Kenyataan Media // Media Release
: Kemasukan Ke
Universiti : Cadangan Shahidan Disanggah
hold=0>
Wednesday, August 14, 2002 - 01:12 AM GMT



Muhammad Zahid
Md Arip Naib Ketua Pemuda Keadilan Pemuda keADILan menganggap cadangan
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang mencadangkan kepada
Kementerian Pendidikan supaya borang kemasukan ke universiti disahkan oleh
Pengerusi JKKK adalah satu cadangan yang haprak, kebudak-budakan,
ketinggalan zaman, berniat jahat serta lahir dari pemikiran sempit dan
terdesak. Ibarat mendayung sampan, Shahidan baru memegang pendayung, Pemuda
keADILan sudah sampai ke pengkalan. Kita tahu apa maksud yang tersirat di
sebalik cadangan Shahidan itu. Cadangan Shahidan ini tidak lain cuba untuk
menafikan dan menyukarkan peluang anak-anak anggota pembangkang untuk
mendapat tempat di mana-mana universiti. Pengerusi JKKK yang kebanyakannya
merupakan pencacai UMNO dan Barisan Nasional akan menggila mendapat �kuasa�
baru ini. Hasilnya nanti akan hancurlah proses mendemokrasian pendidikan di
negara kita. Pemuda keADILan menentang sekeras-kerasnya cadangan tidak
matang Shahidan itu. Kita mencadangkan supaya borang kemasukan ke universiti
hanya perlu disahkan oleh Pengetua tempat seseorang pelajar itu bersekolah
dan tidak perlu disahkan oleh Pegawai Daerah atau mana-mana Pegawai Kumpulan
A.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke