*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
maaf mencelah.
sekali imbas teori tuan memang boleh diterima, tapi bagi saya anak daerah
Jeli, perbuatan tuan mengulang canang teori ini, hanya memperkuatkan lagi
persepsi saya bahawa rakyat jelata dah termakan satu dakyah karut Ameno yang
cuba menutup kelemahan pentadbiran Mahadir Kutty.
tuan, kemasukan rimau ke dalam kampong sebenarnya tiada kena mengena dengan
pembangunan -- sinonim kepada aktiviti tebang hutan. yang sekaligusnya
menyindir kerajaan PAS kelantan yang banyak bergantung pada hasil balak.
hakikatnya kalau hutan-hutan ditebang, rimau yang menjadi penghuni akan
sekaligus "jalan" dengan pokok2 yang ader. mengapa gitu? sebab cina2 yang
biasanya jadi tokey dan pekerja balak sangat gemar sekali kepada rimau.
kalau pun mereka tak secara sistematik hambat dan bunuh rimau yang ada
dikawasan depa membalak, setiap inci rimau yang mereka terserempak akan
dikomersilkan taring rimau, anu rimau, hempedu rimau dsb semuanya bernilai
tinggi sebagai ubat sinseh. sebab tu tuan, sejak belum merdeka hingga kini,
tuan tidak akan terbaca cerita tentang pembalak dibaham rimau. heh heh.
hakikatnya bila berdepan dengan pembalak cina yang lazimnya menyokong BN,
rimau pasti akan kecundang. dalam kes ini rimau rata-ratanya di"baham" dek
tokey2 balak.
berbalek kepada cerita rimau masuk kampong ni, sebenarnya, ini semua salah
FAMA dan FELDA yang bertuankan Mahadir Kutty. Maksudnya "proximate cause"
bagi kesalahan dalam kes rimau masuk kampong ini, sebenarnya, ialah Mahadir
Kutty. Mengapa saya kata gitu?
tahun ini khususnya, rimau masuk kampong sebab makanannya semua sudah
berhijrah masuk kebun/dusun-dusun dipinggir kampong. maksud saya tahun ini
khususnya, hampir segala monyet, kera, ungka, napoh, kancil, rusa,
tenggiling, babi hutan dan hampir segala binatang dah jadi "haiwan subsidi."
sebab? sebab tahun ini semua dusun buah di malaya kita ni sudah berbuah
dengan lebat, hampir serentak.
tuan tak percaya hakikat ini? heh heh. tinjau saja harga buah buahan
dipasar atau longgokkan tepi jalan. dan kalau tuan masih lagi ada saudara
mara dikampong, saya pasti tuan akan terdengar cerita bagaimana ada
sesetengah pemilik kebun yang hanya biarkan buah-buah busuk dipokok sebab
kos nak petik buah2 tersebut tak berbaloi dengan harga jualan. dah paham
jalan cirta saya?
haiwan ni tuan, macam manusia jugak. kalau ada sumber makanan yang mudah,
disitu lah depa bertumpu. binatang seperti napoh, kancil dan babi hutan pun
cerdik. buat apa mereka susah2 cari makanan dalam hutang, kalau mereka
hanya perlu masuk dusun atau kebun dan nganga mulut untuk kenyang. masuk
dusun makanan bersepah. gitulah hakikatnya.
heh heh. jadi? apa kena mengena dusun yang tak terpetik buah, kancil,
napoh dan babi hutan, dengan rimau masuk kampong. mudah ajer tuan. rimau
pun kena makan jugak. ya betul rimau tak makan dokong atau durian. tapi
pasti mereka akan jejak babi hutan yang berpesta sakan dalam kebun2
buah-buahan. gitulah ceritanya dengan rimau masuk kampong ni tuan. depa
bukan sengaja nak cari manusia. mereka cuma ikut fitrah semulajadi ikut
migrasi sumber makanan mereka. terserempak manusia tu, kira bonuslah bagi
rimau.
dah tu apa kena mengena rimau masuk kampong dengan FAMA dan FELDA. heh heh.
bab ni saya malas nak cerita panjang. cuma yang saya nak kata sebagai anak
orang kampong ialah FAMA dah gagal mainkan perananan untuk memasarkan
keluaran tani.
dan FELDA pulak? well. perasan tak disesetengah kawasan, FELDA dah galakan
tanaman dusun menjadi alternatif aktiviti tanam semula tanah rancangan. dan
dalam hal ini, punyalah bingai FELDA ni, depa pakai hentam galakan tanpa
mengambil kira hukum "supply and demand". kesannya? nah kau, melayu juga
yang sakit, bila kini sudah ada excess capacity dalam pengeluaran
buah-buahan negara. dan ini sema salah siapa? heh heh. tak perlu saya
ejakan lah yer.
syahdan begitulah cirta rimau masuk kampong ni tuan. ia mencerminkan
kepincanggan daya urus nasib melayu di buminya sendiri.
----- Original Message -----
From: "Faittullah" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Friday, August 30, 2002 8:15 PM
Subject: H-Net* TEORI HARIMAU DI JELI
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> A.kum.
>
> Kejadian Harimau Di Jeli Kelantan yang mengganas dengan empat kejadian
> yang telah menyerang manusia sebagai mangsanya pada tahun ini sangatlah
> dikesalkan. Ini disebabkan hutan belantara dibuka dan diteroka menjadi
> ladang untuk kesejahteraan penduduk kawasan tersebut.
> Maka rumah kediaman sang harimau pun telah berubah dari hutan ke kawasan
> berhampiran kampong orang. Sang harimau pun mulalah mencari tempat yang
> sesuai mencari makanan kerana tempat mereka sudah berubah.
> Inilah dikatakan kemajuan yang telah dicanangkan.
> Parlimen Jeli diwakili Parti PAS, namun seolah olah diwakili oleh BN
> kerana Dato Mustafa Mohd ber ia ia benar macam masih tidak percaya yang
> Jeli kini telah diwakili oleh PAS. Tengok sajalah bila ia balik ke
> Kelantan Jeli lah tempatnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Abu" <[EMAIL PROTECTED]>