Pendedahan SPR tamparan kepada Umno: KeADILan
Thursday, September 05 @ 15:32:25 MYT
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Hrkh) - Setiausaha Agung Patri KeADILan Nasional,
Sahri Bahari berkata, kenyataan Pengerusi Suruhajaya Pilihanraya Malaysia
(SPR) Dato' Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai pemindahan pengundi oleh
semua parti politk sebenarnya adalah tamparan hebat kepada Umno sendiri.
Berdasarkan kenyataan tersebut, katanya, Umno tidak boleh menafikan bahawa
mereka sebenarnya menjadi pendahulu kepada amalan ini sehingga mampu
mengekalkan kuasa hingga ke hari ini.
Beliau menyatakan ini ketika merujuk kepada kenyataan Abdul Rashid yang
disiarkan dalam The Star bahawa pemindahan pengundi telah diamalkan oleh
semua parti politik sejak 20 tahun yang lalu.
Menurut Sahri Bari, su ini menjadi hangat hanya apabila Umno kalah di AnakBukit. Katanya lagi, Umno tidak pernah mahu mengaku apabila dalam
pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan Perlis, ada pengundi yang jelas
menyokong Barisan Nasional bukan penduduk tempatan.
KeADILan, katanya, telah membuat bantahan berhubung perkara ini kerana ada
kes di mana kira-kira 40 pengundi berada dalam satu alamat dan mereka bukan
penduduk tempatan.
"KeADILan kesal SPR tidak bertindak atas laporan berkenaan," kKata Sahri
dalam kenyataan akhbarnya kepada Harakah semalam.
Katanya, apa yang berlaku, SPR hanya menjelaskan, selagi pengundi tersebut
dapat membuktikan mereka merupakan pemilih berdaftar dengan mengemukakan kad
pengenalan, mereka layak mengundi.
Sementara itu KeADILan mengalu-alukan keberanian Abdul Rashid mendedahkan
amalan memindahkan pengundi turut menjadi amalan Umno sejak dulu lagi.
KeADILan juga meminta SPR turut berani untuk mengambil tindakan di atas
aduan yang dibuat oleh parti pembangkang lainnya.
"Kita ! ingin berpesan kepada Umno jangan cuba menjadikan kesalahan yang
selama ini diamalkan oleh mereka dengan menunding jari kepada parti
pembangkang," kata Sahri.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes
