Perubahan kepada bahasa Inggeris dalam Sains dan Mathematik hanyalah escapism kepada permasalahan Dr.Mahathir masakini. Dr.Mahathir telah melakukan terlalu banyak kesilapan dan kesalahan. Rakyat sudah terlalu benci dan marah kepada Dr.Mahathir. Sebagaimana diktator-diktator yang lalu dalam sejarah dunia, cara paling mudah mereka memadamkan kemarahan rakyat ialah dengan mencipta kesusahan dan masalah baharu kepada rakyat. Apabila rakyat menghadapi malapetaka baharu, masalah lama akan terpaksa diketepikan. Guru-guru dan para pensyarah adalah golongan yang cekal menentang kejahatan Dr.Mahathir. Ramai antara mereka kurang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Apabila mereka dipaksa mengajar dalam bahasa Inggeris maka mereka akan menggelabah dan sibuk untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka. Dengan itu kuranglah penumpuan masa dan wang-ringgit untuk program-program menentang kezaliman Dr.Mahathir. Ibu-bapa pula terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membeli buku-buku baharu dalam bahasa Inggeris dan belanja tution. Maka kuranglah derma kepada perjuangan menentang kezaliman Dr.Mahathir. Masalah bahasa Inggeris ciptaan Dr.Mahathir cukup besar untuk rakyat terpaksa melupakan peristiwa kekejaman dan kejahatan Dr.Mahathir yang lalu seperti Peristiwa Memali, fitnah DS Anwar Ibrahim, penyalah-gunaan Hakim dan Mahkamah, BMF, PEWAJA, Rogol oleh Rahim Tambi Kecik, pembunuhan Mustakizah, rasuah Rafidah Aziz, rasuah Khalil Yaakub, rasuah Khir Toyo, wang Petronas dan KWSP untuk Mirzan & gang dan banyak lagi. Begitulah cara penjajah Malaysia yang paling jahat, Diktator Mahathir menyelesaikan masalahnya. Malaysia masih belum MERDEKA ........................
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
| Yahoo! Groups Sponsor | |
|
Reformasi-Malaysia: Forum Perbincangan Maya Yang Fokus
Kepada Isu Keadilan, Demokrasi dan Kebenaran.
------------------------------------------------------
Reformasi-Malaysia : A Discussion Forum Focusing on
Issues Related to Justice, Democracy and Truth.
------------------------------------------------------
Untuk diskusi cara langsung, sila berhimpun di:
For real time discussions please join us in:
#ReFORMasi-Malaysia server DALNET
-------------------------------------------------------
Also visit:
http://nyem.hypermart.net
http://selidik.hypermart.net
http://dsreformasi.cjb.net
-------------------------------------------------------
Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe
--------------------------------------------------
If any question or seek for help regarding this list do
not hesitate to send an e-mail to [EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
