Berita // News :
Kayveas Tuduh Keng Yaik Bodoh, Keng Yaik Kata Kayveas Pun Bodoh
hold=0>
Thursday, August 22, 2002 - 12:59 AM GMT



Maki-hamun dan
tuduh-menuduh di antara dua parti komponen BN menjadi bertambah bercelaru,
apabila pemimpin kedua-dua parti saling maki-memaki sesama sendiri.
Terbaru, presiden PPP M Kayveas meminta UMNO menggantung Gerakan kerana
parti itu mengumumkan bantahannya secara terbuka terhadap rancangan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan teknologi.
Senator dilantik itu menyifatkan tindakan Gerakan sebagai 'berlagak' kerana
cuba menjadi 'hero' ma! syarakat Cina sehingga merugikan parti-parti BN lain.
Dia turut menghina Gerakan dengan menyifatkan parti itu sebagai 'parti
nyamuk' yang hanya ada 'beberapa kerusi' di Pulau Pinang. Pemimpin salah
satu parti terkecil negara ini itu juga mengaku kononnya partinya ada
sehingga 40% ahli dari masyarakat Cina. Sebagai tindak balas, presiden
Gerakan, Lim Keng Yaik yang pernah satu ketika melabelkan PAS sebagai
'komunis', memaki Kayveas sebagai seorang pemimpin yang 'bodoh'. Makian itu
disambut pula dengan makian dari Kayveas, yang berkata 'hanya orang bodoh
yang kenal orang bodoh yang lain'. Perbalahan kebudak-budakan di antara
parti-parti BN itu memberi gambaran bagaimana budaya caci-mencaci ini memang
menjadi darah daging mereka, demikian kata Naib Ketua Pemuda Saudara Low
Chee Chong. Beliau juga mengingatkan BN bahawa isu kontroversi penggunaan
bahasa Inggeris kini tidak boleh lagi disembunyikan daripada pengetahuan
rakyat, apatah lagi de! ngan perbalahan dalaman parti BN sendiri.


> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
HotJobs, a Yahoo! service - Search Thousands of New Jobs

Kirim email ke