Pemecatan Anwar titik besar perpecahan ummah - Abim
Tuesday, September 10 @ 08:19:03 MYT
KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Hrkh) - Peristiwa pemecatan bekas Timbalan
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada bulan September 1998
merupakan titik tolak penting dalam sejarah konflik perpecahan yang masih
berlanjutan kini.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ahmad Azam Abdul Rahman
berkata, sedemikian banyak prinsip asasi dalam tradisi Melayu dan Islam
telah terkorban lantaran konflik itu.
Katanya, politik fitnah dan adu domba dimartabatkan sebagai senjata ampuh
untuk menegakkan kepentingan masing-masing.
"Krisis ini sangat parah dan luka-luka daripada konflik ini masih tidak
terubat meskipun peristiwa tersebut berlaku hampir empat tahun lalu,"
katanya ketika merasmikan Muktamar Sanawi Abim ke 31 yang bertemakan
'Perbaru Ukhuwwah,! Perteguh Wahdatul Ummah' di Dewan Kolej Agama Sultan
Zainal Abidin (Kusza), semalam.
Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Dato' Haji Mustafa Ali.
Menurutnya, umat Melayu masih belum berganjak daripada pendirian mereka
sejak empat tahun lalu dan ini menunjukkan bahawa isu Anwar dilihat sebagai
masih tidak selesai dan perjuangan politiknya masih jauh daripada lenyap.
Katanya, keputusan Mahkamah Agung menolak rayuan Anwar memperkukuh hakikat
itu dan pendirian itulah yang selama ini menghambat keyakinan bahawa umat
boleh disatukan.
Beliau berkata, umat masih belum diyakinkan dengan kesungguhan dan
keikhlasan pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu besar yang melanda negara
kita kebelakangan ini.
"Oleh yang demikian, dalam hal ini, Abim berpandangan bahawa pertuduhan ke
atas Anwar adalah pertuduhan yang boleh dijamin. Jadi, di atas dasar
kemanusiaan, kepimpinan negara perlu mengambil kira selama 16 tahun dalam
kerajaan untuk membenarkan! beliau sekurang-kurangnya menjalani perubatan
kepada kesakitan beliau yang kronik itu," ujarnya.
Katanya, kes pertuduhan Anwar yang pelbagai itu perlu diselesaikan secara
tranparen dan tuntas berlandaskan prinsip-prinsip keadilan, apatah lagi
kerana implikasinya yang besar kepada perpaduan ummah dan kestabilan politik
negara.
"Namun demikian, dalam keghairahan kita memperjuangkan isu keadilan ini,
kita tidak sepatutnya mengundang campur tangan orang luar," katanya.
Ini, katanya sejarah telah banyak menunjukkan betapa pahitnya implikasi
penjajahan dan campur tangan pihak luar.
Selepas majlis perasmian, pemikir Islam dan pengasas gerakan an-Nahdah
Tunisia, Sheikh Rached Ghannoushi menyampaikan pidato kepada hadirin.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost
