*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak masuk akal,benda macam ni pun boleh jadi sampai
pukul-pukul.


IPOH, Isnin – Gara-gara menukar saluran radio kesukaan
suami, seorang isteri dipukul dengan rotan hingga
lebam di beberapa anggota badan di rumah mereka di
Buntung dekat sini, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner II Ahmad
Tejuddin Abdul Majeed, berkata kejadian itu berlaku
pada kira-kira jam 4 petang ketika pasangan yang
mempunyai dua anak itu berada di rumah mereka.

"Lelaki berusia 41 tahun yang bekerja sebagai pemandu
lori itu memarahi isterinya selepas mendapati saluran
radio keretanya yang diletakkan di halaman rumah
mereka, diusik.

"Dia kemudian mengambil rotan kira-kira satu meter
panjang dan terus memukul isterinya.

"Berikutan kejadian itu, isterinya mengalami lebam
pada beberapa bahagian badan dan menjalani pemeriksaan
di sebuah hospital di sini," katanya di sini, hari
ini.

Difahamkan, wanita berusia 35 tahun itu sering dipukul
suaminya tetapi tidak pernah membuat laporan polis,
bagaimanapun kejadian terbaru menyebabkan mangsa
hilang sabar dan membuat laporan.

Ahmad Tejuddin berkata, wanita itu yang berniaga
secara sambilan juga mengaku suaminya selalu mencari
kesalahan dan memukulnya.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
http://finance.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke