*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3,500 cawangan Puteri tak dibenar mesyuarat
Oleh:AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Sebanyak 3,500 cawangan Puteri UMNO di seluruh negara 
tidak dibenar mengadakan mesyuarat pemilihan kerana mempunyai ahli kurang 
daripada 15 orang.

Jumlah itu merupakan hampir 50 peratus daripada 7,000 cawangan yang ditubuh 
di peringkat penaja.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Bibi Sharliza Mohd. Khalid berkata, 
cawangan-cawangan berkenaan tidak boleh mengadakan mesyuarat kerana 
Perlembagaan Puteri menetapkan keahlian minimum untuk tujuan tersebut ialah 
15 orang.

``Kalau hanya ada ahli dua atau tiga orang sahaja bagaimana hendak 
bermesyuarat.

``Sudah tentu mesyuarat mereka tidak akan cukup korum,'' katanya kepada 
Utusan Malaysia ketika ditemui selepas mesyuarat Exco Puteri UMNO Pusat di 
sini, hari ini.

Bibi Sharliza menambah, cawangan yang belum mempunyai ahli yang mencukupi 
masih boleh mengadakan mesyuarat jika berjaya menambah ahli mereka dalam 
tempoh terdekat ini.

Katanya, pemilihan peringkat cawangan masih lagi berlangsung dan akan 
berakhir pada 15 September ini.

Katanya, sejak mesyuarat peringkat cawangan bermula pada 2 Ogos lalu, Ibu 
Pejabat Puteri UMNO tidak menerima sebarang laporan wujudnya masalah serius 
sehingga menjejaskan perjalanan sesuatu mesyuarat.

``Setakat ini segala-galanya berjalan lancar,'' katanya yang juga Ketua 
Puteri UMNO Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Bibi Sharliza memberitahu, pihaknya yakin keahlian Puteri 
akan meningkat sekali ganda berbanding sekarang jika 3,500 cawangan tersebut 
berjaya mendaftarkan sekurang-kurangnya 15 ahli.

Katanya, kesemua Puteri UMNO bahagian juga kini sedang sibuk menambahkan 
cawangan mereka.

Pada masa ini, sayap baru UMNO itu mempunyai 93,369 ahli meliputi 165 
bahagian di seluruh negara kecuali Sarawak.

Mesyuarat peringkat bahagian dijadualkan bermula pada 16 September ini 
hingga 15 Oktober manakala peringkat Pusat pada 1 November.

Pemilihan di peringkat Pusat dijangka hangat apabila bekas Ketua Penerangan 
Puteri, Mastina Abdul Hamid telah menyatakan kesediaannya untuk mencabar 
Ketua Puteri sekarang, Azalina Datuk Othman Said.

Selain jawatan ketua, perebutan turut diramalkan berlaku untuk jawatan Naib 
Ketua serta 20 jawatan exco Pusat.




_________________________________________________________________
Send and receive Hotmail on your mobile device: http://mobile.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kag 67" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke