*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>Kajian kadar perceraian mendapati orang Melayu adalah golongan paling
ramai bercerai berbanding kaum lain dengan Kelantan mencatatkan jumlah
terbesar iaitu seramai 1,104,324 orang atau 93.4 peratus daripada jumlah
keseluruhan penduduk.

BETUL KE NI???
Sekiranya Kelantan mempunyai seramai 1,104,324 orang yang bercerai iaitu
93.4 peratus daripada penduduknya, 
adakah ini bermakna lebihan 6.6 peratus itu terdiri dari kanak-kanak yang
dibawah usia perkahwinan???
Adakah ini bermakna bahawa hampir keseluruhan penduduk dewasa Kelantan
adalah terdiri dari orang yang bercerai???



Kemiskinan punca 1.1 juta kes perceraian di Kelantan


KUALA LUMPUR, Ahad - Kajian kadar perceraian mendapati orang Melayu adalah
golongan paling ramai bercerai berbanding kaum lain dengan Kelantan
mencatatkan jumlah terbesar iaitu seramai 1,104,324 orang atau 93.4 peratus
daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Dalam kertas kerja berhubung isu itu yang dibentangkan Masnah Mohd Zain,
Mohd Zaki Zakaria, Norhayati Samba Mohamed, Roslina Salwani Shukri dan Wan
Murshida Wan Hashim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan,
kemiskinan dikatakan menjadi faktor utama fenomena itu.

Kertas kerja yang dibentangkan sempena hari kedua Seminar Penyelidikan dan
Kepakaran UiTM Insights 2002 di sini hari ini, turut memaklumkan bahawa satu
lagi faktor utama ialah Kelantan agak ketinggalan berbanding negeri lain
dari segi ekonomi.

Kata Masnah, berikutan peralihan daripada sebuah negara pertanian kepada
negara penghasilan barangan industri, maka berlakulah perubahan taraf
kehidupan dan sosial masyarakatnya berikutan kepesatan ekonomi yang
men-jurus kepada keselesaan hidup masyarakat.

"Walaupun perubahan ini membawa banyak kebaikan kepada masyarakat, ia juga
menyebabkan bertambahnya keperluan material yang diperlukan sesebuah
masyarakat, sekali gus menyebabkan terjadinya perkara yang negatif.

"Antara perkara negatif yang dimaksudkan termasuk masalah perceraian di
kalangan masyarakat yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak
kerana masalah perceraian ini boleh menjejaskan kesinambungan corak
pembangunan dan kestabilan negara pada masa hadapan," katanya.

Jelas Masnah kertas kerja yang dibentangkan itu merangkumi pengumpulan data
daripada fail perceraian antara 1993 hingga 1998 selain temu bual dengan
pegawai mahkamah syariah Kota Bharu dan Hakim Mahkamah Syariah Machang.

Tambah beliau, jajahan Kota Bharu dipilih kerana kawasan berkenaan
mencatatkan jumlah kes perceraian tertinggi berbanding kawasan lain. Temu
bual dengan Hakim Mahkamah Syariah di Machang turut meliputi kawasan Kuala
Krai dan Tanah Merah.

Katanya, kajian terhadap 2,367 kes iaitu lebih kurang 20 peratus daripada
jumlah penduduk sembilan jajahan di Kelantan, pasangan di mana purata
pendapatan suami ialah RM586 untuk tempoh 1993 hingga 1998 adalah golongan
paling ketara bercerai. 

Golongan berpendapatan antara RM231 hingga RM460 adalah yang teramai sekali
bercerai iaitu sebanyak 37.3 peratus bagi 1993, 1994 (42.2 peratus), 1995
(35.4 peratus), 1996 (37.0 peratus), 1997 (31.4 peratus) dan 1998 (29.1
peratus) berpendapatan antara RM231 hingga RM460 diikuti mereka
berpendapatan RM230 atau kurang yang menjadi kumpulan kedua teramai.

Kajian itu juga mendapati mereka berusia sekitar 20-an dan 30-an paling
ramai bercerai kerana dalam usia yang muda, banyak keperluan keluarga harus
dipenuhi dan tekanan beban kewangan keluarga boleh menggugat hubungan baik
antara suami isteri.

Sifat buruk pasangan seperti cemburu, tidak bertolak ansur dan tidak sabar
menghantui mereka yang berusia muda kerana perkahwinan pada usia mentah
menyebabkan perkahwinan itu menghadapi keadaan kurang stabil dari sudut
ekonomi, pemikiran dan emosi. 

Kawasan berkepadatan penduduk tinggi seperti Kota Bharu, Pasir Putih dan
Pasir Mas mempunyai kadar perceraian tinggi berdasarkan peratus perceraian
tiga jajahan berkenaan adalah lebih tinggi berbanding kawasan lain kerana
keperluan kewangan keluarga bertambah berikutan kos sara hidup lebih tinggi.


Keruntuhan rumah tangga perlu diberi perhatian semua pihak kerana masalah
sosial berkait rapat dengan institusi keluarga yang turut meningkatkan
ancaman gejala sosial di kalangan kanak-kanak. 
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20020826005903/Art
icle/

_____________________________________________________________________
Disclaimer: This email and any attachments may contain confidential and/or proprietary 
information. If you are not the intended recipient, 
kindly delete this email including all attachments, destroying all forms of all 
copies, and do not disclose, disseminate or otherwise make use of the information 
contained therein. Non-compliance with the forgoing may result in legal action.

This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke