Assalamu'alaikum

Berita ANN (Al-Ahkam Network News - http://ann.al-ahkam.com.my)

Israel mengkaji jawapan kepada serangan Hizbullah

URL : http://ann.al-ahkam.com.my/cgi-bin/ann/viewnews.cgi?category=3&id=1030963961

Satu lagi kroni Al-Ahkam Online (URL baru al-ahkam : http://www.al-ahkam.com.my/forum )

wassalam
----

Israel mengkaji jawapan kepada serangan Hizbullah
إسرائيل تبحث الرد على هجوم حزب الله


Al-Jazeera - 02-09-2002, waktu Mekah 01:55, waktu GMT 22:55

[Pemandangan dari mesyuarat mingguan Kerajaan Israel]

عقدت الحكومة الإسرائيلية اجتماعا أمس الأحد لبحث التدابير التي تعتزم اتخاذها بعد الهجوم الأخير الذي شنه حزب الله على مواقع إسرائيلية في مزارع شبعا المحتلة.


Kerajaan Israel semalam telah mengadakan mesyuarat membincangkan mengenai langkah-langkah yg akan diambil setelah serangan terakhir yg dilancarkan oleh pihak Hizbullah keatas penempatan Israel di Ladang Shab'a yg dicerobohi.

Televisyen Israel menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai Tertinggi Angkatan Tentera dan Pihak Keselamatan. Tujuan perbincangan adalah berkemungkinan mencari jawapan kepada ketegangan yg timbul di utara sempadan Israel.

Sumber itu menyatakan bahawa Kerajaan Israel mengulangi amaran kepada Damsyik dan Beirut melalui Amerika Syarikat, kerana membenarkan pihak Hizbullah meneruskan serangan keatas tempat-tempat Israel. Israel telah mengugut Syria pada Jumaat lepas jika Pihak Hizbullah masih meneruskan serangannya.


[Asap timbul selepas serangan Israel keatas perkampungan Kafashoba di Selatan Lebanon]

وأدى هجوم شنه الحزب الخميس الماضي بالمدفعية والصواريخ المضادة للدبابات إلى إصابة ثلاثة جنود إسرائيليين في قطاع شبعا المحتل، توفي أحدهم في وقت لاحق متأثرا بجراحه.


Hizbullah telah melancarkan serangan pada Khamis lepas dengan menggunakan meriam dan roket anti-kereta kebal yg mencederakan 3 askar Israel di kawasan Shab'a. Salah seorang dari askar yg tercedera telah menghadapi maut.

Pasukan Israel telah menjawab serangan tersebut dengan menembak bom dan roket melalui pesawat udara tentera keatas tempat-tempat yg disyakki penempatan Hizbullah, tetapi tiada berita mengenai kecederaan mereka. Pihak Polis Lebanon mengumumkan bahawa pihak Hizbullah telah melancarkan serangan darat semalam keatas kapal terbang Israel yg melalui ruang udara Lebanon.

Jurucakap diatas nama Tentera Israel mengumumkan pada masa yg lepas bahawa pihak Hizbullah telah menembak kawasan Barat dari Utara Israel berdekatan dengan sempadan Lebanon-Israel tanpa membunuh mangsa atau mencederakan apa-apa. Pihak Hizbullah telah meneruskan serangan setelah Israel menarik diri dari selatan Lebanon didalam bulan Mei 2000 dan melancarkan beberapa operasi yg berasingan di sektor Shab'a.

sumber : http://www.aljazeera.net/news/arabic/2002/9/9-2-3.htm

----

- terjemahan oleh - [EMAIL PROTECTED]

جميع حقوق النشر محفوظة © شبكة أخبار الأحكام،2002



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke