Malaysia tangisi Fadzil, Brunei tangisi Mahmud Saedon
Wednesday, September 04 @ 09:03:01 MYT


Min Aina Ila Aina
Oleh Subky Latif DALAM masa dua hari Nusantara kehilangan dua tokoh syariah
yang terkemuka dan sukar digantikan.

Ketika ratusan ribu manusia membanjiri Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Surau Mustaqimah Bandar Tun Razak dan Muasasah Darul Ulum Pokok
Sena, Kedah pada 23 Jun, 2002 untuk memberi penghormatan kepada pemergian
Dato Fadzil Noor, maka sehari selepas itu, pada 24 Jun, ribuan manusia
membajiri rumah di Jalan Muara, Kampung Tanah Jambu, Brunei Darussalam bagi
menziarai jenazah Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon
Awang Othman, 58 tahun.
Yang mengunjungi jenazah Dato' Fadzil itu adalah yang terbesar dalam sejarah
Malaysia. Yang mengunjungi jenazah Prof. Saedon tidak seramai yang ke pusara
Dat! o' Fadzil, tetapi adalah terbesar dalam sejarah Brunei sesuai dengan
negara dan penduduknya yang kecil.
Dato' Fadzil adalah Presiden PAS dan Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia
adalah seorang pejuang sejak muda untuk menegakkan sebuah negara dan
pemerentahan Malaysia yang di dalamnya terlaksana aturan dan peraturan
Islam.
Dato' Prof. Dr. Saedon adalah pakar undang-undang syariah terkemuka bagi
Malaysia dan Brunei. Jawatan terakhirnya ialah Pakar Syariah di Kementerian
Agama Brunei.
Justeru beliau adalah anak saudara Shaikh A.M.Azahari, pengasas Partai
Rakyat Brunei yang diharamkan dan meninggal dunia di Bogor dua minggu
sebelumnya, maka pernah semasa remajanya menyertai parti itu.
Kematian Dr. Saedon tidak begitu disedari oleh rakyat Malaysia kerana
beritanya tidak tersiar di sini, tetapi berita kematian Dato' Fadzil sehari
sebelumnya tersebar di Brunei.
Ketika rakyat Brunei memperingati Dr. Saedon, maka mereka merakumkan tahli! l
keduanya dan mengira sebagai kehilangan besar kepada Nusantara khususnya
perjuangan mendaulatkan syariah.
Kedua-duanya bekas pelajar Al-Azhar, Mesir dan kedua-duanya adalah bekas
tenaga akademik dibidang Islam.
Dato' Fadzil menjadi pensyarah di UTM dan Dr. Saedon pula di UKM, Bangi, UIA
dan pernah menjadi Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam.
Justeru saya lewat mengetahui berita kematian, maka hanya pada 20 Ogos lalu
baru saya dapat menziarahi kuburnya di Kampung Kiarong di tengah Bandar Seri
Begawan, perkuburan untuk orang-orang kenamaan.
Saya dimaklumkan Timbalan Sultan, Pengiran Perdana Wazir Muhamad Bolkiah
yang juga Menteri Luar Brunei perkenan jenazahnya dipusarakan di situ.
Pagi itu Almarhum menghadiri persidangan Menteri Agama Brunei, Indonesia,
Malaysia dan Singapura. Sewaktu rihat tiba-tiba diserang sakit jantung,
dikejarkan segera ke Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)
dan meninggal beberapa jam! kemudian.
Saya mengenalinya semasa beliau berkhidmat sebagai pakar perundangan syariah
di UKM dan kemudian di UIA. Beliau acap muncul di TV dan seminar
membincangkan topik perundangan Islam.
Penghormatan terbesar yang diterimanya semasa di Malaysia ialah sebagai
gandingan kepada Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim, kedua-duanya dilantik
oleh kerajaan Kelantan untuk merangka undang-undang hudud yang kini dikenali
sebagai Kanun Jenayah Syariah Kelantan 11.
Kedua-duanya tidak dapat meneruskan khidmat itu kerana dihalang oleh UIA.
Bagaimana pun umat Islam di Malaysia menghargai jasanya itu.
