to keep people dependent on you
12. Use selective honesty and generosity to disarm your victim
13. When asking for help, appeal to people's self interest, never to their mercy.
14. Pose as a friend, work as a spy
15. Crush your enemy totally [ANWAR IBRAHIM saga!!]
16. Use absence to increase respect and honor [CUTI�.sound familiar?]
17. Keep others in suspended terror: cultivate the air of unpredictability
18. Do not build fortresses to protect yourself - isolation is dangerous
19. Know who you are dealing with - Do not offend the wrong person
[Mahathir sudah offend golongan Ulamak - inilah his biggest mistake]
20 Do not commit to anyone
21 Play a sucker to catch a sucker-seem dumber than your mark
22 Use the surrender tactic: transform weakness into power
23 Concentrate your forces
24 Play the perfect courtier
25 Re-create yourself
26 Keep your hands clean [Kes Memali - Musa yang kena]
27 Play on people's need to believe to create a cultlike following
28 Enter action with boldness [penghapusan quota melayu dan isu bahasa inggeris]
29 Plan all the way to the end
30 Make your accomplishments seem effortless
31 Control the options: get others to play with cards you deal
32 Play to people's fantasies [vis2020 i.e Malaysian Malaysian for non malays and
negara Islam for malays]
33 Discover each man's thumbscrew
34 Be royal in your own fashion: Act like a King to be treated like one
35 Master the art of timing
36 Disdain things that you can not have: ignoring them is the best revenge
37 Create compelling spectacles
38 Think as you like but behave like others
39 Stir up waters to catch fish
40 Despise the free lunch
41 Avoid stepping into a great man's shoes
42 Strike the shepherd, and the sheep will scatter [KeADILan leaders vs ISA]
43 Work on the hearts and minds of others
44 Disarm and infuriate with minor effect
45 Preach the need for change but never reform too much at once
46 Never appear too perfect
47 Do not go past the mark you aimed for; in victory, learn when to stop.
48 Assume formlessness
Demikianlah secara ringkas 46 Rukun Pemerintahan yg menjadi pedoman buat Dr Mahathir.
Mengikut perkara yg ke 47 di atas,
Dr Mahathir perlu membuat keputusan bilakah waktu terbaik untuk beliau meletakkan
jawatan; persoalannya sekarang, adakah
October 2003 adalah waktu yg terbaik buat beliau atau apakah mungkin beliau akan
kecundang sebelum tempoh itu atau pun
mungkin tempoh tersebut akan dilanjutkan lagi?
Apa-apa pun yang berlaku, suka atau tidak, seorang insan yang bernama Mahathir Bin
Muhammed al-Kutty, yg asalnya seorang
rakyat biasa, kini telah berjaya meletakkan dirinya setaraf Raja. Dalam politik,
semuanya berkemungkinan, yg penting hati mau
busuk sebusuk kepala "Sembelit" di hujung haluan�
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PEMERINTAHAN TUANKU YG KE-21 KING MAHATHIR!!!
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
_________________________________________________________________
http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians