*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salaam, saya tak tau sapa yang tulis dibawah nih, tapi ada dalam inbox.
agak interesting jugak, so saya forwardkan disini, semoga ada baiknya.
chief
-----------------------------------------------------------------
Bila sang suami "buka" mata, aha..bukannya buka mata terbangun dari
tidur, tetapi "buka" mata terhadap perempuan lain.
Beginilah kisahnya, saya mempunyai seorang kawan baik (Seri) yang telah
10 tahun berkahwin atas dasar suka sama sukalah. Suami lulusan U
tempatan dan kawan saya ni dari Politteknik. Suami agak alim, suka
isterinya mempunyai ciri-ciri wanita solehah gitu, iaitu memakai tudung
yang agak labuh, tidak bersolek, tidak memakai pakaian yang menjolok,
tak pakai high-heel, dbsnya. Dan Seri ni ikut dan memang 100% ikut
cakap suaminyalah.
Setelah 10 tahun berlalu, suaminya dari pangkat executive biasa dah pun
sekarang ni menjadi manager. Yelah..bila dah berpangkat tinggi,
pergaulan pun luas, selalu outstationlah, oversea lah..Seri dapat
merasakan yang sesuatu yang tak kena berlaku. Suaminya jarang lagi
bawak dia berjalan-jalan, company dinner pun tak bawak isteri,
mana-mana pun pergi isteri ditinggalkan. Masih lagi Seri ni
tercari-cari sebabnya..nak kata ada pompuan lain, bagi Seri ianya tak
mungkin sbb. dia tahu suaminya bukannya kaki joli ke, kaki perempuan
ke.
Sehinggalah pada suatu hari Seri ni terdengar perbualan suaminya dengan
kawan(lelaki), tak taulah apa yang dicakapkan, cuma Seri terdengar
yang..
" bini aku..?? Tak lah, aku tak bawak dia. Suruh dia jaga anak kat
rumah je.., malaslah nak bawak. Kau bukan tak tau, bini aku tu tak
pandai bergaya sikit.."
Bila terdengar je tu, apalagi...., Si Seri ni terus memendam perasaan.
Kecik hati, yelah, dia tak bergaya pun sebab suaminya yang tak bagi. Si
Seri ni cantik jugaklah, walaupun dah anak tiga, tapi badan tak gemuk,
maintain lagilah. Cuma dia ni tak bergaya, asyik-asyik baju kurung,
seluar besar ngan blouse besar, ataupun jubah maxi je..kira-kiranya
macam makcik-makcik punya fesyen je...yelah ikut cakap suami. The next
day, Seri ni phone saya . Sampai terisak-isak, kecik hati ngan suami
dia. Sambil tu dia tanyalah saya macam mana nak buat.
Apalagi, saya pun cakap kat dia, "Seri..., aku tolong kau. Tapi kau
jangan kedekut duit. Esok aku bawak kau gi shopping". Beli baju cantik
dan bergaya sikit. Mula-mula tu, dia tak berapa nak setuju sangat
dengan idea saya. Katanya, dia dah sepuluh tahun tak pernah bergaya.
Malu lah, seganlah, takut suamilah..macam-macam. So saya pujuk and
pujuk, dia pun setujulah ikut saya gi shopping. Nak tau berapa dia
budget..heh,heh, RM1500 untuk shopping baju ngan kasut. Apalagi,
pasal-pasal shopping dan bergaya ni, memang hobby saya le...Kitaorang
shopping sakan jugaklah, belikan kemeja, jeans, blouse, long skirt,
jubah seluar, kasut tinggi, but (orang kampung saya panggil kasut bot),
tudung.dll.
Seminggu lepas tu, saya call si Seri ni, tanyakan dia...ada perubahan
ke..? Dia cakap suaminya tak cakap apa-apapun, ukkk pun tak, akkk pun
tak, ekkk pun tak..!! But derkkk je, (ego lelaki lah tuhhh..). Tapi si
Seri ni noticed that hubby dia macam curi-curi pandang dia bila dia
pusing kearah lain.
2,3 hari lepas tuh, Seri tepon I lagi..dengan nada> yang
termengah-mengah.. dia cakap.."Pagi ni masa suaminya hantarkan keopis,
suaminya tunggu sampai dia lintas jalan, barulah suaminya beredar..,
kalau selalunya, macam teksi turunkan> penumpang je..lepas dia turun,
suaminya terus blah..tak pandang dia pun..
"Hah...good move..I cakap. Seri punya happy giler..happy sangat-sangat.
Yelah setelah 1-2 tahun kebelakangan ni, suaminya macam nak tak nak je
pandang dia. Kurang mesra, kurang bergurau senda, kadangkala anak-anak
yang jadi orang tengah. Nak berjalan-jalan, shopping-shopping...jgn.
haraplah...!!! Kalau nak shopping, suami dia suruh Seri sendiri bawak
kereta pegi, and dia jaga anak kat rumah. Nak berjumpa ngan kawan-kawan
suami..memang tak pernah suami introduced kan!! Memang Seri gi keje,
balik suami jemput, ambik anak-anak, terus balik rumah...kalau rasa nak
makan pizza ke, suami dia cakap, order and makan kat rumah je.
Setelah sebulan, SEri ni buat perubahan (bergaya sikit..) nampak
jugaklah perubahan perhatian suami terhadap Seri. Tiap-tiap pagi, mesti
tunggu sampai Seri lintas jalan dulu, sudah mula panggil Seri ngan nama
Seri, bukannya ibu..,adalah ajak Seri gi jalan-jalan,makan-makan, beli
barang rumah kat Carrefour, ada lah sikit sebanyak perubahan. Last week
Seri telefon I lagi (every week mesti bagi report punya..he,he,). Dari
nada suaranya dah tahu dia happy giler.., nak tau kenapa??
Hahh..suami Seri pegi ke Vietnam, and dari Vietnam dia tepon Seri tanya
nak sutera thai kaler apa, berapa pasang...? Dia siap cakap yang dia
ada belikan Seri bag tangan ngan kasut kaler purple. Dan yang paling
syok sekali, suami dia cakap yang dia belikan Seri perfume (Paco
Rabbanne lagiiii..) kat duty free.
Seri ni punyalah happy tersangat-sangat. Kalau sebelum ni, suami dia
pegi mana pun, jgn. haraplah nak tepon. Nak beli barang-barang kat
Seri..jangan mimpilah..beli coklat unutk anak-anak adalah..!!
Saya pun tumpang seronoklah dengar update dari Seri ni..kawanlah
katakan!!! Cuma saya berpesan kat dia,..
"kau jangan bendul sangat.., mana ada suami yang tak suka tengok isteri
cantik dan bergaya".
Pandai-pandailah kita jaga penampilan, asalkan tak melintasi
batas-batas sebagai seorang wanita Islam..apa salahnya. Kalau kita
berjubah pun, carilah yang agak menarik,padankan ngan tudung yang
sesuai, kasut yang sesuai, memang cantik dan bergaya. Tambahan macam
Seri yang tinggi tu, pakai jubah seluar ngan but..memnag nampak
exclusive..,tambahan lilitan tudung yang kemas dan menarik. Tak
perlulah kita mekap tebal-tebal, pakai kain terbelah sana-sini.
Kadangkala lelaki ni, masa gaji ciput, dia buka mata pun ciput jugak.
Tapi bila gaji dah besar, pangkat besar, mata dia pun terbuka ngan
besarnya. Mulalah nak compare wife dia ngan pompuan lain. Dulu nak wife
pakai tudung besar, sekarang ni nampak pompuan lain pakai tudung
wardina, dia pun nak wife dia macam tu jugak. Tapi mungkin sebab ego
ke, apa ke,malu nak cakap ke (yelah dulu tak benarkan..) dia tak cakap
ngan wife dia. Dia nak wife dia tahu sendiri. So, sebagai wanita dan
isteri nih..kita kenalah sensitif sikit dengan perubahan "taste" suami
kita.
Suami oh suami...
Sorrylah, terpanjang sikit, tak tau macamana nak pendekkan cerita.
Apapun, harap cerita ni akan memberikan sedikit pengajaran untuk
isteri-isteri tentang sikap suami dizaman yang serba moden dan penuh
dugaan ni.
Thanks to Seri sebab membenarkan kisahnya saya hantarkan ke Relexjap.
Pray for your happiness, my dear. I know that TY loves u so much...dan
memang sikap lelaki semulajadi sukakan kecantikan dan keindahan,
apalagi jika kecantikkan itu adalah dari ISTERInya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--
[EMAIL PROTECTED]
--
http://fastmail.fm/ - The professional email service
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "chief" <[EMAIL PROTECTED]>