*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Malaysia Negara Islam - Kristian diberi kebebasan Islam dihina
Pada 6 , 7 dan 8 September ini (Jumaat hingga Sabtu mulanya cuti sekolah)
akan diadakan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Putra , Bukit Jalil
bertajuk :
"Jesus Calls - Good News Festival 2002" Promosi nya ialah jika Kecewa,
Keseorangan, Sakit, Tertekan, Risau , Menghadapi Masalah , Tiada Ketenangan
Jiwa , Berputus Asa ? Silalah datang untuk menyaksikan keajaiban GOOD NEWS
RALLY bersama Dr DGS Dhinakaran dan Dr Paul Dhinakaran. Bermula jam 7 malam
dan masuk adalah percuma.
Dr Paul Dhinakaran adalah merupakan mubaligh Kristian berasal daripada
India bukannya warganegara Malaysia.
Islam mengakui kebebasan agama malah kita disaran agar tidak mencemuh yang
dikatakan tuhan mereka semborono. Apa yang menyedihkan ialah sikap media
kita yang diterajui oleh orang yang mempunyai nama Islam menghina dan
mengutuk Islam tetapi suara yang sama tidak pernah sedikit pun menghina dan
mengutuk agama lain malah mereka menaik tarafkan agama lain. Mereka kata
semua agama di Malaysia ini sama , mana samanya Islam adalah agama
kebenaran , agama yang lain adalah sesat. Farish Noor yang menghina dan
memfitnah Nabi saw diberi kebebasan untuk berucap dan mengendalikan program
di RTM dan menulis di New Straits Times. Tidak pernah media mengutuk Farish
Noor seperti mana mereka melakukan pada Tok Guru sekarang ini.
Agaknya berapa ramai FRU yang akan berkawal di Stadium Bukit Jalil. Ada tak
mereka mohon permit polis untuk mengadakan ceramah ? Baru-baru ini Ustaz
Ali Kutty yang ada tauliah untuk mengajar daripada Jabatan Agama Islam
Negeri Sembilan telah mengadakan ceramah di satu kawasan Felda di Negeri
Sembilan telah di kawal oleh sepasukan FRU.
Agaknya jika Tn Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang hendak menyampaikan
ceramah bertajuk Isra Mi'raj di Stadium Bukit Jalil adakah pihak Stadium
akan membenarkannya dan adakah polis akan memberi permit ? Kalau Hamid
Othman nak berceramah di Stadium Bukit Jalil berapa kerat yang akan datang
dengan sukarela.
Kalau tak percaya saksikan sendiri 6-8 Sept ini ratusan ribu kemungkinan
mencapai angka berjuta akan melawat Stadium Bukit Jalil, dan tidak mustahil
muda mudi Melayu sendiri akan pergi kerana mereka sudah biasa dengan
Stadium Bukit Jalil. Dan programnya bukan mula 7 malam sahaja bahkan dari
jam 9 pagi hingga 12 tengahari ada program khusus untuk ahli keluarga.
______________________
Terbitan : 6 Sept 2002
Ke atas Home
Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: BabyRina <[EMAIL PROTECTED]>