Berita // News : BPR
Nafikan Kerajaan BA Kelantan Rasuah Pegawai Penyiasat
hold=0>
Wednesday, August 14, 2002 - 12:44 AM GMT



Timbalan Ketua
Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan, semalam menafikan dakwaan Ketua UMNO
Kelantan bahawa pegawai BPR di negeri itu dirasuah dengan tanah untuk
mengelakkan siasatan ke atas pemimpin BA. Beliau yang ditemui di Pulau
Pinang, sebaliknya meminta supaya isu itu tidak dipolitikkan. Kata beliau,
adalah perkara biasa pegawai kerajaan, termasuk pegawai BPR sendiri, membuat
permohonan tanah di negeri yang mereka diami. Namun, kata beliau lagi,
beliau kesal kerana ! isu itu sengaja dipolitikkan demi keuntungan politik
sesetengah 'pihak'. Beliau mengesahkan bahawa ibu pejabat BPR telahpun
menyiasat tuduhan pimpinan tertinggi UMNO itu, dan mendapati tuduhan
tersebut tidak berasas. Dakwaan itu dibuat oleh Mustapa Mohamad dan Rais
Yatim, dan bakal Perdana Menteri Abdullah Badawi terus mengarahkan BPR
menyiasat segera - walaupun kes-kes rasuah besar seperti kes Rafidah Aziz
dan Rahim Thamby Chik dibisukan sahaja.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke