Berita // News :
Azalina Selewengkan Wang Parti, Lakukan Jenayah Pecah Amanah
hold=0>
Friday, September 13, 2002 - 02:06 AM GMT



Bekas pemimpin
Puteri UMNO, Elly Zalilah Yusuf semalam membuat satu laporan polis terhadap
Ketua Penaja Puteri UMNO, Azalina Othman yang dipilih sendiri oleh bekas
presiden UMNO Mahathir Mohamad, kerana dipercayai pecah amanah dalam urusan
kewangan sayap terbaru UMNO itu. Elly kemudian memberitahu wartawan
bagaimana Azalina mendaftarkan kenderaan-kenderaan milik Puteri UMNO di
bawah nama-nama individu yang tiada kaitan dengan Puteri UMNO, dipercayai
kaum keluarganya s! endiri. Tidak dapat dipastikan pula bagaimana sebuah
pertubuhan setahun jagung, yang mana sebahagian besar ahli terdiri dari
wanita lepasan sekolah menengah yang tidak berpendidikan tinggi mempunyai
kewangan yang kukuh sehingga mampu membeli kenderaannya sendiri. Bekas
pemimpin Puteri UMNO itu juga memberitahu bagaimana dia mengesyaki ada
transaksi wang Puteri UMNO yang diselewengkan, sehingga sayap UMNO itu
mempunyai beberapa akaun bank yang berlainan. Sebelum ini, Ketua Penaja
Puteri UMNO itu menjadi bahan kontroversi kerana didakwa menyeleweng lebih
RM300,000 wang pertubuhan untuk membeli kereta mewah kepada kekasihnya,
isteri kepada seorang ahli perniagaan terkenal. Mengulas perkara itu,
jurucakap Sekretariat Pemuda mengingatkan UMNO dan pemimpin Barisan Nasional
bahawa keburukan mereka tidak boleh disembunyikan dari rakyat
selama-lamanya. "Ini era ICT, dalam masa sekejap sahaja seluruh rakyat
akan tahu keburukan dan budaya saling j! atuh-menjatuhkan di dalam UMNO," kata
beliau. Beliau juga menasihatkan pemimpin UMNO supaya menjadikan episod
cat fight dalam Puteri UMNO itu sebagai iktibar, bahawa jika perjuangan
berteraskan wang dan kedudukan semata-mata, perjuangan itu tidak akan kekal
lama. Mengenai rungutan Elly Zalilah bahawa Azalina menggunakan samseng
untuk menakut-nakutkan lawannya di dalam Puteri UMNO, jurucakap Pemuda
berkata ia satu lagi bukti bahawa dakwaan yang dinafikan UMNO selama ini
adalah benar. "Ahli-ahli UMNO, setiap kali mahu menjadi samseng dan
merosakkan harta benda ahli parti lawan, ingatlah bahawa satu hari nanti
mungkin anda sendiri akan menjadi mangsa budaya samseng di dalam UMNO,
seperti Saudari Elly," kata beliau lagi. Dalam laporannya, Elly Zalilah
mendesak Azalina supaya menghentikan taktik mengugut lawan. Sebelum ini, dia
memberitahu bagaimana sebilah pisau diletakkan di cermin keretanya sebagai
'amaran' dari Azalina. Seorang lagi musu! h politik Azalina, Mastina Abdul
Hamid juga meminta Azalina supaya berlawan dengannya secara gentleman, bukan
dengan menghantar samseng untuk menakut-nakutkan lawan.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Yahoo! News - Today's headlines

Kirim email ke