Malaysia merasakan satu kehilangan besar apabila beliau dipanggil pulang ke
Brunei yang mula-mulanya dikatakan untuk menjadi Mufti.
Tetapi tugasnya yang lebih besar ialah untuk menjadi pakar perunding
perundangan syariah di Kementerian Agama, satu jawatan yang disandangnya
hingga akhir.
Tugas besarnya ialah bertanggungjawab mensyusun semula undan! g-undang syariah
yang ketika itu hanyalah Mahkamah Kadi saja.
Maka jawatan Mufti tadi disandang oleh rakannya di Mesir dulu yang ketika
belajar di Kolej Islam Kelang dulu dikenali sebagai Adi Rumi, penyair yang
terkenal.
Kini Mahkamah Kadi tadi telah ditingkatkan menjadi Mahkamah Daerah dan
seterusnya lengkap dengan mahkamah tinggi dan mahkamah rayuannya.
Saya difahamkan Brunei adalah satu-satunya negara di rantau Asia Tenggara
mempunyai undang-undang Islam seperti itu dan kebanyakan orang Brunei yang
saya temui berbangga dengan kemajuan itu dan bercita-cita untuk melihat
negara itu menjadi pusat perkembangan Islam serantau.
Justeru itu nama Prof. Saedon terus menjadi sebutan sebagai orang yang
penting melakukan perubahan itu.
Pada ketika yang sama Sultan Brune perkenan pula melantiknya menjadi Naib
Censelor Universiti Brune Darussalam (UBD) dan dikenali sebagai seorang yang
banyak pula membuat perubahan terutama memberi peranan b! esar kepada warga
Brunei mengepalai jabatan-jabatan di universiti itu.
Rakyat Brune sesungguhnya kagum dan besar hati atas perkhidmatan dan
perubahan yang dilakukannya di dua bidang itu iaitu perundangan Islam dan
kemajuan UBD.
Bagaimana pun pada 15 Mei lalu Almarhum diminta melepaskan tugasnya sebagai
Naib Censelor UBD bagi menumpukan tugas penuh masa di kementerian agama.
Pada ketika yang sama Sultan Brunei telah sedia memperkenankannya menjadi
Ahli Majlis Ugama Islam Brunei, Jawatankuasa Kehakiman Islam, Jawatankuasa
Kawalan Kesihatan Keugamaan dan ahli MABIMS.
Beliau juga menjadi ahli Majlis Ekonomi Brunei, Majlis Pendidikan
Kebangsaan, Majlis Penyelidikan.
Di samping itu beliau duduk dalam Lembaga Amanah Rangkaian Rangkaian
Universiti ASEAN, Lembaga Penasihat Antarabangsa Institut Pengajian Tinggi
Markfield, Leicestershire, dibawah Yayasan Islam United Kingdom.
Beliau juga adalah Profesor Pelawat Sekolah Undang-undang Univers! iti
Queensland.
Adalah dipercayai tenaganya dikendaki penuh masa bagi melaksanakan
undang-undang syariah yang sudah disempurnakannya itu.
Ada yang menyebut bahawa ada tanggungjawab yang lebih besar menunggunya
tetapi beliau pergi dulu.
Putera jati Brunei ini mendapat ijazah sarjana muda Usuluddin dari al-Azhar
tahun 1970, sarjana tahun 1972 dan Phd dalam perundangan Islam tahun 1976.
Tahun itu juga beliau berkhidmat di UKM hingga tahun 1983. Selepas itu
belilau berkhidmat di UIA hingga tahun 1994. Dalam tahun 1991 beliau
dilantik menjadi Profesor Syariah. Beliau pernah jadi Timbalan Dekan Kuliah
Undang-undang di bawah Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim dalam tahun 1989 hingga
1994.
Pergaulannya dengan masyarakat adalah menyeluruh dari golongan elit di
menara gading hingga ke akar umbi. Justeru itu di tengah lautan manusia yang
menziarahi jenazahnya ialah Pengiran Perdana Wazir, Pengiran, Pengiran Muda
Sufri Bolkiah, Pengiran Anak Pute! ri Hajah Masna dan lain-lain kerabat
diraja.
Hanya seorang dari enam anaknya berada bersamanya di hari pekebumiannya. Dua
lagi menuntut di England dan tiga belajar di Malaysia.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost

Kirim email ke