Apa Mahathir nak buat lepas bersara
Friday, August 23 @ 12:40:21 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif
SETELAH bersara dari jawatan Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra
menjadi Setiausaha Agong Persidangan Negara-Negara Islam, OIC sekarang,
berpengkalan di Jeddah. Kemudian almarhum menjadi Yang Dipertua Agung
Perkim.

Tun Hussein Onn tidak ke mana-mana setelah menamatkan perkhidmatannya.
Tetapi apa yang Dr. Mahathir akan buat selepas bersara nanti? Memimpin Dato'
Seri Abdullah Badawi dari belakang seperti Muammar Gadafi memantau
menteri-menterinya tanpa sebarang jawatan rasmi?
Jika dia tidak ke mana-mana, terus menjadi anggota parlimen, ia akan
menyusahkan Perdana Menterinya. Perdana Menteri itu tidak bebas disebabkan
ada kuasa lagi di belakangnya. Dan sebagai seorang yang sentiasa ada jawatan
tinggi, jika sekali tidak ada jawa! tan, maka akan jadi macam kucing
kehilangan anak. Ia boleh mengganggu ketenangan.
Dengan kerja-kerja antarabangsa yang dilibatinya selama menjadi Perdana
Menteri, tetapi masing-masing tidak bergerak jika tiada orang yang
betul-betul mahu menumpukan kerja-kerja itu. Patut beliau memikirkan untuk
meneruskan kerja-kerja itu sesuai dengan imej yang telah dibinanya selama
ini bagi mengukuh dan kekal.
Tetapi saya tidak mencadangkan dia pergi menjadi peneraju OIC seperti Tunku,
kerana OIC memerlukan seorang yang boleh jadi khalifah.
Antara gerakan antara bangsa yang mula-mula digerakkan oleh beliau ialah
Suruhanjaya Selatan-Selatan. Bukan main rancak lagi pada mula digerakkan.
Sidang ketua-ketua kerajaan setiap tahun.
Dr. Mahathir juga bersungguh-sungguh menaja EAEC iaitu menggabung
bangsa-bangsa Timur Pasifik. Sehingga beliau sudah hendak bersara, EAEC
nampak belum menjadi kenyataan. Dan adakah gantinya berminat lagi dengan
gabungan itu! tidak diketahui.
Ia terhalang antara sebab yang diketahui ialah Dr. Mahathir tidak mahu
Amerika ikut serta, tetapi negara-negara seperti Jepun dan Australia mahu
supaya Amerika dibawa sama. Kalau Amerika ada, maka ia jadi macam daerah
pengaruh Amerika juga.
Oleh kerana EAEC belum ada, dan kalau ada pun belum tentu ia boleh
dihidupkan, tanpa adanya orang yang bersungguh-sungguh di kalangan orang
yang berkuasa di rantau itu untuk menggerakkannya. Dan apabila Dr. Mahathir
tidak lagi berkuasa, belum tentu ada orang yang hendak memikul
tanggungjawabnya.
Sebelum EAEC juga jagi macam Selatan-Selatan, ada selepas itu tidak ada,
maka adalah baik bagi Dr. Mahathir menerajui badan yang pernah diadakan
tetapi tidak timbul setelah tiada orang yang hendak menumpukan kerja seperti
Nyerere dulu.
Ia ada Setiausaha Agungnya yang terkenal iaitu Nyerere, bekas Presiden
Tanzania. Dari semasa ke semasa mendiang Nyerere datang ke Kuala Lumpur
untuk ! melaporkan perkembangan Selatan-Selatan kepada Dr. Mahathir.
Tetapi setelah Nyerere meninggal dunia, tidak diketahui siapa gantinya dan
tidak pula diketahui ia ada lagi atau tidak. Dan dalam keadaan
Selatan-Selatan tidak berapa kedengaran lagi, Dr. Mahathir sejak beberapa
tahun ini lebih ghairah dengan menjadi tuan rumah kepada LID iaitu Dailog
Antarabangsa Langkawi.
Janganlah kalimah selatan yang didengar sekadar Dr. Mahathir dan
orang-orangnya pergi ke kutub selatan saja. Adakah LID yang baru selesai
dailog terakhirnya bulan Julai lalu sebagai ganti Selatan-Selatan.
Apa untungnya Selatan-Selatan tidak begitu diketahui, tetapi ia seolah-olah
sudah tidak kedengaran. Mungkin ia satu kegagalan Nyerere atau mungkin juga
pencetusnya Dr. Mahathir sudah hilang minat atau lebih senang berjumpa dalam
forum mengajak pemimpin negara luar datang ke Langkawi saja?
Dengan nama dan imej Dr. Mahathir di kalangan orang-orang Afrika begitu baik
atau ! ada tanda-tanda Dr. Mahathir boleh menggantikan Tarzan, orang bukan
Afrika yang boleh duduk dan diterima oleh masyarakat kulit hitam
Dr. Mahathir wajar menjadi ganti Nyerere dan menyambung kerja itu sebagai
satu usaha bagi mengekalkan gerakan itu supaya ia jadi satu peninggalan Dr.
Mahathir untuk dilihat oleh orang dunia akan datang.
Jika Selatan-Selatan akhirnya tidak bergerak, maka orang akan melihat betapa
Dr. Mahathir mempunyai banyak rancangan, tetapi tiada satu apa pun yang
kekal dn ditinggalkannya.
Ia tidak aktif mungkin Nyerere sendiri tidak tahu hendak ke mana kerana ia
suatu yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir. Sekarang Dr. Mahathir sudah tiada
kerja, maka dia tahu tujuan sebenar, maka eloklah dia saja menyambung kerja
itu. Dengan ini ada kerja untuk Dr. Mahathir selepas bersara kelak.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM


Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke