BANGI 10 Sept. - Kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan hukuman terhadap majikan yang mengambil pekerja asing tanpa izin sebelum ini kerana pekerja terbabit sudah pulang ke negara masing-masing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, tumpuan kerajaan kini ialah memastikan setiap majikan mengambil pekerja asing mengikut undang-undang yang ditetapkan supaya pertumbuhan industri pembinaan negara tidak tersekat.
>>>>
Setelah warga negara jiran diperah keringat mereka membangunkan pembangunan negara dan dihantar pulang secara paksa, bekas majikan mereka yang kaya raya sekarang ini menikmati kemewahan dilepaskan dari hukuman. Bukan apa tu, PM kita ni bacul, takut dengan bekas majikan yang tu, mana ada majikan Melayu yang setanding dan mampu serta berani nak ambil PTI melainkan bangsa satu lagi yang sekarang monopoli ekonomi negara ? Kalau ada pun sorang dua jer, kalau hidup pun 'nyawa-nyawa ikan' jer.
Aku ada dengar kisah menyayat hati dari beberapa sumber, entah boleh percaya entah tidak. Tapi sekadar berkongsi kerana kemungkinannya ada.
--- Kisah tokeh kontraktor yang membina KLCC membuat aduan Polis mengenai PTI di tapak pembinaan setelah siap 80 %. Polis membuat tangkapan beramai-ramai dan menghantar mereka ke kem tahanan PTI. Tokeh 'terselemat' dari 2 ancaman, satu ancaman bahaya imigresen satu lagi ancaman BAYAR GAJI kepada mereka !!
--- Kisah pengurus projek ladang nenas dibawah skim bantuan rakyat miskin yang menggunakan saluran 'CEMAS'. Saluran CEMAS ini adalah satu kerahan tenaga PTI dibawah kuasa Polis suatu kawasan, dimana seperti sedia maklum, PTI diawasi oleh Polis. Untuk menyelamatkan projek tanaman yang tergendala itu tadi, Polis mengugut PTI untuk menyelesaikan projek tersebut tanpa sebarang bayaran. Maka pegawai projek tadi terlepas dari ancaman pihak pentadbir dan Polis juga turut lega menerima 'saguhati' dari pegawai tadi. Dengarnya tak banyak bantuan projek tu.. dalam lingkungan ratusan ribu juga, gitu la.
Begitulah juga nasib mereka setelah dihantar ke kem tahanan, dengarnya subsidi makanan mereka di lantak oleh pihak pentadbir kem tahanan, dan mereka tidak menerima makanan yang cukup dan berkhasiat. Mereka diserang pelbagai penyakit kronik, serta kemudahan yang amat hina. Ada yang pula digunakan sebagai alat pemuas nafsu setelah diugut. Masa kan mereka hendak pulang ke tanahair mereka, disana, khabarnya hutang 'kantau' menanti mereka. Datang mereka membawa harapan untuk mencari lebihan untuk kesenangan sedikit tetapi malang yang menimpa.
Patutla wak-wak parjo Indon marah benar sampai bakar bendera negara sebagai tanda protes hukuman sebat. Teruk betul nasib diorang ditindas dan dizalimi warga tokeh dan kerajaan Malaysia.
Nak buat camana wak, kami yang tinggal disini pun sama jer dua kali lima. Beginila bahana hidup dibawah naungan Luka' Bin Luka' yang berperibinatang !
Mampus UMNO !
Sekian~
Yahoo! - We Remember
9-11: A tribute to the more than 3,000 lives lost
