Mahfuz kekal Presiden Amsec
Monday, September 02 @ 12:34:12 MYT


Oleh ZULKIFLI SULONG
dari Bogor, Indonesia.
PUNCAK (Bogor), 2 Sept (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar kekal sebagai
Presiden Sekretariat Pemuda Islam Asean (Amsec) untuk setahun lagi apabila
beliau terpilih untuk terus kekal dalam sidang Amsec yang berakhir semalam.

Turut kekal adalah timbalannya, Salehudin Ayub sebagai Setiausaha Agung
Amsec untuk dua tahun lagi melalui struktor baru Amsec yang diluluskan dalam
mesyuarat itu.
25 badan politik dan NGO Islam negara-negara Asean menyertai sidang bermula
30 Ogos hingga 1 September itu.
Naib Presiden Indonesia, Hamzah Has telah merasmikan sidang itu di Istananya
kira-kira jam 10.30 pagi 30 Ogos.
Selepas perasmian di Istana Naib Presiden, mesyuarat berlangsung pula di
Puncak iaitu tempat peranginan dingin terkenal Indone! sia yang terletak di
Bogor iaitu kira-kira tiga jam perjalanan dengan bas dari bandaraya Jakarta.
Lebih 60 perwakilan dan pemerhati (peninjau) menyertai mesyuarat itu yang
telah melahirkan beberapa resolusi penting untuk masa depan pertubuhan belia
Asean itu.
Antara pertubuhan yang mewakili Malaysia adalah Pemuda PAS, Abim, Pemuda
KeADILan dan beberapa pertubuah pelajar dan NGO yang lain.
Di Indonesia pula, yang mewakilinya adalah Pemuda Kaabah, Pemuda Bulan
Bintang, Gerakan Pelajar Islam, Himpunan Mahasiswa Islam dan lain-lain.
Dari Thailand pula, Persatuan Pemuda Islam Thailand (YMAT) menyertainya.
Resolusi sila lihat Harakah cetak.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke