Hadi Awang setuju jadi Ketua Pembangkang di Parlimen –Nanyang

KUALA TERENGGANU, Rabu 21 Ogos - Pemangku Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang bersetuju menerima syor Barisan Alternatif untuk menjadi Ketua
Pembangkang di Dewan Rakyat sehingga pilihanraya umum akan datang.
“Pada mulanya saya sudah menyatakan bahawa saya akan memegang satu jawatan
sahaja sama ada jawatan Menteri Besar (Terengganu) atau Ketua Pembangkang.
Kemudian saya membuat keputusan untuk kekal sebagai Menteri Besar.
“ Tugas Ketua Pembangkang itu saya anggap berat. Sebagai Menteri Besar
Terengganu, jika saya turut menjadi Ketua Pembangkang, sudah tentu tugas
saya menjadi lebih berat,” katanya dalam temuramah dengan akhbar Nanyang
Siang Pau semalam.
Abdul Hadi bagaimanapun berkata beliau menerima “ keyakinan dan penghormatan
yang tinggi” daripada Barisan Alternatif.
BA dilaporkan sudahpun menandatangani sepucuk surat persetujuan bagi
perlantikan tersebut dan surat itu sudah dikemukakan kepada Yang Dipertua
Dewan Rakyat Tun Zahir Ismail.
Ditanya mengenai pendirian DAP, Hadi berkata DAP sudah dimaklumkan mengenai
syor BA dan terpulanglah kepada parti itu untuk membuat pertimbangan.
Pemangku Presiden Pas itu bagaimanapun berkata perlantikan rasmi terpulang
kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat tetapi wakil BA akan membentangkan usul
mengenai perkara itu.
Dewan Rakyat akan bersidang mulai 9 September depan.
Jawatan Ketua Pembangkang disandang oleh Allahyarham Datuk Fadzil Noor
sebelum ini.


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke