*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Masa dok bagi makan ikan Lohan semalam, bila tengok anak-anak pompuan saya dua tiga orang yg masih sekolah rendah tu dok seronok bermain, bertepuk bertampar sesama mereka, saya teringat meeting Persatuan Penduduk Taman kami malam sebelum tu.
Risau sungguh aih dgn gejala sosial yg dok ada hari ini. Dalam meeting tu, pengerusi taman menceritakan secara terbuka beberapa maklumat terkini yg berlaku di sekitar kawasan taman kami tu. Yang pertamanya, kisah satu pasangan/couple, yg mana Pengerusi kami dan AJK diminta bantuan oleh pihak masjid, yg mendapat maklumat dari pejabat Agama Daerah yg menerima aduan dari orang ramai, untuk meninjau perkembangan satu couple yg bersekedudukan di sebuah rumah sewa di Taman kami. Pasangan tu, bukan duduk sekali, kadang2 dua tiga hari sekali barulah yg seorang tu datang menjenguk. Kata Pengerusi Taman: "Masalahnya, kita pun tak tau nak buat macam mana, sebab depa tu pasangan LESBIAN....tak kan kita nak pi selak kain depa pulak!" Pening aih! Kemudian, beliau mencerita pula mengenai satu maklumat terbaru dari pihak Polis yg meminta kerjasama beliau untuk menghubungi balai dgn seberapa segera apabila melihat sebuah kereta Wira warna sekian sekian plet no sekian sekian, yg dipandu oleh pemandu berbangsa India dan ada seorang wanita berbangsa Melayu. Apa cerita? Depa dua orang ini bukan saja disyaki datang (terutamanya malam hujung minggu) untuk mengedar dadah; tapi dimaklumkan juga bahawa lelaki India yg membawa wanita melayu dari Butterworth itu juga adalah bapa ayam yg membawa wanita itu untuk dilanggan oleh budak-budak muda di sebuah kawasan perumahan yg belum siap di situ (rumah2 kosong); pelanggannya majoriti budak2 India. Dimaklumkan juga banyak ditemui kondom-kondom bersepah di kawasan perumahan yg belum siap berkenaan. Dapat tau saja berita tu, terus saya pesan kat org rumah jgn bagi anak2 pompuan saya tu keluar ikut suka. Ya lah, budak2 tu petang2 suka naik basikal ronda2 kat kawasan rumah kosong tu, kawasan luas, tak dak kereta, seronoklah depa main dgn memba-memba. Bila saya sembang dgn sorang cikgu sekolah kisah nie; dia cerita pulak cerita yg dia dapat drpd seorang cikgu sekolah di Penang. Kisahnya, ada budak pompuan Form 2; dok main couple dgn sorang lelaki (nama Abang Man ka apa, lepas sekolah dah rasanya). Bila cikgu dpt aduan depa dah dok buat project; cikgu cekup dia, tanya dia; dia pun mengaku. Kemudian cikgu tu (pompuan) tanya: "Ish, hang tak takut termengandung ka?" Dia jawab: "Tak takut aih!" Cikgu tu tanya balik: "Awat pulak?" Selamba saja budak pompuan tu jawab: "Abang Man lepas atas perut....!!" Masyaallah!! Nasib baik cikgu pompuan tu dah kahwin, kalau tidak mau pitam dia!! Sekian Kuniq Bendang Perdang __________________________________________________ Do you Yahoo!? New DSL Internet Access from SBC & Yahoo! http://sbc.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Kuniq Bendang Perdang <[EMAIL PROTECTED]>