*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



----Original Message Follows----
From: "Hadi.A" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Cukai Keuntungan Tanah - Tolong Pls
Date: Thu, 29 Aug 2002 17:38:39 -0700 (PDT)


salam semua,
pakcik saya minta tolong selesaikan masalah dia tapi saya pun tak pandai 
sangat bab cukai nih.
gini citernya. pakcik saya dah jualkan tanah yg beliau beli 5-6 tahun lepas 
dan duit jualan tanah tu dah digunakan untuk ke mekah. masalahnya 2-3 hari 
lepas beliau terima borang cukai keuntungan harta tanah dari LHDN suruh 
declare transaksi jualan (LHDN nak duit cukai ler tuh kan). yang beliau 
musykil ialah duit jualan tanah tu dah habis digunakan untuk belanja ke 
mekah dan ada bakinya sikit digunakan untuk belanja tanam nenas kat tanah 
pesaka arwah atuk. beliau kata dah tak dak duit nak bayar cukai LHDN ni dan 
tak nak bayar apa-apa pun sebab jualan tanah tu bukannya ada untung besar 
sangat. walaupun sayang sangat nak jual tanah tu beliau terpaksa juga jual  
kerana nak ke mekah tunaikan haji sebelum menghembuskan nafas terakhir. jadi 
camna nak declare traksaksi jualan nih sedangkan geran tanah tu dah dihantar 
untuk buat geran baru. tuan tanah yang baru cuma pegang geran sementara 
sahaja dan di situ tidak ditulis balasan yang diterima oleh penjual. so 
camna nak buat nih? mint!
a tolong pendapat sahabat semua.
jazakallah.

Assalamualaikum w.w.

Saya bukan seorang yang arif sgt dengan urusan cukai ini.  W'pun izinkan 
saya meluahkan sedikit pengetahuan yang saya tahu.

Untuk menjelaskan cukai keuntungan pelupusan hartanah (termasuk tanah)sdr 
perlu ada rekod seperti : harga belian dan urusan pembelian (termasuk 
perjanjian jual beli, jika ada), segala perbelanjaan/modal lain terhadap 
hartanah tersebut (seperti pagar, upah dan modal tanaman dll) serta urusan 
jualan balik tanah tersebut.  Ini semua memerlukan resit.  Setelah ditolak 
harga jualan dengan harga belian (serta modal-modal lain) barulah dapat 
nilai keuntungan.  Nilai inilah yang kena cukai.  Sungguhpun begitu tidak 
semua nilai keuntungan dicukai.  Jika tanah itu telah dimiliki melebihi 5 
tahun, ianya bebas cukai.  Cukainya berkurang dengan tahun pemilikan.  
2tahun (30%), 3 tahun (20%), 4 tahun (15%) dan 5tahun (5%).  Selain itu 
terdapat juga rebet.  RM 5 ribu pertama atau 10% keuntungan dekecualikan 
dari cukai.  Oleh itu lebihan dari RM 5 ribu itu sahaja yang akan dicukai 
tertakluk jangkamasa pemilikan.

Dalam kes pakcik sdr jika beliau tidak ada perjanjian jual beli ketika 
membeli dan menjual, jika beliau masih mempunyai salinan surat tafsiran 
cukai setem ketika tukar nama pada geran tanah masih boleh menggambarkan 
nilai urusniaga ketika itu.

Saya syorkan agar beliau ke pejabat LHDN berkaitan dengan membawa semua 
dokumen berkaitan.  Jika benar jangkawaktu milikan dan 5/6 tahun dan tidak 
banyak keuntungan, mungkin ini hanya formaliti sahaja.  Tetapi selagi tidak 
diisytiharkan, LHDN menganggap pakcik sdr masih menyorokkan maklumat.  
Tambahan pula LHDN ni memang efisen dalam mencari duit kita tapi amat lembab 
dalam memulangkan duit kita yang terlebih bayar.

Sekian, semuga membantu.


---------------------------------
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes




_________________________________________________________________
MSN Photos is the easiest way to share and print your photos: 
http://photos.msn.com/support/worldwide.aspx


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke