*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Daripada jumlah penduduk di Malaysia pada Banci 2000, kira-kira
21,890 ribu atau 94.1% adalah penduduk warganegara Malaysia.
Daripada jumlah ini, kaum Bumiputera terdiri daripada 65.1%, Cina
26.0% dan India 7.7%; komposisi etnik ini adalah 60.6%, 28.1% dan
7.9% masing-masing pada tahun 1991.
Adalah diperhatikan bahawa agama mempunyai korelasi yang tinggi
terhadap etnik. Islam adalah agama yang paling meluas dianuti di
Malaysia; perkadarannya meningkat daripada 58.6% pada tahun 1991
kepada 60.4% pada tahun 2000. Malaysia sebagai negara berbilang
agama telah memperlihatkan peratusan penduduk yang agak tinggi
menganuti agama lain seperti Buddha (19.2%), Kristian (9.1%), Hindu
(6.3%) dan Confucious/Tao/agama tradisi lain orang Cina (2.6%)
seperti yang ditunjukkan dalam Banci 2000.
Banci 2000 menunjukkan bahawa di Malaysia pada keseluruhannya,
bilangan lelaki melebihi perempuan iaitu corak yang sama seperti
yang didapati pada tahun 1991. Pada Banci 2000, terdapat 104 lelaki
bagi setiap 100 perempuan iaitu satu peningkatan yang kecil nisbah
jantina daripada sebanyak 103 pada tahun 1991. Pada Banci 2000,
nisbah lelaki berbanding perempuan secara relatifnya adalah tinggi
bagi Wilayah Persekutuan Labuan (110), Pahang (110), Johor (107),
Sabah (107), Negeri Sembilan (105), Selangor (105) dan Terengganu
(104). Sebaliknya, bilangan perempuan melebihi lelaki di negeri
Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Fenomena perempuan melebihi lelaki
ini jelas dapat dilihat terutamanya dalam kumpulan umur bermula
dari 60-64 tahun dan perbezaan ini semakin ketara apabila umur
semakin meningkat. Ini adalah seperti dijangkakan memandangkan
jangkahayat di kalangan perempuan adalah lebih tinggi daripada
lelaki.
sesiapa yg nak laporan penuh banci penduduk negara 2000 sila hubungi saya
_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Ui Dann" <[EMAIL PROTECTED]>