*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


> -----Original Message-----
> From: Azlin Omar [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Friday, August 16, 2002 2:58 p.m.
> To:   Aziah Abdul Razak; Norita Abd Wahab; Faizah Md Salim; Sharifah Nor
> Sazlina; Rudina Zainuddin; [EMAIL PROTECTED]; Lizamalinda Suhatril
> Subject:      Amalan Ayatul Kursi <bA>
> 
> 
> 
> 
> ---------------------- Forwarded by Azlin Omar/MISC on 16/08/2002 02:54 PM
> ---------------------------
> 
> 
> > Amalan Ayatul Kursi
> >
> > Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah
> > diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
> > Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
> > dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan
> > Zaid Tsabit menulis serta menyebarkannya.
> >
> > * Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas
> > sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk
> rumah
> > atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
> > syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
> > bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
> > izin Allah s.w.t.
> >
> > * Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
> > membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
> > dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
> > diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
> > serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
> >
> > * Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak
> > 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
> > InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
> > memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
> >
> >
> > Untuk amalan kita semua.....Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
> >
> > * Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
> > "Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan
> > segala kefakiran didepan matanya.
> >
> > * Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada
> > pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah
> > memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
> >
> > * Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
> > sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
> >
> > * Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan
> > serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
> >
> > * Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar
> > daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang
> > kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
> >
> > * Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika
> > dalam perjalanannya.
> >
> > * Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh
> > menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
> >
> > * Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda
> > penduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali,
> > insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada
> > gangguan lahir dan batin.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
> > tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
> > ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
> > menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
> > membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
> > rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 disekitarnya.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang
> Fardhu,
> > Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2
> orang
> > yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
> > mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
> dan
> > mendoakan baginya.
> >
> > * Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza
> > wajallaakan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang
> > yang perperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
> >
> > * Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
> nescaya
> > Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya
> >
> >
> > Dari Abdullah bin 'Amr r.a.
> > Rasullullah s.a.w. bersabda, "SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU"
> >
> > ---
> > Incoming mail is certified Virus Free.
> > Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> > Version: 6.0.312 / Virus Database: 173 - Release Date: 31/12/2001
> >
> >
> ---
> Outgoing mail is certified Virus Free.
> Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
> Version: 6.0.312 / Virus Database: 173 - Release Date: 31/12/2001
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syamsul b Kadiman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke