Fwd>>>
TUAN GURU NIK AZIZ & HAJI HADI
selepas Angkatan Perpaduan Ummah memberi pukulan tko, sapu bersih kesemua Dewan
Undangan Negeri dan Parlimen
Kelantan pilihanraya 1990, Tuan Guru Nik Aziz telah dilantik sebagai Menteri Besar
Kelantan bagi menggantikan MB Barisan
Nasional yaitu Datuk Mohamed Yaacob dan Timbalannya Rastom Ahmad Maher. BN berkubur
tanpa batu nesan di Kelantan.
Tuan Guru Nik Aziz tak mahu tinggal di kediaman rasminya di JKR 10 Kg Sireh setengah
kilometer dari Kota DarulNaim yaitu
pusat pentadbiran negeri Kelantan yg juga pejabat MB.
Maka Ketua Polis mengarahkan beberapa anggotanya pi berkawal di rumah Tuan Guru Nik
Aziz di Kg Pulau Melaka. Depa pi
rumah Tuan Guru, lama kemudian depa balik ke balai, bila ditanya kenapa balik,
anggota polis tadi kata susah nak kawal rumah
Tuan Guru, macamana nak jaga, belakang car, rumah kayu takdok pagar, kita tak bagi
orang masuk Tuan Guru sendiri marah,
aye itik dok berketek bawah rumah, rumah MB dah jadi macam klinik orang pegi mari tak
putus-putus. (hingga la ni). Rumah
pulak huk alahai kalau pencuri masuk berguling menangis, sebab rumah MB takdak barang
bernilai nak curi. Yang ada merata
kat rumah dia kitab-kita agama, hadis, Al-Quran.
Begitu jugak dengan kediaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi, kalau pi rumah dia yg susun
bertingkat adalah kitab-kitab rujukan
lama, karangan hadis, ratusan rujukan kitab, Al-Quran.
Pendek kata kalau kedua rumah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi tu nak
runtuh, harus runtuh kerana banyaknya
kitab dirumah mereka, lain pada tu takde apa.
Cuba bezakan dengan sekalian MB umno, jauh langit dengan bumi, baru jadi MB dah
mintak tukar, ubah sana sini. Kehidupan
Tuan Guru Nik Aziz & Tuan Guru Haji Hadi langsung tidak berubah dari sebelum dilantik
MB dan selepas dilantik MB. Apa yang
mereka miliki sekarang itulah yang mereka ada sekarang, rumah, kenderaan, cara hidup
setara rakyat marhain. Mereka
benar-benar pimimpin yang dipilih rakyat demi berkhidmat untuk rakyat. Bukannya
seperti barisan pemimpin, MB umno yang
bukan saja gah di segi rupa dan menambah harta malah menjarakkan taraf hidup dengan
rakyat.
Cuba bayangkan MB umno mentadbir negeri dg peruntukan tahunan yg ditangguhkan,
macamana akal mereka ini untuk
mengurus dan membayar gaji kakitangan kerajaan, mampukah mereka setanding dengan apa
yang sedang dihadapi oleh kedua
MB Kelantan dan Terengganu hasil tekanan dari pusat.
Jika kedua MB Kelantan dan terengganu ini dituduh guna agama demi kepentingan diri dan
politik mereka, buktikan disegi
mana kuasa MB yang mereka pegang sekarang diguna untuk kesenangan mereka. Bezakan dg
sekalian MB umno, Abu
Hassan Omar, Khir Toyo, Muhamad Taib dan sekalian pemimpin umno.
Jadi disegi mana yang dikata dan dituduh sekalian umno bahawa Tuan Guru Haji Hadi dan
Tuan Guru Nik Aziz guna agama demi
kepentingan mereka?
Wassalam,
Anak Kelantan di Rantauan
_________________________________________________________________
http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians