*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya sesiapa yang pernah membuat pinjaman peribadi dengan
bank Islam. Ini adalah kerana seorang kawan saya telah membuat pinjaman dan
bila beliau call branch berkenaan, status pinjaman nya telah diluluskan,
tetapi surat tawaran belum dikeluarkan. Dan beliau telah call bank hampir
setiap hari untuk mengetahui keputusannya dan maklumbalas yang didapati,
surat telah keluar, tetapi masih belum ditandatangani lagi. Dan proses untuk
menandatangani pun ambil masa dalam empat hingga lima hari. Akhirnya setelah
hampir seminggu, barulah surat tawaran dikeluarkan, itupun pihak bank tidak
call pemohon (sebagaimana yg dijanjikan). Dan menurut pihak bank, proses
selanjutnya ialah tanda tangan guarantoor, itu pun ambik masa 2 hari,
selepas surat keluar dan kemudian proses membuka akaun dan selepas seminggu
nanti barulah boleh dapat duit.
Persoalannya sekarang, adakah ini memang proses yang dipraktikkan. Saya nak
jawab pun saya tak tahu. Saya bukan nak membandingkan .... tapi saya
sendiri pernah memohon loan Bank Rakyat, prosesnya lebih cepat dan mudah.
Jika ada sesiapa yang boleh membantu dalam hal ini kerana kawan saya
perlukan pinjaman itu segera kerana urusan peribadi. Bagi saya (yang tak
tahu apa-apa ni...) proses ni, bukan melibatkan approval lagi, cuma masalah
kelewatan keluar surat, tandatangan dsb.
Jika ada sesiapa yang boleh membantu, saya harap dapat respon secepatnya.
Terima kasih
_________________________________________________________________
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Justice !!!!!!!" <[EMAIL PROTECTED]>