*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumussalam..

Kepada En/Cik mevlana_ov_mevlevi dan semua pembaca.  Setiap perkara yang 
kita baca dan tonton di akhbar adalah berbeza dengan mengalaminya sendiri.  
Tafsiran kita juga tak sama dengan tafsiran orang lain.  Bila kita mengagumi 
seseorang kita mengaguminya kerana kewibawaannya.  Saya suka Mahathir kerana 
sifatnya yang luarbiasa dalam mentadbir negara, memperkenalkan Malaysia di 
mata dunia atau bersikap keras dalam menangani isu luar negara.  Itu 
kelebihannya.  Memberi projek kepada kroni sendiri, membiarkan Perwaja, Eric 
Chia dan menipu dalam isu Swiss Bank, mendiamkan diri bila ada jenayah 
berlaku dikalangan MT dan mempunyai hulubalang agama yang kurang beragama 
adalah sebahagian dari kekurangannya.

Nik Aziz pula berbeza.  Dia seorang pengamal agama.  Dia berfikir, 
menganalisa sesuatu perkara berlandaskan agama.  Agama ini bukan setakat tak 
boleh makan babi, tak boleh berzina aje.  Banyak lagi...  Selama ini kita 
tak tahu pun hukum hudud.  Kita tak tahu pun undang-undang syariah ni 
sebenarnya cuma 1% dari undang-undang agama itu sendiri.  Bagi saya ini 
kelebihan Nik Aziz.  Tapi sebab dia menjadi ketua agama di Kelantan, menjadi 
pakar rujuk PAS, dia dihina dan dicaci.  Dan mungkin bila dia berbicara, dia 
kurang berbahasa Inggeris, lebih bercakap loghat Kelantan ramai yang tak 
faham.  Itu kekurangan beliau.

Mungkin jika beliau kata Allah itu sangat pemarah dan pendendam instead of 
Allah itu samseng saya masih yakin ada orang yang akan 
mempertikaikannya..Ayatnya lebih lembut tetapi memberi maksud yang serupa.  
Sama-samalah kita fikirkan.



>Assalamualaikum semua,
>
>Apa dah jadi ni.... shit, haprak, angkat kain, baruah, samseng,
>gedebe semua boleh ke? Kita hairan bagaimana PUM boleh membersihkan
>erti "samseng" yang telah dikaitkan dengan sifat Allah yang Maha
>Agung. Nampaknya demi politik semuanya boleh ya!? Kita bukan
>pertikaikan ajaran Nik Aziz, tapi bahasa ulama' biarlah melambangkan
>kejernihan hatinya.  Kenapa tak nasihatkan Nik Aziz supaya gunakan
>bahasa yang lebih sopan terhadap sifat Allah?  Ambillah iktibar dari
>ulama' muktabar bukan ikut sedap cakap aje.  Satu demi satu contoh
>buruk yang keluar dari mulutnya.
>
>Ulama' yang mempertahankan "shit" dan selalu menimbulkan kontroversi
>dengan kata celupar seperti "baruah", "samseng", Allah mencarut
>dsbnya - boleh ke kita gelar ulama' rabbani? Mat Sabu dengan bahasa
>celuparnya yang tak sepatutnya keluar dari pemimpin parti yang
>kononnya memperjuangkan Islam; Bunyamin dengan jeritan syaitannya
>sambil menuduh Mahathir tengok video lucah.  Sungguh mengaibkan!!!
>Yang jelas  PAS hanya memperkudakan Islam untuk tujuan politik.
>
>Suatu masa dahulu saya amat menyanjungi TG NIk Aziz, namun apabila
>saya mengetahui beliau cuma seorang lagi ulama' KAUM MUDA yang
>memperalatkan "matlamat menghalalkan cara" - bagi saya kini beliau
>pun serupa macam musuh politiknya juga.  Satu contoh ulama' Rabbani
>ialah Imam Rabbani Sheikh Ahmad Faruqi Sirhindi - layakkah Nik Aziz
>disamakan dengan beliau???
>wassalam~
>
>
>--- Number <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> > KUALA LUMPUR 9 Ogos - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menggesa umat
> > Islam
> > agar menghormati dan menghargai peranan alim ulama seperti
> > Mursyidul Am Pas,
> > Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
> >
> > Yang Dipertuanya, Abd. Ghani Samsudin berkata, ini sesuai dengan
> > peranan
> > mereka mendidik orang Islam termasuk rakyat Kelantan dengan
> > pendidikan
> > agama.
> >
> > Sehubungan itu, beliau berkata, penghargaan kepada ulama rabbani
> > seperti


_________________________________________________________________
Join the world’s largest e-mail service with MSN Hotmail. 
http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Firdaus Abdullah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke