Salamun 'alaikum~
Merdeka ! Laung Tok Memanda
Tanda dirinya telah dan memang merdeka,
Merdeka dari hutang itu ini yang ditanggung rakyat negara pemerintahannya
Merdeka dari kenaikan harga barang keperluan itu ini yang dipikul rakyat setiap kali tabung subsidi petrol jadi kosong
Merdeka dari interest pinjaman pembelian rumah kerana telahpun dianugerah oleh negara pemerintahannya
Merdeka dari cukai serba serbi yang bertalu-talu menyerang pintu rumah rakyat yang kian sengsara menanggung living-cost yang makin meningkat
Merdeka ! Lagi laungan Tok Memanda
Tanda dirinya telah dan memang merdeka,
Merdeka dalam menyampaikan kata-kata nista yang busuk lagi membusukkan kepada sesiapa sahaja tanpa disekat atau ditapis
Merdeka dalam memperlekehkan keimanan dan ketauhidan orang lain mahupun dirinya sendiri
Merdeka dalam mempersendakan ayat-ayat Pencipta Yang Maha Agung
Merdeka dalam memporak-perandakan hidup segelintir manusia yang disangkanya 'ganas'
Merdeka ! Laung Tok Memanda lagi
Merdekalah dirinya dari serba-serbi batas kemanusiaan..
Merdeka ! Sambut rakyat kelas bawahan yang tak mengerti,
Diri mereka diperhaiwankan Tok Memandanya
Apa-apa mengenai erti kemerdekaan sebenar
Tujuan hidup untuk apa ?
Merdeka ! Sambut rakyat lagi
Yang terkinjal-kinjal memegang bendera
Terukir senyuman yang tidak bererti
Entahkan "MERDEKA", "MAU DUIT KA", ataupun "MAHATHIR KA" yang dilaungkan Tok Memanda
Dalam hati mereka."Ahhhh ! Biarlah.. semuanya sama sahaja..."
Selamat Hari Mereka ! ( Rekacipta terpelihara )
Sekian
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
