--- Begin Message ---
ummat manusia perlukan nafas baru
dalam kepimpinan ummah

takut mati, cintakan dunia,
runtunan nafsu kepada kebndaan,
pengaruh kapitalis

di mana-mana dijiwa orang yang agak terdidik

Markos, Suharto, Shah Iran, contoh dekat depan mata
memperlihatkan dunia tak mungkin cukup

merudumnya ekonomi 1997 dan gagalnya negara respond
diakui sendiri serangan ekonomi itu gagal dipertahankan

seeangkan engara kaya dengan berbagai hasil sumber

Kita perlukan nafas baru
budaya baru
semangat baru

Dan tok guru memperlihatkan contoh yang hidup di depan mata.




[EMAIL PROTECTED] wrote:

> Fwd>>>
>
> TUAN GURU NIK AZIZ & HAJI HADI
>
> selepas Angkatan Perpaduan Ummah memberi pukulan tko, sapu bersih
> kesemua Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
> Kelantan pilihanraya 1990,  Tuan Guru Nik Aziz telah dilantik sebagai
> Menteri Besar Kelantan bagi menggantikan MB Barisan
> Nasional yaitu Datuk Mohamed Yaacob dan Timbalannya Rastom Ahmad
> Maher.  BN berkubur tanpa batu nesan di Kelantan.
>
> Tuan Guru Nik Aziz tak mahu tinggal di kediaman rasminya di JKR 10 Kg
> Sireh setengah kilometer dari Kota DarulNaim yaitu
> pusat pentadbiran negeri Kelantan yg juga pejabat MB.
>
> Maka Ketua Polis mengarahkan beberapa anggotanya pi berkawal di rumah
> Tuan Guru Nik Aziz di Kg Pulau Melaka.   Depa pi
> rumah Tuan Guru, lama kemudian depa balik ke balai,  bila ditanya
> kenapa balik, anggota polis tadi kata susah nak kawal rumah
> Tuan Guru, macamana nak jaga,  belakang car, rumah kayu takdok pagar,
> kita tak bagi orang masuk Tuan Guru sendiri marah,
> aye itik dok berketek bawah rumah, rumah MB dah jadi macam klinik
> orang pegi mari tak putus-putus.  (hingga la ni).   Rumah
> pulak huk alahai kalau pencuri masuk berguling menangis, sebab rumah
> MB takdak barang bernilai nak curi.   Yang ada merata
> kat rumah dia kitab-kita agama, hadis, Al-Quran.
>
> Begitu jugak dengan kediaman Tuan Guru Haji Abdul Hadi,  kalau pi
> rumah dia yg susun bertingkat adalah kitab-kitab rujukan
> lama, karangan hadis,  ratusan rujukan kitab, Al-Quran.
>
> Pendek kata kalau kedua rumah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji
> Hadi tu nak runtuh,  harus runtuh kerana banyaknya
> kitab dirumah mereka, lain pada tu takde apa.
>
> Cuba bezakan dengan sekalian MB umno,  jauh langit dengan bumi,  baru
> jadi MB dah mintak tukar, ubah sana sini.  Kehidupan
> Tuan Guru Nik Aziz & Tuan Guru Haji Hadi langsung tidak berubah dari
> sebelum dilantik MB dan selepas dilantik MB.   Apa yang
> mereka miliki sekarang itulah yang mereka ada sekarang,  rumah,
> kenderaan, cara hidup setara rakyat marhain.   Mereka
> benar-benar pimimpin yang dipilih rakyat demi berkhidmat untuk
> rakyat.   Bukannya seperti barisan pemimpin, MB umno yang
> bukan saja gah di segi rupa dan menambah harta malah menjarakkan taraf
> hidup dengan rakyat.
>
> Cuba bayangkan MB umno mentadbir negeri dg peruntukan tahunan yg
> ditangguhkan,  macamana akal mereka ini untuk
> mengurus dan membayar gaji kakitangan kerajaan,  mampukah mereka
> setanding dengan apa yang sedang dihadapi oleh kedua
> MB Kelantan dan Terengganu hasil tekanan dari pusat.
>
> Jika kedua MB Kelantan dan terengganu ini dituduh guna agama demi
> kepentingan diri dan politik mereka,  buktikan disegi
> mana kuasa MB yang mereka pegang sekarang diguna untuk kesenangan
> mereka.   Bezakan dg sekalian MB umno,  Abu
> Hassan Omar, Khir Toyo, Muhamad Taib dan sekalian pemimpin umno.
>
> Jadi disegi mana yang dikata dan dituduh sekalian umno bahawa Tuan
> Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz guna agama demi
> kepentingan mereka?
>
> Wassalam,
> Anak Kelantan di Rantauan
>
> _________________________________________________________________
>     http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians





--- End Message ---

Kirim email ke