www.webreformis.net

Pemuda Umno Tg Karang rotan 80 murid sekolah

PEMUDA UMNO TANJONG KARANG ROTAN 80 MURID SEKOLAH Lebih 80 orang murid
Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, Tanjong Karang telah dirotan oleh seorang
guru disiplin, Mahali Torman pada pagi khamis, 15 Ogos 2002. Murid-murid
yang dirotan adalah terdiri daripada murid-murid darjah 4,5 dan 6. Lebih
daripada 110 orang murid didapati lambat hadir atau tidak hadir aktiviti
kokurikulum membersihkan kawasan sekolah pada petang 14 Ogos 2002. Mereka
yang lambat hadir kokurikulum kerana menunaikan solat asar tetapi dianggap
oleg guru secular Mahali sebagai tidak hadir. Cikgu Mahali Torman telah
meminta 10 sebab mengapa tidak dapat hadir aktiviti kokurikulum. Hampir
semua murid tidak dapat memberikan 10 sebab yang diminta. Murid yang tidak
hadir kokurikulum telah dirotan di bertis tidak kurang dari 5 rotan untuk
murid lelaki dan 3 rotan untuk murid perempuan. Sebelum dirotan murid diarah
berdiri diatas kerusi kantin Sekolah. Murid perempuan telah dipaksa menyelak
kain keparas lutut untuk memudahkan Cikgu Mahali merotan betis. Antara
beberapa murid yang tidak hadir kokurikulum tetapi tidak dirotan adalah
Mohamad Fadhli Bin Zainal Bin Senen dan Mohamad Fitri Bin Alimin Bin Mislan.
Zainal Abidin Senen adalah Ketua Umno Cawangan Jalan Jepun manakala Cikgu
Alimin Mislan adalah ahli Umno Cawangan Kampong Haji Razali, Tanjong Karang.
Terdapat lebam-lebam hitam dan berdarah kerana terkoyak kulit betis.
Beberapa murid telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Ramai
murid tidak dapat hadir ke sekolah pada hari Jumaat 16 Ogos 2002 kerana
sakit. Jumaat, 16 Ogos 2002, ibubapa murid yang terlibat telah beramai-ramai
ke Sekolah Kebangsaan Sungai Burong untuk berjumpa guru berkenaan.
Bagaimanapun, Cikgu Mahali Torman tidak berani berjumpa ibu bapa. Walau
bagaimanapun ada bapa seperti, En Hamid dan En Manan yang hilang sabar
sempat menampar dan menumbuk beberapa kali Cikgu Mahali Torman. Selain ibu
bapa, pihak PPD dan polis bergegas ke sekolah berkenaan untuk mententeramkan
keadaan. Beberapa ibu bapa yang tidak mahu namanya disiarkan mengatakan
Dato’ Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang merangkap Setiausaha Parlimen
di JPM, telah merayu supaya berita guru sekolah merotan kaki murid higga
berdarah tidak disirkan diakhbar atau TV kerana akan mengaibkan Umno
Bahagian Tanjong Karang. Bagaimanapun laporan polis telah dibuat oleh
beberapa ibu bapa murid terbabit. Cikgu Mahali Torman adalah AJK Umno
Cawangan di Tanjong Karang. Ia sangat aktif dalam kegiatan sukan Pemuda Umno
Tanjong Karang dan menjadi harapan kepada Noh Omar dan Menteri Besar
Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong
Karang. Pen Hijau

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke